21 April 2011

RiNDu ^_^

semua orang. kita. aku. kau. dia. semua pernah merasakan satu perasaan yang lembut. tapi kejam. boleh membahagiakan. boleh melukakan. boleh merosakkan.

..rindu..


 
apakah rindu. ada apa dengan rindu. tunggu saat dan ketika. kita semua akan merasainya.

17 April 2011

SIRI BERCAKAP BENAR.."aku dan cameron highlands"


sejak kecik perut aku dipaksa hadam air kaler kuning2 yang pahit-ya-amat kalau tak letak gula..dan sangat kool kalau letak susu isian pekat F&N + ais tube (memang la kool..nama pun ais..)..dulu teh yang paling glemer teh ceylon..kat tin kaler biru tu ada gambaq keretapi..pastu ada nomot 888..

bila pendapatan dah meningkat, merasa la minum teh lipton..tapi yang serbuk tak beruncang punya..kena tapis sendiri.. = =' sadiss..tp sejak2 keja dengan gomen nie, merasa la minum teh beruncang teh boh lipton!

orang cakap teh2 nie semua dari cameron highlands..tak tau la depa sengaja tipu aku @ aku memang layak kena tipu sebab malas membaca @ memang semuanya benar belaka..teringin aku nak bercuti di cameron highlands..last sekali masa umoq 9 tahun..masa tu ayah aku pakai keta datsun 120y..haha..

nanti kumpul duit sehari singgit..dalam 3tahun setengah lagi cukup la nak gi cameron highlands..bukan apa..nak try buat sendiri air teh dari pokok2 yang tumbuh kat sana..baru tau samada depa betul2 tipu aku @ tak..haaa..bijak kan aku? husss..huss (bernafas melalui idung sebelah kiri..)

gambar dari pakcik google..


gambar asal dari devianart.com
teruja = ='

cantik bangat.. teruja lagi = =''

ok..yang nie serius bukan kat cameron highlands..yang nie
kat Barat Jepun..kaki Gunung Fuji..kemasnya orang Jepun ni!!

16 April 2011

aku, phea & bumblebee..

aku ngan phea baru balik dari antaq mamanya..

"abah..jom p la la pooh.."

"panas nie..balik umah dulu la..phea minum susu..pastu tidoq..petang nie kita p la la pooh.."

phea sambil sebek.."jom p la la pooh.."

"..ok!.." malas aku nak bertekak..ikut ja..

"abah..pakai kasut phea cat (sat).."

masa tu kami tengah spa-Q kat traffic light..depan aku ada keta viva kaler ijau..dan lampu pun dah ijau..keta jalan pelan2..

"abah..tak machook.." sambil phea tunjuk kaki dia yang tak muat masuk selipar bubblegummies kaler putehnya itu

tengok keta semua dah jalan..aku pun tunduk sket masukkan jari dia celah selipar..

2 saat lepas tu..aku angkat muka

belakang viva hijau tu betul2 depan muka aku..

aku kena decide..dan decision aku kena betul..

aku pegang phea kuat2..takut terpelanting..

tangan kanan pegang stereng takut terbabas..

kaki kanan aku tekan pedal brek dalam-dalam..
.
.
dan
.
.
DUMMMMMMMM!!

nota tapak kaki: ini bukan mimpi..it happened just now..saturday 16th april 2011 11.15am

15 April 2011

Lirik Lagu Rapuh Oleh Opick (my favourite song)


bengkak jugak la saluran pituitari aku nak siapkan benda alah nie..

13 April 2011

CSR @ abahsofea Episode 4: Pengawal Keselamatan UUM

Kawan2 yang kerja di UUM mesti pernah terbaca pasal kisah pak guard kita nie (tu pun kalau rajin buka email la..) diringkaskan, pakcik ali nie perlukan bantuan dari sesapa yang berkemampuan di dalam dan di luar sana..moga masih ada hati yang simpati

Kopi pes dari email (kerja orang pemalas):

UUM ONLINE: RAMAI kalangan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) mungkin tidak menyedari Pengawal Keselamatan dan penyanyi lagu-lagu 60an Mohamad Ali kini terlantar di rumahnya akibat kencing manis di Jalan Sungai Korok, Pekan Lama Jitra.

Pengawal Keselamatan UUM yang bertugas pada tahun kesepuluh ini yang juga bekas anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera kini terlantar dirumahnya selepas kaki kanannya dipotong akibat kencing manis dan mempunyai masalah penglihatan.

Beliau kini tinggal bersama isteri dan dua orang anaknya dirumah sewa berdekatan dengan Pekan Jitra Lama dengan sewa bulanan sebanyak RM200.

Pihak Unit Perkhidmatan (Kebajikan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar sehingga kini telah memberi bantuan kerusi roda, kewangan, barangan makanan, bantuan banjir, Tabung Bantuan Zakat dan Tabung Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan UUM (MKSK) untuk beliau.

Beliau ketika ditemui melahirkan rasa rindu pada rakan-rakan di Jabatan Keselamatan dan Band Utara, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Canselori, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Keselamatan kerana memberi perhatian kepada saya dan isteri Zaiton Yusuf yang juga menghadapi masalah tulang belakang kerana telah mempelawa kami untuk tinggal di perumahan universiti tetapi memandangkan masalah urusan ke Hospital dan membeli keperluan dapur telah menyebabkan menyebabkan kami memilih untuk tinggal dirumah sewa sahaja,” katanya yang akan bersara pada bulan Disember ini.

Mereka yang ingin melawat atau memberi sumbangan boleh menghubungi talian 04-9283034 (Jafri Ishak) atau melalui Akaun Bank Islam 02093020574210.

projek 5s super-mee-segera: rukun islam

ingat lagi aritu opis aku kalut sebab audit nak check 5s..kat surau satu hapa info. note pun tarak..jadi boss aku dengan prihatinnya meminta pertolongan aku untuk siapkan something utk ditampal pada notice board..dan aku hanya ada lebih kurang 20minit ja untuk cari bahan, print bahan, laminate bahan dan tampalkan kat sana..hasilnya adalah seperti di bawah (background asal plain hitam..baru masuk design sebab ingat nak jual sekeping singgit):


jadik sapa2 yang nak print tampal kat bilik, meja makan @ dalam peti ais dipersilakan. Moga dapat mengingatkan kita tanggungjawab sebagai hambaNya dan membantu kita di 'sana' nanti..

phea dah besaq!! = ='

assalamualaikum..sedaq tak sedaq phea dah ada dalam dunia aku selama 2 tahun 12 hari..alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas pinjamanMu ini..walaupun kerenahnya sedikit sebanyak menguji kesabaran..tapi keletahnya juga mengurangkan tekanan..

phea dari dec 2009 ~ mac 2011


phea dan amani (sepupu) tengah amik upah menyabit dan merumput!!


phea bersama sepupu-sepupu dan seorang kanak-kanak tua yang girang!!

sekarang nie phea tengah melalui sindrom 'DUA'..tanya apa pun dua..phea umoq berapa?? "dua"..kawan phea kat taska berapa orang?? "dua"..makan nasik berapa kali?? "dua"..nak minum vitagen berapa?? "dua"..tinggai aku tak tanya; phea bagi abah menikah berapa??? ...dan kalian akan tahu jawapannya..hahaha