29 September 2009

sofea 'n' friends

gambar lama sebenarnya..almost 3weeks pending..tapi just nak share jugak keletah sofea..for fun!!



kegiatan!!!

salah satu aktiviti "mengisi masa lapang" & cubaan mengukur saiz badan semasa waktu bekerja..



p/s: mujurla aku still "muat" dalam menda alah tue!!

27 September 2009

r@y@ @t KMC

hampeh tul aku rasa raya tahun nie..bukan sebab tak boleh beraya..tapi sebab sofea still demam..sampai ke pagi raya tue still panas badan dia..last2 dalam kul 9.30 pagi aku pecut bawak sofea gie KMC..sambil2 meredah jalan yang banyak keta tue, sempat gak la aku amik gambar "kenang-kenangan"...sampai ke saat nie sofea still demam..mak mertua aku kata "demam nak boleh akal"..memang nampak gak perbezaan dia..sofea sekarang nie lebih selektif..hanya abah & mama dia saja yang boleh mendukung dia..yang len bo layan!! penat gak bila jadi lagu tue tapi bila tengok sofea..emmm maybe dia betul2 nak bermanja dengan abah dia kot..harap2 sofea cepat la sembuhnya..rasanya selain "demam nak boleh akal" tue, sofea juga maybe demam sebab nak merangkak + tumbuh gigi..sebab nampak mcm ada putih2 kat gusi dia tu..lagipun dia selalu nak masukkan apa je barang yang dia pegang ke dalam mulut dia..klau aku bagi berus sabut pun mesti masuk dalam mulut punya..hehe..korang doa2kan la si kecik nie cepat sembut yer..tak best betul bila dia tak ngusik aku..ilang separuh nikmat dunia..



eskimo gurlzzz

hehe..sian pun ada..lawak pun ada nengok sofea dah jadi mcm eskimo girl nie..mcm diceritakan masa posting artikel terdahulu..balik jer dari tanjung malim sofea dah mula panas badan..rindu kena tinggal dengan abah dia kot..alih2 ja mlm tu demam..so salah satu cara yang aku buat ialah "jelum" kepala dia dengan towel..tapi tak saangka plak jadi mcm topi eskimo..sian sofea..suhu sampai 39darjah..tinggi tu..in fact terlalu tinggi untuk baby..adus..memang hilang terus la mood nak beraya..esoknya hari sabtu sofea still demam..mujurla dia berselera lagi nak menyusu..kalo tak memang susut la badan dia tue..nie few pics yang sempat diambil untuk sama2 kita berdoa supaya tuan puteri kecik nie cepat2 sembuh..sian anak abah..huhu





misi menyelamatkan orang tersadai di tanjung malim


memang gilos betul la bila memikirkan saat2 orang lain berebut2 balik kampung..tapi aku dengan bapak aku plak berebut2 gie tanjung malim malam khamis aritu..mana idaknye..keta kancil adik aku plak ble temperature naik..pastu dia & kawan2 yang lain sorang pun takde ilmu pasal keta nie..jadi ada la sorang mualaf nie sudah tarik keta dia masuk bengkel kat UPSI sana..upahnya RM200.00 tarik + tengok2 enjin saja..masalah skrg nie bukan sebab duit tu..sebabnya itu orang sudah baraikan enjin kancil tu sampai tinggal besi scrap!! rupanya mualaf tu pun tak reti gak..hampeh tul..

bapak aku apa lagi..roger2 aku suruh standby..kul 9.00 malam kitorang gerak dari jitra straight to tanjung malim meredah hujan lebat & jem strawberi..adik aku dan kawan2 beliau dah di"parking" oleh bapak aku kat sebuah hotel somewhere kat sana gak..so sampai2 dlm kul 1.30pagi tu tengok tow truck perodua belum sampai untuk tarik keta tu ke bengkel perodua rawang..tunggu punya tunggu..call punya call..last2 sampai gak mamat tu kul 2.30 pagi.apa hal ntah dia buat lama sangat dari rawang...padahal bapak aku dah tepon dia since kul 7.00 malam lagi..maybe banyak keta yang dia dah towing malam tue..kayos la dia..

