30 October 2011

buddies

semalam..belek2 henpon..tertengok notes dalam organizer..hutang kawan2 pinjam duit dah cecah belasan ribu ringgit..tak nampak tanda2 nak bayar ---> agak sedih dengan keadaan ini..

fikir2 balik..renung2 balik..terkenang saat bersama "kawan2" itu ..bergelak..tersengih2..dan seiring dengan masa, keakraban menghilangkan rasa malu..lalu "kawan2" itu menggunakan lesen "kawan" untuk pinjam duit..sedikit2..hutang ditapuk2..

 ya..hutang..bukan hadiah..bukan cincai2 kira..sebab aku pun bukan golongan petik ibu jari kaki terus duit keluar dari poket..kekadang aku sendiri pekin2..untuk share duit dengan member2..supaya susahnya dapat diringankan..

kini.."kawan2" itu telah lama mendiamkan diri..bukan saja aku kehilangan duit ringgit..tapi aku juga kehilangan kawan2 ---> agak sedih di situ..

tipulah kalau aku tak harap duit belasan ribu ringgit tu dapat balik..tapi itu dulu..

sekarang aku cuba memujuk hati..mungkin itu bukan rezeki aku..

cuma..semoga aku mendapat kawan2 aku kembali..

24 October 2011

.: uhuk uhuk :.

dear my 2nd big boss yang disayangi..

saya agak kecewa melihat riak anda pagi ini..

saya tak sehat..saya batuk..siap batuk darah lagi boss..dan suara saya mcm piring hitam bercalar..kejap ada bunyi, kejap talak bunyi..

tapi..

boss yang dah besar mcm tak kesah..dengan muka manis penuh senyuman boss suruh saya standby untuk pelawat2 negara jiran yang nak bertandang petang ini..

boss..

cemana saya nak brief pasal department klau suara saya macam ini??

cemana saya nak cakap klau cakap 5patah batuk saya berpatah2??

kekadang saya rasa saya terlalu memikirkan hal orang..

ikut saya..saya nak continue MC arini dan dok umah sambil makan eskerim wall's selection perisa seteroberi..

atau saya boleh eksesais cuti ganti saya yang agak banyak..

mungkin saya juga boleh ambil cuti tahunan saya dan cuti sampai raya hindu!

tapi..

saya selalu fikir..

cemana opis & keja2 opis yang banyak..

cemana nak brief & discuss dengan boss hal2 berbangkit..

tapi itu lah..

bila terlalu menjaga hati orang lain, kita terlupa menjaga hati sendiri ..kan boss??

oh yaa..

saya terlupa..boss selalu cakap "dia dah nak balik tak lambat lagi..lega rasanya.."

berkali2 boss ulang cakap benda yang sama..seolah saya nie tak cukup membantu boss selama 3bulan ini..seolah2 projek2 besar yang saya selesaikan tak cukup sempurna di mata boss (walaupun ada sesetengahnya siap jauh lebih awal dari deadline..)

mungkin sebab itu saya ada @ takdak dalam opis sama saja..kan boss?? it's ok..tak hingin saya merajuk..saya faham kapasiti & kebolehan saya boss..hehe

err..esok mungkin saya ambil cuti ganti saya..biar la apa nak jadi pun..boleh gitu??

 mungkin begini lah perasaan si kuda.."aku dah tak larat, hangpa dok tibai belakang aku suruh lari jugakk..brrr"

nota: balik nak beli mucoprom..kasik telan satu botol satu kali..kasi baek teruss..haha

20 October 2011

syukran..

Syukran Ya Khaliq kerana Kau Maha Pencipta menjadikan berjuta jenis makhluk tetapi Kau mengangkat darjat manusia bernama Adam, dan aku lahir sebagai keturunannya..

Syukran Ya Aliim kerana Kau Maha Mengetahui umat Nabi Muhammad itu sebaik-baik umat, lalu Kau izinkan aku berada di kalangannya..

