21 August 2011

TOK KETUA

dah lama telinga aku tak berdesing macam nie..tahniah TOK KETUA sebab boleh mengusik kotak kesabaran hati aku!

terima kasih pada TOK KETUA yang sangat berdiplomasi..boleh pulak telefon aku mengarah2 benda yang tak pasti..mentang2 aku dah pernah salahgunakan persahabatan aku dengan kawan2 untuk form team koir, kali nie pun nak desak aku lagi..

bila aku cakap benda yang rasional "susah jugak sebab tak ramai yang minat.." pandai pulak sound aku dengan suara yang "lemah lembut".."ehh..u kata u pandai HR!.."

bila pulak aku mengaku pandai Human Resources nie! agak tersentak dengan kata2 itu..seolah2 aku mesti tunaikan jugak arahan totok dia tu..dan kalau aku pandai HR pun, it is nothing pasai koir! aku setup team koir dulu pun atas ihsan kawan2 yang kesian dan faham keadaan aku..dan aku nyaris2 berselisih faham with few friends gara2 koir bodoh tu!

he is so damn lucky today! aku still ble control..nasib baik..nasib baik..kalau lah aku ini seorang aku yang sepuluh tahun dulu, alamatnya memang aku terus serbu bilik dia laa..Alhamdulillah..nasib baik..nasib baik..

apa pun..aku dah makin kenal perangai TOK KETUA yang sorang nie..tapi mungkin dia yang belum kenal aku..mungkin dia ingat aku jenis manusia yang sanggup tadah kepala mintak dipancung semata2 mengharapkan gaji setiap bulan dikreditkan ke akaun bank islam aku tu..

sori TOK KETUA..saya masih percaya bukan awak atau pangkat awak yang memberikan rezeki untuk saya dan keluarga saya..dan saya masih percaya tanpa bekerja di bawah awak sekalipun saya masih mampu mencari nafkah dan membayar hutang piutang saya!

pesan saya..TOK KETUA yang baik adalah TOK KETUA yang memahami, ada empathy dan ada logik akal yang jauh lebih tinggi dari orang2 di bawah..pesan saya lagi..sebagai TOK KETUA bergaullah dengan ramai orang, jangan ditengok tinggi rendah, kaya miskin orang itu..

ingatlah, jawatan sebagai TOK KETUA atau PEMIMPIN hanya mulia di dunia, kerana di akhirat nanti jawatan PEMIMPIN itu adalah hina dan menyusahkan, kecuali mereka yang benar2 jujur dan ikhlas dengannya..

owh ya..sebelum terlupa, saya berdoa moga TOK KETUA terbuka hati meluluskan elaun tanggung kerja untuk staf saya..memang mereka buat kerja kawan mereka yang sama bahagian, tapi hargailah penat lelah mereka membuat kerja tambahan..janganlah terlalu berkira sedangkan kamu sebagai TOK KETUA pun selalu claim itu ini..

jangan bimbang..tak kaya pun mereka dengan elaun tanggung kerja itu..sekadar menggembirakan hati mereka dengan apa yang mereka layak sahaja..Wallahua'lam

18 August 2011

:: mula & akhir ::

sesiapa yang ada akses to my fesbuk akan nampak entry "permulaan tidaklah sepenting pengakhiran"..yupp secara peribadi saya yang jahil ini masih meyakini bahawa setiap takdir dan perjalanan hidup manusia sebagai khalifah di muka bumi ini telah sedia tertulis di Luh Mahfuz saat 40hari kita berada di dalam rahim ibu kita..

apakah rezeki kita, nasib kita, ujian kita, jodoh kita malah saat mati kita telah siap tersedia..cuma ALLAH memberikan ruang pada hambaNYA yang disayangi supaya berdoa..berdoa dan berdoa..

berdoa tidak semestinya dengan sembahyang..boleh saja kita berdoa keselamatan keluarga di saat kita sedang menaip entry terbaru di blog :p

ALLAH MAHA MENDENGAR..MAHA MENGETAHUI..bisikan hati yang tidak mungkin diketahui oleh seluruh isi alam dapat didengar sejelasnya oleh YANG MAHA ESA..tapi ALLAH tidak menjanjikan doa kita akan ditunaikan segera..

Ada orang tak pernah berdoa, hidup dalam maksiat, angkuh dan lupa diri sebagai hamba di dunia ini..tp hidup dalam kesenangan, bermewah2 dan disanjung tinggi..tapi mungkin itulah istidraj'..ALLAH tetap memberikan rezeki kerana DIA MAHA PEMURAH tetapi adakah DIA memberi dengan rahmat & berkat?? 

Ada orang..berdoa siang malam..sujud tonggeng buyong sampai kemek hidung..menangis sampai melimpah ke rumah jiran tapi hidupnya susah..anak2 sakit..suami/isteri buat perangai..adakah ALLAH tidak sayang padanya?? adakah sia2 doa hamba yang taat pada ALLAH sehingga diuji sebegitu rupa?? 

