25 November 2009

^_^ salju di danau sintok!!!

aku rasa mcm keja kat ostolia plak masa drive pagi tadi..dia punya environment..pergghhh fabulous cat betul!! layanzzz






amaran pulis: next time jangan snap gambar tengah2 drive..kena saman mandatori 3hinggit!!!

17 November 2009

MMBAS Episode 12: sizzzlinggg meee ",)))))

hoho..nie la salah satu benda makan kegemaran aku masa kat Shah Alam..sesapa penah lepak kat Food Court Giant Sec. 13 mesti tau menda alah nie memang beshhh..lebehhh besshhh dari menyapu sampah!! kekadang kena beratur panjang untuk mengisi perut yang menggelegak..heran..makan benda menggelegak untuk mengisi perut yang menggelegak..menda la yang merepek nieee..apa pun enjoy..



Bahan-bahan penggelegakkan:


• 1 sanggul Yee Mee (jangan amik cucuk sanggul tok hangpa sudahhh!!)

• 3 sudu besar sos tiram

• 2 sudu besar kicap pekat

• 5 sudu besar kicap cair (bukan kicap pekat + air)

• 1 sudu besar serbuk lada hitam..nak lagi pedas boleh letak 10 sudu..dijamin buasir!!

• Isi ayam..kalau boleh ayam comel..lebih manis

• Bawang putih dan halia dipotong dadu..boleh gak amik buah dadu dam ular tue..


Cara-cara untuk menggelegakkan beliau:


1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumis halia & bwh putih

2. masukkan 1 cawan air dan masukan semua sos2 tue

3. masukkan sayur, cendawan carrot

4. tunggu hingga mendidih dan sayur empuk

5. masukkan 1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air (hehe..tetiba lak..tadi takde dlm senarai bahan kann??)

6. lastly, masukkan yee mee dan kacau dlm 2 minit

7. pecahkan telur dan jgn kacau.. settle..

10 November 2009

MMBAS Episode 11: Ayam Masak Merah Ala Thai

Ish ish..sedar tak sedar dah lama tergendala rancangan MMBAS nie..semakin tak berdisiplin dan tak berkomited bersiaran..patutla rating turun!! mengenangkan MMBAS ada kipas-susah-mati tersendiri especially our F.E.E.L.A from obersee..maka dengan azam dan semangat baru..dipersembahkan episod terbaru..resipi ke 11: ayam.masak.merah.ala.thai ^_^


"materialistik" yang diperlukan:

1 ekor ayam dipotong 8
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Sedikit Gula
2 sudu kicap pekat
4 ulas bawang merah
½ inci halia
8 biji cili kering
1 ½ cawan air.
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

 
"kesungguhan" yang diperlukan:


1. Goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga masak.


2. Kisar bawang merah, halia dan cili kering. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak kemudian masukkan air. Biar sehingga mendidih, masukkan garam, gula dan kicap pekat. Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk. (ketuk sampai serai tu mati..huhu)


3. Kemudian masukkan ayam. Kacau dan masak dengan api sederhana. Selepas 5 minit, masukkan daun limau purut dan bawang besar yang di mayang nipis.

09 November 2009

^_^ cuti yang tak cuti ^_^

hari sabtu aritu tetiba lak wife aku kena keja..so nak tak nak terpaksa la aku jadi pengasuh separuh masa..mujurla sofea tak banyak kerenah..masa balik antar mama dia ke JPN pun tido jer dlm keta..dan masa on the way nak gie amik pun tido jugak..cuma dia ligat nak main kat umah sampai tak ble nak tinggal langsung..last2 lepas 3botol susu aku sumbat dlm perut dia..then lepas tengkuk aku kena karate 4kali dengan dia..dia pun tido selama 15minit!! adusss..