28 January 2010

CSR @ abahsofea Episode 2: Pondok Lubuk Tapah Terbakar!!!

Untuk sesapa yang nak membeli saham akhirat..no political issue here..plzzz..


MMBAS Episode 18: Pulut Panggang T_T

Woww..lagi 2 resepi abahsofea boleh produce buku masakan MMBAS" Kitchen (ke chicken??)..yang nie seswai dimakan bila2 masa..samada pagi2 masa ayam jantan tengah gosok gigi..tengahari sebelum gie tido..atau malam2 masa tengah layan bola kat astro..makan panas2 lagi beshhh!!



Bahan Untuk Memulut:
1 kg beras pulut
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Daun pisang secukup rasa
Lidi (amaran: dilarang menggunakan penyapu lidi ibu anda!!)
Air
Garam


Cara Memulut & Memanggang:
1.Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus
sehingga pulut masak.
2.Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3.Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4.Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5.Sangai/ goreng sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6.Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.
Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi. (pakai penyepit baju pun boleh!!)
7.Akhir sekali, panggang.

27 January 2010

http://lilicabin.blogspot.com

Perhatian..perhatian..kain batik bercorak baru..kain batik bercorak baru (sila gunakan intonasi penjual kain macam cerita orang minyak p.ramlee)..sesapa yang tengah cari kain pasang corak batik tue..boleh view this blog..




..member2 abahsofea boleh diberi diskaun spesel..batik nie made from sutera dan dilukis dengan perut (haha..tak la..dengan tangan asli)


some of the items:


24 January 2010

phea..henpon & kereta beliau..


haha..kadang2 rasa macam nak berdosa pun ada dajalkan anak aku cenggini..tapi since dia pun buat tak pedulik ja so aku amik la gambar nie sebagai kenang2an..harhar..jadi cip mekanik plak dahhhh..


21 January 2010

bila kak nel tak keluar lunch!!





sapa kata IT Officer tak tau seni???

^_^ akhirnya..


Tadi aku gie Alumni Junction dengan abg suhaimi & azizan sahaja..hajat di hati sejak 2 hari lepas nak try sizzling mee hot plate..dah 2 hari gie asyik abis "ish..sedap sangat kot benda alah nie"..akhirnya..nak jadi rezeki dapatla melepaskan kegianan bersama azizan sahaja..



nampak macam best2..memang berselera la nak memulakan suapan..tapi hampa..huhu..jauh la dari jadi pencabar hot plate @ giant shah alam..

apa pun..syukur kerana aku tak terus terliur..nie aku nak kenalkan encik azizan sahaja..nama dia dalam facebook..pandai2 la cari pada sapa yang berminat..not single but still available for 3 kuota..hehe


19 January 2010

duit duit..di mana kau duit??


arini dah 19hb..maknanya tinggal 6hari lagi sebelum dapat gaji..perghh..panjang betul perjalanan merentasi masa nie..nie la akibatnya kalau gaji bulan 12 yang masuk awal tue dihabiskan seawal mungkin..pada yang bujang or ada biasiswa papa-mama maybe tak kesah sangat soal nie sebab tanggungjawab mereka hanya memastikan hidup mereka terjaga..tapi pada yang dah berkeluarga..masa2 macam nie la yang akan menentukan sejauh mana kewangan anda stabil!!



ada few tips yang boleh dilakukan..bergantung pada keselesaan (kerelaan sebenarnya) masing-masing..sesapa yang ada tips berguna tue boleh la sama2 share yer..
  1. Kita boleh cut-off Astro klau kita dah dapat coverage tv yang ok..nak buang RM60 sebulan semata-mata untuk berjaga malam selepas penat bekerja adalah sesuatu yang tak berbaloi kan??
  2. Reduce kekerapan bergayut dan kurangkan jumlah topup anda (RM30 ke RM10 sebulan)..hehe
  3. Kurangkan perasaan ingin berjalan-jalan dengan kereta anda..walaupun namanya berjalan, tapi anda tidak menggunakan kaki anda sepenuhnya..better stay @ home atau jalan kaki ke mesjid berdekatan..sihat & berpahala :)
  4. Try reduce bil elektrik anda juga bil air ke tahap minimum..pandai2la tutup suis yang mana tak guna tue..
Ok la..untuk 5minit posting nie, ini saja yang sempat terlintas..mungkin ada lagi yang lebih effective macam earn extra money from Nuffnang  ..tulis e-books dan sebagainya..selamat mencuba!!