TIDAK! itulah kasih sayang ALLAH yang kita tidak dapat lihat..bukankah ALLAH menjanjikan syurga pada hambaNYA yang sabar?? bukankah setiap ujian itu menghapuskan dosa dan meninggikan darjat?? bila dosa terhapus dan darjat tinggi, tidakkah itu semua mencerahkah peluang kita masuk ke syurga??

betapa ALLAH sayang kan kita..sampai benda yang kita tak mintak pun DIA bagi..pernah kita mintak oksigen untuk bernafas?? pernah kita mintak mimpi yang indah2?? tapi ALLAH tetap bagi kan?? 

klau yang kita tak mintak pun ALLAH bagi apatah lagi yang kita mintak dengan penuh pengharapan setiap hari..insyaALLAH kita tetap dapat apa yang kita nak, cuma mungkin dapat sekarang..atau ALLAH tangguhkan untuk bagi kita di dalam syurga sebab apa yang ada di syurga adalah terbaik jauh melebihi semua benda dalam dunia nie..jadi mintaklah..berdoalah..jangan jemu berdoa kerana ALLAH juga tidak pernah jemu memberikan kita rezeki..

setiap benda ada permulaan dan pengakhirannya..pada saya, biarlah kita bermula dengan teruk, dengan kotor, dengan susah..asalkan kita dapat habiskan perjalanan hidup ini dengan cemerlang, dengan hebat dan dengan kesenangan abadi!

17 August 2011

:: my pride ::

hari nie geng kaizen serial bertanding dalam Kuiz Kualiti..opponent team juara bertahan cakna (koleksi khas & media)..yup..kami kalah..tapi aku tetap bangga dengan k.dah, k.long, aniza jugak ira..

 with Ustaz Helmi Salam..kawan & manusia yang baik

kalah dengan 60 markah..adalah OK untuk aku..at least bukan tercorot..dan lebih penting semangat & keberanian depa untuk try..giving the best..and pressure diri sendiri untuk hafal few facts!

 penyokong mati-keras team masing2 :)

aku tau..yang depa dah bersungguh2..itu yang aku nak tengok..kalah menang itu adat..klau semua nak menang sapa yang nak kalah..lagipun ini bukan exam, yang soalannya semua sama..kuiz nie lebih kurang mcm race jugak..sapa yang nasib baik, dapat soalan kachang dhal maka agak mudah untuk collect points..that is why aku still bangga dengan depa walaupun depa kalah..at least dah cuba..cuba dengan keras (bersungguh-sungguh!)

 masa nie tengah fight! terbaeklah..

klau tahun depan aku masih di siri, insyaAllah team kaizen serial akan lebih bersedia..kuiz nie kena banyak spend masa membaca..masalahnya our department is among the busiest department especially bulan 7,8,9,10..dengan komitmen keluarga, berapalah sangat masa yang boleh diluangkan untuk membaca..mostly based on experience atau hear say..sebab tu aku cakap aku tetap bangga! 

klau ditakdirkan tahun depan aku dah takdak di sini..atau ditukar ke bahagian lain, aku sentiasa mendoakan kejayaan team kaizen serial..bahagian kedua yang aku berkhidmat secara rasmi..sama macam aku doakan bahagian automasi, yang mendapat 90 mata tadi..

 
serial kaizen, mamat & minah tumpang..

16 August 2011

terbaik

manusia yang normal pasti mahukan semuanya yang terbaik..nak pasangan yang terhebat, rumah terbesar, kereta tercanggih malah makan terlazat..aku pun macam tu..kerana aku ada nafsu..dan sedihnya aku selalu kalah dengan nafsu..

kadang kala, aku hanya tengok yang terbaik dari luaran..tapi aku lupa yang menjelekkan mata aku itulah yang terbaik untuk aku..yang menyerabutkan kitaran hidup aku itulah yang akan membantu aku menjadi manusia yang lebih baik..di dunia dan lebih-lebih lagi di "sana"..

aku tahu..aku tidak layak mendapat yang terbaik selagi aku belum mencuba yang terbaik..memberi yang terbaik malah lebih penting menjadi hamba yang terbaik..ALLAH sangat sayangkan aku..menguji dan menghampakan aku..mengecewakan harapan dan menolak doa ku..kerana itu yang terbaik untuk aku..itu lebih baik dari aku hidup dalam istidraj'..

manusia selalu berkata "kalaulah dapat diundurkan masa.." tapi ALLAH sendiri mewahyukan surah Al Asr'..aku sedih melihat perjalanan aku selama ini..betapa banyak kerosakan yang aku lakukan terhadap diri sendiri..aku kagum..melihat rakan2 sebaya yang layak digelar ulama muda..tinggi pekerti serta ilmu agama..menjadi kebanggaan ayah bonda..tapi aku?? 

masa yang tinggal..mungkin dah tak lama..kalau orang lain beri kuasa dua, mungkin aku kena bagi kuasa dua puluh dua..semoga aku dapat mengejar segala yang tertinggal..tiada lain yang lebih penting bagi aku sekarang selain 'husnul qhatimah'..

