28 July 2009

MMBAS Episode 7: Ayam Goreng Berempah

Hehe..MMBAS kembali lagi dengan resepi ter"latest"..dan bakal melengkapkan hidangan hari anda..ais krim dah ada..whipped potato pun dah ada..so dengan resepi ayam goreng berempah nie akan menyebabkan anda mempunyai alasan untuk tidak ke KFC lagi..hehe (boleh kena akta hasutan nie)..bukan apa..salah satu strategi untuk memperkuatkan ekonomi ummah..kira jihad ilmu la nie..apa pun layanzzzzzzzzz dan selamat mencuba!!

Bahan A (semuanya dikisar):
  • 200 gm halia
  • 200 gm lengkuas
  • 100 gm kunyit hidup
  • 6 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang besar
Bahan-bahan lain:
  • 1/2 ekor ayam (potong 8)
  • 5 helai daun kari
  • 6 camca besar serbuk kari
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Blend semua Bahan A
  • Masukkan serbuk kari, daun kari, serbuk kunyit serta garam bersama bahan kisaran dan perap ayam selama 1-2 jam (lagi lama lagi terasa ke"rempah"annya..)
  • Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut hingga masak
  • Hidangkan panas-panas..klau ada nasi lemak kukus memang boleh buncit perut nie..hehe

26 July 2009

sofea after hundred and twenty days..

pejam celik..pejam celik..sedar tak sedar sofea dah masuk 4 bulan..masa malam aku macam makin "singkat" dek melayan keletah anak aku sorang nie..emm hopefully sofea will grow bigger and healthier..err not that "bigger" la..hehe maksudnya tinggi dan langsing ala-ala Miss Universe..phewwitt

22 July 2009

MMBAS Episode 6: Kentang Putar a.k.a Whipped Potato

Wowo..betul2 bakal bersaing dengan francais2 western lepas nie..selepas kejayaan resepi Ice Cream yang menyebabkan profit Walls, Magnolia dan Mat Kool merudum (hehe..kononnya)..arini MMBAS akan memperkenalkan saingan kepada KFC's product ~ introducing Whipped Soft Potato!! Sure pasni kena "inspect" lagi dengan kak pijot akan kesahihan dan ke"proff"an resepi nie..

Bahan-bahan untuk kentang putar!!

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk (boleh beli yang dutch lady punya)
  • garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan kentang putar!!

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
Bahan-bahan untuk sos (gravy) kentang putar ( 3 - 4 orang )
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (boleh guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara menyediakan sos (gravy) kentang putar!!

  1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak jadi kental @ bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  6. *** rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  7. Pastu..apa lagi..makan la!!!!!!

21 July 2009

sofea situ sana sini

hallo...pleasure to present my young sweet baby again..and sorry for the quality of those pics..maklumla kamera telefon ja..pastu lighting pun not perfect + sofea was not-in-photography mood!!

15 July 2009

MMBAS Episode 5: HomeMade Ice Cream

Abisla Walls..abisla Magnolia..abisla Mat Kool..MMBAS kali nie nak share top secret recipe khusus untuk visitor-visitor setia blog abahsofea nie..let us see how to make our own ice cream!!!


Bahan-bahan (cukup simple)

1 kotak Coffemate

1 kotak besar susu UHT Dutch Lady (klau nak ice cream strawberry, beli la susu strawberry..jangan beli susu coklat lak)

Cara Penyediaan (simple gak!!)

1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.

2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku. (agak2 dalam 2jam dalam freezer)

3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.

4) Sejukkan sehingga beku.

Siap utk dihidangkan!!!


Cadangan Hidangan

Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk di atasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.

14 July 2009

chit chat with sofea




hehe..demam pun aku tetap komited meng"update" blog nie sekerap yang mungkin...for those yang ada supported format & ada build-in speaker, selamat menonton chit chat bersama sofea nie..semalam punya recording..yg gegar2 tu sebab sofea tertendang tangan videoman a.k.a abahsofea..enjoy viewing and commenting..

11 July 2009

MMBAS Episode 4: Kerabu Mangga

Hoho..boleh meleleh "saliva water" nie bila memikirkan kemungkinan untuk makan kerabu mangga @ kita panggil kerabu pelam masa makan tengahari nanti..preparation memang simple & tak banyak bahan..senang cakap within 10 minutes dah boleh completekan menu nie di atas meja anda!! Enjoy the recipe..

BAHAN-BAHAN:

1 biji mangga

6 tangkai cili padi (hiris)

1 biji tomato (potong dadu)

50 gm udang kering

50 gm kacang

3 sudu besar air gula

Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai @ asingkan kacang seketika.

2. Selepas itu tumbuk pula udang kering.

3. Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.


simple and applicable kan??? so selamat mencuba & selamat menambahkan obesiti anda..harhar

08 July 2009

S.H.E is born!!!

Alhamdulillah..setelah 2 tahun aku bertungkus-lumus meng"explore" pelbagai bidang2 yang boleh menjana active & passive income, akhirnya, pada hari ini aku noktahkan percarian tu dengan penubuhan syarikat yang akan beroperasi secara sah & halal di sisi undang-undang..memperkenalkan SOFEA HERITAGE ENTERPRISE (S.H.E) yang akan menjadi salah satu punca hari2 yang aku akan lalui bertambah sibuk, insyaAllah..