Syukran Ya Hakiim kerana Kau Maha Bijaksana memberi kuasa kepada lelaki sebagai pemimpin, lalu aku dilahirkan sejantinanya..

Syukran Ya Muhaimin kerana Kau Maha Memelihara dan meredhai Islam sebagai agama yang benar, dan aku dilahirkan dalam keadaan memeluk agama yang benar..
"..Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.." [Surah Ibrahim: Ayat 7]

17 October 2011

hidup biar sedap!

dalam bima sakti ini, tiada manusia yang hepi selamanya dan tiada manusia yang sedih selamanya..

kadangkala manusia bergembira di kala dia sepatutnya bersedih..tatkala dia ditimbuni kemewahan harta sedangkan jiwa & amalannya semakin miskin..

kadangkala juga..manusia bersedih di kala dia sepatutnya bergembira..tatkala pancaroba menyesak pembuluh damai jiwa..kaget dengan dugaan menimpa..sedangkan dugaan itu penghapus dosa..


manusia makhluk yang aneh..kerana manusia tidak akan pernah tahu apa yang akan dilaluinya selepas sedih | gembira..maka mereka seringkali menyalahkan takdir..terlupa qada' & qadar..

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya." as-syahid hassan al-bana (ikhwanul muslim)

14 October 2011

"Postingku Untukmu"

untuk kawan2 saya yang sedang gundah gulana..saya cuma nak cakap ini:

"tiada si bujang di dalam syurga" [HR.Muslim]

penjelasan hadith:

1) wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2) wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin selepas itu juga akan dikahwinkan Allah SWT dengan lelaki dari kalangan ahli syurga.

3) wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki lain dari kalangan ahli syurga.

4) Wanita berkahwin yang masuk syurga akan tetap bersama suaminya sekiranya suaminya turut menjadi ahli syurga.

5) Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin lain selepas itu juga akan ditemukan semula dengan suaminya sekiranya suaminya adalah ahli syurga.

6) Wanita yang kematian suami kemudian berkahwin lain akan bersama dengan suami terakhirnya di dunia tidak kira berapa kali dia pernah berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suaminya turut layak masuk syurga. Sabda baginda Rasullullah SAW "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.."

konklusi: semua orang berkehendakkan cinta..cuma kadangkala kita terlupa cinta sejati itu datangnya dari Allah SWT..dan matlamat sejati @ ultimate gold kita adalah menuju syurga Allah yang diciptakan penuh dengan keindahan dan kebahagiaan.

semoga "kamu, kamu & kamu" menemui cinta sejati :)

12 October 2011

basher!

manusia yang hebat adalah manusia yang sanggup meminta maaf kepada manusia lain atas kesalahan yang dia sendiri tidak lakukan semata-mata kerana menjaga ukhwah..

manusia gagah adalah manusia yang dengan mudah membunuh nafsu amarah tatkala dia memang sepatutnya marah..

manusia suci adalah manusia yang paling sedikit melakukan dosa dan kesalahan..

manusia mewah adalah manusia yang sentiasa merasakan dirinya berdosa lalu menjadikan taubat sebagai amalannya, zikir sebagai penebus dosanya dan sujud menunjukkan sifat hambaNya..

manusia bertuah adalah manusia yang terlalu banyak melakukan kesilapan lalu diberikan hidayah oleh Allah dan kembali padaNya dalam keadaan husnul qhatimah..

:: taman hati ::

kebelakangan ini, terlalu banyak manusia yang hatinya seperti jeli..pantang diusik mesti meliuk lintuk..

ada orang..lebih suka mengaku salah tapi dengan nada merajuk minta dipujuk..

ada orang..lebih suka memusing badan dan berlalu pergi..tanpa dihabiskan bercakap..

ada orang..lebih suka dipuji dari ditegur..supaya hatinya sentiasa berbunga2..

ada orang..lebih suka dilayan penuh protokol..mengalahkan raja empunya istana..

aku hanya mampu melihat..sekadar memerhati..iklim yang tidak sihat ini..