MMBAS Episode 17: Kek "Kain" Batik

Hehe..ekceli nama resepi nie kek batik jer..saja aku tambah "kain" tue kasi catchy sket..tue pun klau ada yang menangkap dan ditangkap laaa..mengarut dahhh (bahana tangkap gambar ubi yang mengarut!!)..resepi sempoi di alam maya



Bahan Nak Buat Kek

1/2 butter
1 paket kecil Milo
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marie Jane Watson a.k.a awek-spiderman @ ikut suka laaa


Cara-caranyaaaa

Cairkan butter, masukkan milo dan susu
Kacau sampai sebati dan likat
Akhir sekali masukkan biskut (patah-patahkan buah pinggang biskut tersebut..senang nak kacau)
Kemudian angkat dan letak dalam bekas. Tekan dan padatkan.
Masukkan dalam peti sejuk.
Setelah sejuk, MAKAN!!!.

18 January 2010

rahsia lelaki (",))))))))


Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.
Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan..[haha apala pekdahnye aku tulis rahsia pasal laki nie]

UBI Yang Mengarut ^_^

Haha..hape kenama la yang depa letak nie..Alkisahnya aku gie jejalan ngan mai-pader kat supemaket..alih2 kat sesyen sayur tue aku nampak benda "terimpress" bagi aku untuk bulan Januari 2010..betul..aku tak tipuuuu..memang aku impress sangat ^_^



nie la ubi yang mengarut tue!!! haha




mengarut sungguh!!!

14 January 2010

^_^ secret of success ^_^


"Sir, What is the secret of your success?" a reporter asked a bank president.

"Two words"

"And, sir, what are they?"

"Right decisions."

"And how do you make right decisions?"

"One word."

"And, sir, What is that?"

"Experience."

"And how do you get experience ?"

"Two words"

"And, sir, what are they?"

"Wrong decisions"

12 January 2010

MMBAS Episode 16: Udang Goreng Madu ^_^

M.A.D.U nie a bit sensitif untuk certain Hawas..tapi untuk lelaki kebanyakkannya akan sensitif jugak bila terbau masakan nie..sensitif kat urat perut dan usus besar..apa pun..best of luck dan selamat mechoba!!



^_^ Bahan Untuk Bermadu

600 g udang
1 sudu makan cili [blend]
1 sudu teh ketumbar [blend]
1 sudu teh jintan manis [blendjugak]
1 sudu teh jintan putih [blend jugakkk]
1 sudu teh tepung penaik
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu teh madu
garam secukup rasa

^_^ Cara Memadukan Udang

1.Bersihkan udang dan toskan.
2.Kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar.
3.Perap udang yang telah digaul untuk selama 1 jam.
4.Panaskan kuali dengan minyak yg banyak, kemudian masukkan udang.
5.Masak sehingga sebati dan kering.
6.Setelah kekuningan angkat & hidangkan.

11 January 2010

MMBAS Episode 15: BBQ Sotong ^_^



Buat penggemar siii-puuut..sekali sekala tukar selera..kita BBQ sotong plak..sebut betul-betul..bi-bi-kiu!!

Bahan-bahan memBBQ:

2 ekor sotong (nak guna suploh pun takpe..)
3 biji limau nipis
3 ulas bawang putih (cincang)
3 biji bawang merah (cincang)
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
1 batang serai (potong halus)
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam

Cara memBBQ:

Gaulkan kesemua bahan BBQ sotong sehingga sebati
Perapkan sotong selama sejam
Akhir sekali, panggang sotong sehingga masak

Ahli Ibadah Dengan Pelacur Jelita



Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

Arak Menjadi Madu (",))))))


Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"
 
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.
 
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."

Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman,
 
" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"

Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka !



10 January 2010

CSR @ abahsofea Episode 1: Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-Anak

Emm..nak cerita banyak pun macam nak sebak jer..thanks to Azril @ zilhan.com..dari situ aku dapat lagi satu kisah masyarakat untuk renungan bersama..realiti kehidupan agar kita saling bersyukur..nie juga part of CSR Programme yang aku akan masukkan sebagai "menu" baru dalam blog nie..semoga viewers akan terkesan dan memberikan sedikit bantuan..setidaknya dengan doa.. click:

MMBAS Episode 14: Jeli Kelapa Muda

Fuhh!!! pagi-pagi sejuk berhawa dingin nie boleh pulak terkeluar idea untuk post pasal resipi alas-perut-selepas-makan iaitu Jeli Kelapa Muda..maybe ada di kalangan kita yang ketagih nak makan mendalah nie tiap2 hari..tapi honestly benda nie seswai untuk menyejukkan perut selepas makan benda pedas-pedas..soo kewl!!!



Benda2 untuk menjelikan kelapa tersebut:  
  • 1 paket agar2 serbuk [lebih kurang 10gram] ~ klau lebih nanti mcm makan getah sekerap plak..hehe
  • 2.6 liter air kelapa [lebih kurang 3-4biji]
  • isi kelapa muda [boleh sagat guna garfu atau apa2 je..janji keluar isi]
  • 11 sudu besar gula [nak manis tambah lagi..boleh letak 30sudu klau nak cepat kena kencing manis!!]
  • 3 helai daun pandan [nak letak one drop perfume pun bolehhh..janji wangi!!!]
Proses penyediaan:

1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. 
3. Biarkan sejuk dan boleh lah dimasukkan ke dalam bekas [gelas @ bekas dadih].
4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan. err...tapi jangan letak kat bahagian freezer plak..patah gigi korang nak makan..huahua

Konsert Amal Dari Perspektif Islam

Tertarik hati mendengar ulasan yang dibuat dalam satu forum menyebabkan injap kapilari aku mengepam pantas jantung agar darah segar mengalir ke otak lantas mencambahkan benih2 idea untuk mengarang..namun aku tetap aku..seorang yang cetek ilmu ketuhanan dan masih mencari-cari persimpangan menuju ke alam abadi yang sejahtera..sekadar berkongsi pandangan dari seorang sahabat:



Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”. (Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”. (Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”. (Surah Yunus: 6)


Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”. (Hadis riwayat Muslim )


Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”. (Surah Al-Zumar: 23)


FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”. (Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”. (Surah Al-Hajj: 35)

Hiburan yang dilarang oleh agama Islam itu ialah segala bentuk hiburan yang melalaikan atau merugikan, apa lagi hiburan yang menjejaskan kewajipan seorang Islam. Nyanyian, karaoke, tari menari, lebih-lebih lagi tari menari yang yang bercampur lelaki dan perempuan, konsert-konsert nyanyian sekalipun atas nama “amal” tidak akan menghalang hakikatnya sebagai kegiatan yang bertentangan dengan syarak atau konsert nyanyian yang ada sekarang lebih banyak menjurus kepada tidak diredhai oleh Allah. Tujuan amal adalah kata-kata berselindung, seperti berselindung racun di sebalik makanan yang enak, akhirnya akan membunuh orang yang memakannya. Hal sedemikian telah digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya:

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya?) Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya”. (Surah Faatir: 8)

Apabila di dalamnya bercampur perkara-perkara mungkar atau maksiat maka sesuatu yang haram itu tidak akan menjadi halal hanya sekadar diselubungi dengan tujuan yang baik atau kerana cita-cita itu murni. Dalam kaedah fiqh juga menjelaskan yang maksudnya:

“Di dalam umat ini akan terjadi peristiwa di telan bumi, berubah rupa bentuk dan dilempar dengan batu, Seorang lelaki daripada kalangan kaum muslimin bertanya: “Wahai Rasulullah, bilakah terjadi peristiwa itu?” Baginda bersabda menjawab: “Apabila telah muncul penyanyi-penyanyi perempuan dan alat-alat muzik yang ditiup dan berbagai jenis minuman arak”. (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Ibnu Hajar dalam kitabnya Al-Zawajir telah menjelaskan bahawa orang-orang yang duduk bersama-sama orang minum arak, orang fasik dan duduk dengan ahli hiburan yang haram (seperti majlis tari menari walaupun dengan isteri sendiri), sedangkan dia berkuasa untuk menegah perkara-perkara tersebut atau berkuasa meninggalkan majlis itu adalah suatu dosa besar.

