14 July 2011

:: after 8 ::

bukan cekelat..tapi pertemuan

selepas 8 tahun..aku jumpa balik "Muo"

di sini.. di PSB

** hafiz aku dah jumpa masa seminar kat penang last year..

gigih aku buat frame = ='

notakaki: ini bukan trio Dato' T

13 July 2011

duit = ='

semalam adalah hari yang agak menggusarkan..duit yang sepatutnya bertahan sehingga gaji telah mengalami defisit yang teruk..gara2 kena advance masa stay hotel 6 bintang 2 minggu lepas..nak sangat attend seminar.. + bumblebee buat pintasan koronari lagi sabtu lepas..hambek!

susah hati..macam2 bermain di palotak.."cemana kalau tetiba phea cakap nak p jejalan?.." "cemana klau phea ngidam nak makan bukan2?.." "cemana klau bumblebee kena masuk operation theatre lagi?.." "cemana.."

di tikar sejadah..tatkala sujud..tatkala menadah tangan, itu lah yang aku mintak.."Ya Allah..bantulah aku..Kau lebih mengetahui isi hatiku.."

hampir saja aku ponteng kerja hari ini..mengenangkan ada temujanji, aku gagahkan jugak..

bukak email pagi ni..ada email dari Bendahari..[dimaklumkan bahawa claim perjalanan anda telah dimasukkan ke XXXX Bank melalui Electronic Fund Transfer sebanyak RMXXX.XX]

sebak = ='

12 July 2011

The Pursuit Of Happyness

ada satu cerita.. dalam banyak2 cerita.. yang bila aku tengok.. berapa kali pun aku tengok, mesti terkesan dalam hati.. cerita yang boleh memberikan motivasi, inspirasi dan betul2 kering gusi (sebab takdak adegan lawak bodo..)

aku kagum..


10 July 2011

Eksplorasi Nur Lembah Sintok

Hari Khamis 07.07.11: sekumpulan remaja (termasuk penulis) dan segerombolan tuan puan yang tak-terlalu-muda telah menggigihkan diri mencari jalan untuk membakar kalori di tengah rimbaraya sintok. bagi diri ini, apa yang telah dilalui adalah satu chapter lagi dalam kehidupan. yang akan menjadi kenangan masa hadapan. sekian


sundae blues untuk aku

pagi ahad adalah paling menyeksakan (tolak cuti umum dan cuti rehat..) betapa menderitanya aku menyarungkan kemeja dan seluar panjang lusuh lalu ditambat seutas tali ke pinggangku yang agak ramping ini = ='

betapa aku mengharapkan yang aku boleh menukar skema pakaian itu ke tshirt round neck nike merah kesukaanku..jugak seluar jeans oversize yang dah berkurun aku warisi..

letih. bila terpaksa membuat kerja yang kita sendiri tak suka. perit. sebab kena buat jugak kerana tidak ada kekuatan untuk berubah.

bersesak2 di jalanraya. mengejangkan kaki menekan brek lantaran pemandu hawa yang membawa ala2 berbulan madu di lorong kanan. berkejar2 serupa orang nak terkincit melihat beberapa minit lagi menjengah angka 8. demit!

entah bila..rutin ini akan berakhir. am i tired of living??

notakaki: "lebih baik gagal mencuba dari gagal untuk mencuba" ---> ada berann??

09 July 2011

"..tahi cicak.."

bila direnung..melihat kelakuan dan perbuatan dahulu..aku sedih. selayaknya tempat aku adalah di tempat yang semua orang beriman tidak mahukannya. neraka. betapa jahil, lalai dan alpanya aku..

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.." 

kekadang..aku sedih. malu dengan diri sendiri. terasa aku ini tidak ubah seperti seketul tahi cicak di hadapan Allah..lebih banyak sisi hitam dari yang putih..

06 July 2011

gurau = ='

ada sorang tu cakap
.
.
"pegawai tak boleh cakap bergurau sangat..nanti orang tak hormat"
.
.
owh..klau dengan bergurau membuatkan orang tak hormat saya, biarlah saya tak dihormati (jawab dalam hati..)

kekadang, hairan jugak dengan typical government officer nie..dulu memanglah pegawai2, bos2, ketua2 cenge-cenge..garang-garang..staff pun menikus..tapi adakah puas hati kita bila staff sendiri takut nak bukak mulut bila ditanya..otomatik switch mode jadi orang gagap padahal selalu dialah yang paling ramah sampai burung murai pun bunuh diri!

pada saya..hormat orang pada kita datang sendiri. dan akan datang lebih cepat bila kita sendiri yang menghormati mereka. lebih lama kekalnya bila kita mesra dengan mereka..

tapi itu kata saya..bukan kata 'orang-orang' itu..

05 July 2011

hidup mesti terus..

selama berkerajaan..rasanya 2011 adalah tahun paling sesak dan padat untuk otak saya. segala mak-nenek ada dalam sereberum, serebelum dan medula oblongata..

kerja, permintaan, harapan, arahan, kewajipan dan tanggungjawab datang bertalu-talu..

saya tahu diri saya. bila saya masih mencangkung depan pc pukul 12 malam, sedangkan mata dah mengantuk, itu menunjukkan saya masih terganggu.

saya juga tahu, bila saya tidur pukul 10 malam dan rasa seolah-olah baru tidur 10 minit walaupun saya bangun pukul 5.30 pagi, itu juga menunjukkan saya masih terganggu.

saya cuba motivate diri. berdoa pada Ilahi agar diberi kekuatan. saya tahu, walaubagaimana pun, hidup mesti diteruskan..

04 July 2011

rambutan..

semalam..tekanan darah tengah tinggi. tengok harimau malaya kena attack.

"..abah..nak rambutan.."

terus salin seluaq. pakai tshirt. start keta. p pasar malam. beli moktan 2 kilo. balik umah

kupas..buang bijik & kulit bijik yang melekat kat isi moktan.

bagi kat phea. dia makan bersungguh-sungguh. hiba.


:: renovation :: COMPLETE!!

HMM..cubaan mendapatkan semangat untuk meneruskan kehidupan..

ada benda yang tak ble share dengan orang lain. kena jadi tazen. decide renovate blog. ubah sana sini. buang sampah sarap.
  • delete 1/3 posting sampah terdahulu [buang masa..]
  • remove nuff ads - kembali ke niat asal..blog ini bukan profit oriented!
  • remove shoutbox - letih melihat hanya iklan2 yang masuk!
  • remove widgets yang kebudak2kan..ni bukan kelas tiga anggur!
  • remove juga blog2 yang tiada kaitan dalam hidup seharian..termasuklah superblogger hanis zalikha
  • try to make it simple
  • tak pedulik orang baca ke tidak..hanya nak luah perasaan dengan bebas
dalam process renovate, ada blog kawan2 yang terhilang..tolong inform saya ya :)

notakaki: semangat tetap sama = ='