15 August 2011

[sendiri]

sejak balik dari UMW..saya semakin pandai "sendiri"

makan pun dah pandai p sendiri..tak macam dulu..dikerumuni kawan2

ke sana sini pun dah boleh p sendiri..tak macam dulu diiringi rakan2

memanglah kekok

tapi saya yakin..Allah tahu apa yang terbaik untuk diri ini..

07 August 2011

diri seorang saya: part II

saya semakin lali dengan dugaan ini..walaupun saya letih, saya pressure..mungkin saya mengalami simptom darah tinggi..tapi saya tahu sia2 saja saya berasa semua itu..kerana apa yang pasti saya wajib mengharungi dugaan ini..tiada ruang untuk melepaskan diri..

saya cuba optimiskan diri..walaupun diasak dan didesak secara tidak langsung, dititipkan tugasan2 luar hakiki..saya masih gagah tersenyum..biar semuanya terpendam dalam hati sahaja..walaupun hak saya dinafikan..walau etika saya dimomokkan..biarkan..biarkann..

syukur..rakan2 sepejabat masih boleh berkompromi..maka adalah sedikit ruang untuk bernafas..sedikit cahaya dalam kegelapan..apa yang perlu saya buat sekarang adalah memberikan mereka kepercayaan..untuk meneruskan apa yang telah dipraktikkan selama ini..saya cuba, memberikan yang terbaik..untuk kami semua..

hidup tanpa diuji mungkin istidraj'..jauh dari kasih sayang Allah..maka saya terima ujian ini..asalkan saya mendapat pandangan rahmat dariNya..faham saya, biar susah sementara, paling lama 80-90 tahun sahaja..selepas itu hilanglah sengsara, moga saya akan bergembira di sana..sana yang abadi..

tatkala menulis..bumi bergegar..mungkin bumi juga sedang teruji...Wallahua'lam

03 August 2011

diri seorang saya = ='

hari ini saya rasa kecewa..kalau bukan sepanjang hari pun, setidaknya petang ini..kecewa dengan diri sendiri..tugas sekecil ini pun tak mampu saya sempurnakan..

jujur saya katakan..saya sangat letih..letih melayan kerenah manusia..mengemis meminta tolong sedikit kerjasama..sedikit rasa belas..bukan atas urusan peribadi..tapi semuanya tugas hakiki

saya penat..sangat penat..diasak dengan birokrasi selama 2minggu..kemudian masuk ke office..cuba memberikan yang terbaik..demi kegembiraan & kesenangan semua..

tiba-tiba..turun lagi arahan..seolah-olah tiada lagi mangsa lain yang boleh diperkudakan..

atau saya seorang lembik yang senang dibuli..
mungkin juga seorang yang dianggap mudah bertoleransi..

tapi..kalau keterlaluan..
batu yang keras pun boleh hancur..
pisau yang tajam pun boleh tumpul..

saya masih merindui..
erti persahabatan yang sebenar..

02 August 2011

ramadhan

at last..part aku tak suka yakni 3 in 1 (kursus+assignment+exam) dah lepas..rasa mcm boleh lepas..tapi soalan spot satu pun tak keluaq..hmm biarkan..biarkan..barang yang lepas jangan dikenang..

part repay "kesabaran" phea selama 2 minggu pun dah setel..dah bawak dia p waterpark @ bukit merah..2 jam jugak la berkubang..dengan aku sekali! hehe..

part mencabar seterusnya..masuk opis lepas 2minggu..kerja berlungguk as expected..email dekat 500..+ email rindu2an ketua jabatan..mengarahkan itu dan ini..hmm

ketua bahagian dah selamat bercuti..untuk 3 bulan yang akan datang, aku sendiri2 mencaturkan perjalanan bahagian..dengan beban kerja super mega yang dititipkan.. perghh..pening..tak tau nak mula yang mana satu..semua urgent..semua top priority..

AR tepon..cakap "kamu tak dapat elaun tanggung kerja sebab big boss cakap sama bahagian.." aku cakap "OK"..mmg aku tak terfikir nak claim pun..walaupun dalam kursus cakap itu hak aku..lantakla..dah big boss ckp tak payah, so tak payahla..lagipun benda nie semua atas budi bicara dia..haha (habes plan nak menyoping!!)

persoalan terbesar.."mampukah incik aku menyetelkan semua ini tanpa sebarang masalah??"

sampai saat ini..aku masih cuba menghabiskan hari seperti biasa..walau keadaan agak luar biasa..


apa pun..syukur Allah beri aku peluang merasai nikmat ramadhan tahun ini..semoga aku dapat menjadi yang terbaik, melebih ramadhan2 lain yang telah aku tinggalkan..