10 October 2011

kebebasan bersuara | kepimpinan melalui teladan

orang cakap Malaysia ini demokrasi..ISA pun dah dimansuhkan..bebas untuk bersuara, meluahkan pandangan ---> tapi kawan saya kena amaran sebab meluahkan pandangan (perkongsian pengalaman sebenarnya)

orang juga cakap kepimpinan melalui teladan..si ayah kena tunjuk contoh yang baik pada si anak.. ----> tapi rupa2nya si ayah pun 2x5 jugak..cuma pandai sembunyi2..ouch!!

nota: manusia ini..bila kena pada batang hidung dia..ada saja jawab helahnya..

09 October 2011

Perkara 10

kalaulah saya diberi peluang bercakap..dan cakap2 saya akan didengari dan diikuti, saya nak buat macam2 perkara untuk Malaysia yang saya sayangi nie..antara 10 perkara pertama adalah:

 
1) Membangunkan 1 model perkampungan Islam di setiap mukim dalam negara Malaysia yang mana akan menjalankan konsep kehidupan fully Islamic - tiada hiburan yang melalaikan & menjadi pusat percambahan & perkongsian ilmu keagamaan

2) Mewujudkan, memperbaiki dan menambahbaik sistem pengurusan sekolah agama rakyat & sekolah pondok moden supaya menjadi sebuah institusi yang mendapat kemudahan pendidikan terbaik

3) Mewujudkan dana | yayasan yang menaja sepenuhnya anak2 muda yang mengikuti bidang pengkhususan dalam Islam seperti syariah, muamalat, tahfiz dan sebagainya

4) Menyediakan elaun tahfiz kepada semua penghafal & penafsir ilmuan Al Quran & Hadith sama seperti gred DG41

5) Mewujudkan sekurang2nya sebuah pasaraya 100% halal di setiap daerah - 100% tenaga kerja muslim

6) Memberi kontrak stesyen minyak | gas memasak | pemerosesan minyak sawit | beras, gula & tepung kepada persatuan ibu tunggal & anak yatim berdaftar dengan JKM

7) Memansuhkan PLKN dan diganti dengan kem yang berorientasikan pendidikan akhlak & pengisian jiwa dengan roh yang lebih Islamik

8) Mengimarahkan masjid dengan aktiviti qiamullail | tadarus| kelas pengajian tajwid Al Quran | kelas Tarannum bagi menggantikan konsert2 dan pesta2 yang berunsur maksiat

9) Mewujudkan program Cintakan Bangsa & Negara yang lebih sistematik & tersusun bagi menggantikan BTN

10) Mewajibkan semua wakil2 rakyat | calon yang bertanding lulus peperiksaan asas agama Islam serta boleh mengaji dengan tajwid yang betul.

tengs!


ini saja yang mampu saya ucapkan..syukur kerana mendapat staf yang boleh diharapkan.. Alhamdulillah!!

06 October 2011

pesan arwah = ='

mungkin sesuai dihayati oleh cik mentimun dan cik terung! (sila baca tulisan senget di bawah)

“No one wants to die. Even people who want to go to heaven don’t want to die to get there. And yet death is the destination we all share. No one has ever escaped it. And that is as it should be, because Death is very likely the single best invention of Life. It is Life’s change agent. It clears out the old to make way for the new. Right now the new is you, but someday not too long from now, you will gradually become the old and be cleared away. Sorry to be so dramatic, but it is quite true.

Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma — which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of others’ opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.” 

Steve Jobs at the Stanford University commencement address in 2005

p/s: malangnya..jika Steve Jobs mati dalam keadaan menyekutukan Allah..

03 October 2011

dah lepas..

sengsara dah lepas..jadi pak pacak macam patung lilin kat madame tussaud di kala hidung berair, otak beralih kedudukan dan gigi bersalin baru sangat menyeksakan..

semalam berdarah hidung 4kali..pueh hati!