Menurut Imam Al-Qurtubi pula, sentiasa mendengar nyanyian juga boleh menyebabkan sifat bodoh dan tertolak persaksiannya (syahadah), dan yang lebih ditakuti lagi ialah menyebabkan nifaq, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Nyanyian itu menumbuhkan sifat nifaq (munafiq) dalam hati sebagaimana air menumbuhkan sayuran”. (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Dari itu ingatlah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah sementara dan sebagai jalan untuk menuju kebahagiaan di akhirat. Kita perlu sentiasa waspada dan ingat bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala menyediakan azab bagi orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia semata-mata tanpa menghiraukan larangan-larangan Allah dan RasulNya bahkan lalai dan leka oleh perkara-perkara mungkar dan maksiat. Ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya:

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermmegah di antara kamu (dengankelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan hartabenda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur berkecai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. (Surah Al-Hadid: 20)


Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga mengkhabarkan, apabila umat Islam tidak berpandukan syarak dalam menjalankan segala urusan dunia dan akhiratnya, kadang-kadang timbul sangkaan baik mereka terhadap sesuatu amalnya, pada hal adalah sebaliknya. Jika ada suatu amalan itu mengandungi perkara-perkara yang tidak selaras dengan syarak, maka rosak binasalah segala amal usahanya yang mereka sangka baik itu, dan tidak akan mendapat sebarang harga pada hari kiamat kelak, bahkan mereka akan menerima kehinaan dan azab seksa yang seburuk-buruknya. Hal ini telah diceritakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-rugi amal perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang-orang yang kufur, ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat nanti. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka pula kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejekan”.  (Surah Al-Kahfi: 103-105)

Semoga kita semua beroleh manafaat dari posting ini. InsyaAllah

06 January 2010

MMBAS Episode 13: Ikan Pari Bakar Cicah Air Asam!!

Perghh..kecur air liur..kena plak makan tepi bendang nie..pastu berangin semacam plak..hoho boleh tambah 5pinggan nie



Bahan Untuk Memari

  • ikan pari  
  • kunyit  
  • garam  
  • minyak  
  • daun pisang [jika ada]  


Cara Membakar Pari (ada cara tue..)


1. Bersihkan ikan pari dan potong kecil. Toskan bagi air dia kering supaya lambat basi 
2. Gaulkan garam dan kunyit pada ikan dan perapkan selama 20 minit  
3. Titiskan minyak @ non-stik pan [kalau ada daun pisang lapikkan]  
4. Masukkan ikan dan tudungkan beliau!! 
5. Masakkan sehingga ikan itu masak.  
6. Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam

p/s: F.E.E.L.A kat London Bridge tue berapa hinggit ikan pari nie??

05 January 2010

Rahsia 13!!

Emm..apa pulak 13 nie..rahsia pulak tue..sebenarnya posting kali nie just nak kongsi reason omputeh especially alkafirun tak suka angka 13..sebab melibatkan 13 rukun dalam solat kita..fadhilat dari rukun-rukun nie rahsia secara batiniah dia hanya Allah yang tahu..tapi ada diberikan sedikit "hint" untuk kita mempercantikkan rukun-rukun tue..