so kitorang gie la bengkel tu pepagi buta tu..tengok sendiri tow truck nie angkat keta kancil tu ke dalam perut dia..rupanya senang jer dah ada menda alah nie..klau takat nak curi keta parking tepi jalan tue senang sangat..so kul 3.30 pagi kitorang dah balik ke hotel & tido..esoknya mmg aku tak bangun sahur..kul 6.00 pagi dah kena bangun sebab bapak aku nak gie tengok sendiri keta tu selamat masuk ke bengkel perodua rawang..adussss..

sampai sana dlm kul 7.30pagi..perodua 8.30pagi baru buka..tungguu lagi..last2 bila pomen buka bonet keta..terkujat la bapak aku nengokkan enjin keta dah takde..rupa2ya pomen tu simpan enjin (atau selepas ini dikenali sebagai besi buruk) dalam boot kereta..ingat keta vwolkwagen ke hapa enjin kat belakang!!! so selepas merintih hiba..bapak aku pun balik ke tanjung malim untuk pick up adik aku & kawan2 beliau..then straight terus balik jitra meredah jem oren dan kepanasan tengahari..masa tue punya la dahaga.letih..ngantuk semua ada..first time aku tak ble maintain drive sepanjang jalan..dulu tu takat shah alam - jitra tue selamba jer non -stop..







balik umah..tuan puteri kecik aku plak start panas badannnnn..demam plak dahhh..

15 September 2009

selamat.hari.raya

sedar tak sedar masa berlalu pantas..sepantas aliran dalam pembuluh darah..tak pernah henti walau sesaat..sesaat yang penuh dengan hikmah..penuh dengan ibadah..penuh dengan azimat2 untuk sesiapa yang berjaya merebutnya..diikutkan pemergian ramadhan harus ditangisi..bukan dirai..kerana di dalamnya terkandung sejuta kebaikan yang tiada pada bulan yang lain..namun hanya pada sesiapa yang berjaya merebutnya..justeru kehadiran syawal juga harus disyukuri..kerana di bulan mulia ini jugalah kita mampu bermaaf-maafan tanpa perasaan malu..hulurkan tangan dah ucaplah dengan penuh keikhlasan "selamat hari raya..maaf zahir & batin"..maka insyaAllah terlepaslah ikatan dosa sesama insan yang membelenggu kita..

sempena kedatangan syawal juga, abahsofea, mamasofea & sofea da' princess ingin memohon sejuta keampunan buat para pembaca serta sesiapa yang mengenali diri kami andainya terdapat kekhilafan, kesilapan & kemudharatan sepanjang tempoh perkenalan & persahabatan kita..semoga hari raya ini akan memberikan seluruh kegembiraan kepada anda semua..



08 September 2009

ceramah ramadhan

ekceli program nie dah past over 2 weeks dah...2kali program ceramah ramadhan nie diadakan di mini auditorium library - 270809 & 030909..2,2 kali best..gambar baru ble upload sebab abang jonet baru share dlm network server..tq abang jonettt..

06 September 2009

~the making of..bubur lambuk~

hari nie turn team library & team pusat komputer plak tunjuk skill masak bubur lambuk..tapi takde la sampai satu library turun..ada la few members especially yg junior2 tu..kira kes ragging + latihan dalam bekerja la nie..apa pun, prepare bubur lambuk nie takde la teruk sangat mcm masak dodol..tapi ble la tengah penyediaan dia yg quite simple..masak pun ikut aturan dia..cuma yang speselnya sebab ada 2 jenis bubur lambuk yg dimasak..satu masak mcm biasa..masukkan santan & satu lagi masak xpakai santan..ala2 sup..2,2 aku bawak balik..huhu