Rasanya tak perlu aku explain kenapa nama "itu" yang dipilih..malah ada hikmahnya aku tangguhkan hasrat nak "legallize" bisnes aku tu selama 2 tahun nie..klau tak, entah apa nama yang dipilih..pendaftaran nama nie berjalan lancar walaupun pada mulanya officer SSM tu agak keberatan nak bagi aku guna nama "sofea" tu sebab nama orang katanya..huh! nyaris2 aku balik tangan kosong tadi.. tak sia2 aku sacrifice aku punya lunch time rush ke SSM..penat, panas + lapar..tapi puas hati..semoga aku akan lebih rajin & gigih mencari kehidupan lebih baik untuk keluarga aku dengan adanya S.H.E..

Ok la..secara ringkasnya asas perniagaan S.H.E akan menumpukan kepada soal2 pengurusan hartanah (bini aku tau ler cemana obsesnya aku pada property investment & management), soal2 berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan mcm wiring, renovation, cat dinding etc, khidmat penyediaan penjanjian sewa beli & pengurusan rumah sewa (sesapa ada rumah sewa yang nak aku manage boleh roger2 selepas nie)..selain tu aku includekan juga package homestay memandangkan aku dah ada 4 homestay yang dipertanggungjawabkan..jugak dari segi pengurusan acara termasuk wedding planner..khidmat photography jugak ada disediakan..memang agak nampak caca merba tapi itu la yang aku ada basic selama nie pun..nak kata expert tak la..cuma boleh la klau dikatakan baru peringkat merangkak tue..ada gak a few types lagi yang aku tak include kat sini..coz a small portion..

Aku pun dah update client base & potential client target..list of suppliers..adhoc committee sekiranya aku tak sempat nak "one-man-show" jugak back up-back up info yang lain..kiranya kali nie aku betul2 serius nak make sure aku akan jadi salah satu penyumbang kepada ekonomi negara..walaupun sekadar
0.000001%..harap2 kawan2 sudi support seperti biasa & insyaAllah kalau ada rezeki @ projek lebih aku akan share dengan korang..special thanks to my minister of home affairs (bini aku ler) yang bagi prompt approval untuk launch with this plan..nanti untung banyak ble gie jalan2..hehe

Pada kawan2, bisnes partners & associates..-..terimalah kehadiran SOFEA HERITAGE ENTERPRISE dengan hati yang lapang ye..

07 July 2009

malberi ke mulberi??

Orait..this time aku nak share about my extra-curricular activity sejak akhir-akhir nie..actually aku ada JV with my sister-in-law (untuk Eng sahaja: wa punya bini punya mak punya anak) , graduate from Institute Pertanian untuk pasarkan benih pokok malberi @ mulberi @ mulberry kepada peminat2 dan juga tokey2 yang nampak potensi pokok nie..actually pokok nie banyak tumbuh atau ditanam di kampung2 cuma tak ramai sedar apa yang boleh dilakukan dengan buah & juga daun pokok nie..so amik kesempatan sket..hehe..nak promote benih pokok nie yang tersangatla mudah nak dijaga..sesapa yang berminat boleh roger2 @ 012 2545978 for these pokoks..rm7.00 sebeg + penghantaran percuma ke lokasi2 terpilih..

& this info is for those yang interested untuk mendapatkan additional info or knowledge..sesapa yang tak minat tu boleh teruskan ke artikel seterusnya..enjoy reading & learning!!!

Ulat sutera
(Bombyx mori, Latin: "ulat sutera pokok mulberi") adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi. Ia berasal dari utara China.


Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar. Ia makan daun siang dan malam berterusan. Dengan itu mereka cepat membesar. Apabila warna kepala mereka bertukar menjadi gelap, ia bererti masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali, badan mereka menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat, yang menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera.

Sutera
Ulat sutera menghasilkan kepompong daripada sutera mentah. Kokun ini dihasilkan daripada sehelai benang sutera mentah sepanjang 300 hingga 900 meter (1000 hingga 3000 kaki).

Sekiranya ulat bulu dibiarkan mengigit keluar daripada kepompong secara sendiri, benang akan dipotong pendek dan sutera menjadi tidak berguna, dengan itu kepompong ulat sutera akan direbus untuk membunuh ulat sutera dan memudahkan penguraian benang sutera. Ulat sutera itu sendiri sering kali dimakan.

Kupu-kupu dewasa yang dibela untuk penghasilan sutera tidak boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu sutera atau ulat sutera mulberi. Disebabkan sejarahnya yang lama dan dan kepentingan ekonomi, ulat sutera genom telah menjadi tumpuan kajian moden.

Sejarah
Di China, terdapat lagenda bahawa sutera yang didapati dari ulat sutera disedari oleh maharani silam bernama Xi Ling-Shi (bahasa Cina: 嫘祖; pinyin: Léi Zǔ). Dia sedang bersiar-siar apabila dia menyedari kepompong ulat sutera. Dia menggunakan jarinya untuk menyentuhnya, dan menakjubkan, selembar benang terkeluar! Apabila semakin banyak keluar dan membaluti disekeliling jarinya, dia perlahan-lahan berasa panas. Apabila sutera itu habis, dia melihat kepompong kecil. Dengan serta merta dia menyedari bahawa kepompong itu merupakan sumber sutera. Dia mengajar hal ini kepada semua orang dan ia merebak. Terdapat banyak lagenda lain mengenai ulat sutera.

06 July 2009

introducing: NASI LEMAK WONDERLAND

HoHo..tak sia-sia Alice amik resipi nasi lemak nie dari Ida..setelah berjaya mengkucar-kacirkan dapur serta membunuh beberapa ekor ayam..maka terhasillah masterpiece from Alice's Kitchen ~ Nasi Lemak Wonderland ~ maybe boleh consider untuk dimasukkan dalam segmen Masak-Masak Bersama Abah Sofea (MMBAS) Episod 4 yang akan datang..apa pun, enjoy ur view and selamat menelan air liur!!