Rahsia 1: Niat sembahyang
^_^ untuk memelihara taubat kita di dunia dan akhirat

Rahsia 2: Berdiri tegak dan betul
^_^ untuk meluaskan kubur kita apabila sudah mati

Rahsia 3: Takbiratul Ihram
^_^ untuk menjadi cahaya yang menerangi alam kubur kita

Rahsia 4: Al-Fatihah
^_^ untuk menjadi pakaian yang "menyelimuti" kita di alam barzakh

Rahsia 5: Rukuk
^_^ untuk menjadi tikar "mengalas" kita di alam kubur

Rahsia 6: Iqtidal
^_^ untuk memberikan kita air minuman dari telaga AlKausar di alam kubur

Rahsia 7: Sujud
^_^ untuk menjadi pagar ketika kita menyeberangi titian Siratul Mustaqim




Rahsia 8: Duduk Antara Dua Sujud
^_^ untuk menaungi panji-panji Nabi kita ketika di dalam kubur

Rahsia 9: Duduk Antara Dua Sujud (rakaat akhir)
^_^ untuk menjadi kenderaan kita di Padang Masyar

Rahsia 10: Tahiyyat Akhir
^_^ untuk menjadi tukang jawab soalan Munkar & Nankir (on behalf kita)

Rahsia 11: Selawat Nabi
^_^ untuk menjadi pendinding dari sambaran api neraka

Rahsia 12: Salam
^_^ untuk memelihara kita di alam barzakh




Rahsia 13: Tertib
^_^ untuk mempersiapkan kita ketika menghadap Yang Maha Esa - Allah S.W.T

Dari Abdullah bin Amr' R.A, Rasullullah S.A.W bersabda "Ini adalah salah satu sebab orang Yahudi/ kafir tidak sukakan angka 13 dan hari Jumaat" Wallahualam

04 January 2010

Welcome 2010!!


Wow!! sedar tak sedar dah masuk tahun baru..ber+ umur..ber+ harta...ber+ anak..ber+ hutang..dan macam2 ++ lagi..semua makhluk di bumi nie dapat bahagian masing2 yang ditentukan oleh Allah S.W.T..aku juga tak terlepas oleh ujian dan dugaan..banyak yang aku belajar dalam tempoh 2tahun nie (2008 - 2009) exactly since aku quit dari UMW..



jatuh..tersungkur..pahit..getir semua aku dah rasa dalam tempoh 2tahun nie..mujurla dalam tempoh tue juga masih ada yang sayangkan aku..yang terus menyokong dan mendoakan aku..siapa orang itu biarlah antara aku dan Dia sahaja yang Maha Mengetahui..


aku seakan dikejutkan dari mimpi yang indah lepas aku keluar dari UMW (atas kerelaan aku sendiri)..keluar dari kepompong keselesaan alam korporat untuk bergelumang dengan alam baru yang menjanjikan realiti kehidupan..erti persahabatan..erti kasih dan sayang..


syukur..akhirnya beberapa hari sebelum berakhirnya tahun 2009..aku berjaya bangun semula..walau masih terpaksa dipapah, aku bertambah gagah..dan keyakinan aku kembali terbina..perlahan-lahan


hanya aku dan diriku yang mengetahui peritnya kehidupan yang aku tempuhi selepas keluar dari UMW..terlalu banyak ujian hinggakan satu ketika aku seakan menyesali keputusan meninggalkan A-Billion-Profit Company tue..tapi Allah masih menyayangi aku walaupun aku pernah "gagal" menjadi khalifah yang baik..Alhamdulillah terima kasih Tuhan


Kedatangan tahun 2010 nie juga seakan memberi peluang untuk aku bangun mencapai segala impian aku..kembali menyoroti jalan kejayaan masa depan yang pernah aku rancang dahulu..mungkin kalian tertanya2 apa yang cuba aku kongsikan..TIDAK!!! aku bukannya mahu berkongsi..aku sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati..


InsyaAllah ada beberapa plan yang aku rancangkan untuk dijayakan secara bersendirian, keluarga juga rakan-rakan..aktiviti untuk Sofea Heritage Enterprise (s.h.e) juga dirancang secermat mungkin..aku mahu syarikat kecil ini terus bertahan sekurang-kurangnya hingga anak aku - Azzalea Sofea cukup matang untuk mengerti jerih perih seorang abah mempersiapkan ekonomi masa depan anaknya..


Apa yang aku harapkan adalah sokongan dan doa yang tidak putus dari kawan-kawan sejati..juga dari isteri, anak, keluarga dan semestinya kedua ibu bapa aku..doakan aku ya!!!