abg isanuddin tengah bagi tutorial kat trainee chef..helmi & hadi..potong jgn tak potong!! tu dia..iwan menggunakan hikmat jari harimau untuk menghiris daging..ganaz giler..
persiapan ala2 peperangan..tinggal tunggu signal nak launch je..
kaum2 hawa yang sibuk berbincang tentang gosip2 sensasi & terkini..
termasuk harga minyak RON95..
kak sue perasan kehadiran paparazzi ke lokasi kejadian..
cehhh berapa ketul je bawang yang dia kupas..
en din tengah supervise kelas memasak nie
sambil mengira2 kot2 ada yang "skip" kelas..kantoi!!!
gabra + panas punya pasal..tekebaboommm..
tumpah suku periuk..takpe2 ada lagi 7 3/4 lagi.. hadi tengah mintak no tepon anak dara abang non..kelihatan abang non tengah kontrol dia punya marah depan kameraman (sila lihat penumbuk)..jurukamera tidak dibenarkan merakamkan keadaan hadi selepas itu..
pasni boleh la masukkan projek bubur lambuk dalam aktiviti kompeni Sofea Heritage..maybe untuk long term projek..insyaAllah..hadi pun sempat tulis resepi..hehe baguzz..

MMBAS Episode 10: Ayam Percik Ganu

Pelik pulak nama resepi nie kan?? ada ganu ganu pulak..menatang apa ganu tu?? ekceli ganu tu singkatan dari terengganu..sebab resepi nie member aku dari ganu yang kasi..so abadikan la sumbangan dia dalam nama ayam nie..apa pun, selamat mencuba..kalau sedap kasi kat abahsofea sket aaa..


Bahan2 dia basicly dipecahkan kepada dua kumpulan (macam sukaneka plak)..
Bahan 1
  • 15 biji cili kering (direndam)
  • 10 ulas bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
Bahan 2
  • 250 ml santan pekat
  • 2 camca besar gula secukup rasa
  • 1 camca besar tepung beras
  • 2 Kiub Pati Ayam
  • 1 kg ayam, dipotong 4 kepingan dan dihiris
Cara penyediaan dia plak:
  1. Campur ramuan A dan kisar hingga lumat.
  2. Dalam periuk, campur ramuan A dan B.
  3. Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat. Ketepikan dari api.
  4. Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan.
  5. Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak.
  6. Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya sampaila abis
  7. Pastu apa lagi..makan la!!

02 September 2009

MMBAS Episode 9: siakap.sweet.sour

wOwO..menyelerakan betul resepi kali nie..pun agak simple..asyik2 western food je..kita tukar selera dengan menikmati hidangan "mesti pecah perut" nie siakap masam manis!! selamat mencuba..resepi nie sesuai untuk 4-5orang bergantung kepada kapasiti perut korang..


Bahan Keperluan
  • 2 ekor ikan siakap @ kerapu (siakap isi dia lembut sikit..)
  • Segengam lada kering @ ikut cita rasa sendiri (sila blend kasi lumat)
  • 1 1/2 biji bawang besar (pun kasi blend jugak)
  • 4 ulas bawang putih (pun sama jugak)
  • 1/2 biji nenas dipotong dadu
  • 1/2 batang timun dipotong dadu
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar soso cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam/gula secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng..

Cara Penyediaan
  • Goreng ikan tadi dengan garam dan kunyit seperti biasa...dan asingkan
  • Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga garing atau sampai "pecah" minyak...
  • Masukkan nenas dan timun tadi dan biarkan seketika
  • Masukkan sos tomato,sos cili/sos tiram, gula dan garam..kacau hingga sebati
  • Masukkan tomato tadi dan bawang yang dipotong bulat..kacau hingga sebati dan tuangkan ke atas ikan tadi
  • Hiaskan dengan daun bawang (kalau rajin ler!!)
    *Jika kering tambahkan sedikit air..
    *jika mahu masukan ikan sekali pun boleh..ikut selera masing...