23 November 2011

bila rindu ibu..

antara nikmat terbesar yang Allah swt pinjamkan untuk kita adalah adanya "bidadari" dunia ~ IBU!


budak nie umur 4tahun..mak dia mati dalam perang..sebab terlalu rindu, dia lukis "ibu" dia kat lantai papan rumah, dengan tangan terdepang membayangkan seolah2 ibu dia ada untuk memeluk dia setiap malam kala tidur..

notakaki: speechless..
 

18 November 2011

9

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:


1. Ilmu pengetahuan  :  Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan  :  Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan  :  Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Hati  :  Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan  :  Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta  : Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa  :  Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal  :  Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir  :  Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam..

17 November 2011

| Al-'Infiţār | Infatharat | Terbelah |

Surah ke-82 ini mengambil kata asal dari perkataan "infatharat" (ayat pertama dalam surah ini) yang bermaksud "terbelah"..

surah ini jika dihayati dari ayat pertama hingga ayat ke-19 memberi bayangan akan peristiwa yang paling menggerunkan dalam ketamadunan manusia, yakni Hari Kiamat, hari yang mana pintu taubat tertutup serapat-rapatnya..


"Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan, dan apabila lautan pecah bercampur-baur, dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya,

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. 

(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat  

Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang. Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan, Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. 

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? 

Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? 

(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah"

[Surah Al-Infitar: ayat 1-19]   

16 November 2011

Mahligai Syurga

Allah s.w.t yang Maha Kaya & Maha Pemurah menjanjikan mahligai yang tidak terjangkau akal fikiran untuk setiap pemilik kunci syurga..melihat keindahan mahligai orang yang "teragung" di malaysia, aku terdiam sejenak..cuba membayangkan betapa hebatnya mahligai ciptaan Allah sedangkan mahligai ciptaan makhluk kerdil seperti manusia pun sudah sebegini indahnya..Subhanallah..

 
 
 
 
 

"Mereka berehat di dalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya.." (Surah al-Insan: Ayat 13)

"Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.." (Surah al-Insan: ayat 14)

14 November 2011

cloud 9

dulu masa kecik tiap kali mak dapat gaji, mesti mak akan beli cloud 9..sebungkus tu ada 20peket..kami 4beradik akan dapat sorang 4peket..walaupun zul kat asrama, dia tetap dapat 4peket.. 


mak akan simpan bahagian zul dalam kabinet dekat peti ais..lagi 4peket mak akan ambik..tapi jarang mak dapat makan bahagian dia tu..selalunya aku, ziana & at akan habiskan bahagian kami dalam sehari (walaupun mak dah pesan suruh jimat2..)..dan selalu jugak la kami cuba "merembat" bahagian zul..tapi gagal..

mak selalu menjadi "penyelamat" dengan mengorbankan bahagian dia..begitula selalunya..

hari nie, 3 daripada kami dah keja..at ja still further study..masing2 mampu klau nak beli kat mak cloud 9 sorang sebungkus..tapi dah takdak gunanya..mak pun dah tak berapa nak makan benda2 cenggitu..kencing manis katanya..

sebab itula setinggi mana pelajaran kita, sebesar mana pangkat & gaji kita, hakikatnya kita tetap tidak akan mampu membalas pengorbanan & kasih sayang seorang ibu..oleh itu, sayangilah ibu kita sementara ibu kita masih ada..dan bagi yang telah tiada ibu di sisi, berbaiklah dengan saudara maranya, kawan karibnya..

sesungguhnya redha Allah itu terletak pada redha ibu kita..dan syurga Allah itu letaknya di telapak kaki kita..Wallahua'lam

10 November 2011

antara penguin, gay & seksualiti merdeka

entry berat! perlukan ruang pemprosesan data yang agak banyak dalam memori otak! tapi..atas dasar tanggungjawab, digagahkan jugak palotak nie berfikir kerana itu tujuannya ALLAH kurniakan akal pada kita..kan?? moga kita semua menolak idea gila ini!


umumnya, ramai antara kita yang sedar akan cubaan menjadikan malaysia sebuah negara yang bukan sahaja bebas bersuara atas prinsip demokrasi tapi juga bebas melakukan apa saja mengikut kemahuan nafsu atas tiket "bakal negara maju"..

mereka kata "Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kita percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, panseksual dan sebagainya.."

ayat macam bagus kan..prihatin dan mengamalkan prinsip kesamarataan..

semua yang mengaku beriman pada ALLAH SWT perlu menolak prinsip kesamarataan yang tak berasas ini! demi iman! demi keselamatan kita ketika menghadapNYA nanti..

bukankah kita wajib patuh pada semua suruhan, tegahan & larangan Yang Maha Esa?? 

Bukankah DIA dah berfirman:

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!” 
[Surah as-Syua'raa: ayat 165-166]

mungkin golongan pembela akan cakap "depa tak mintak lahir berperasaan songsang, senget, terbalik, bla..bla..bla.." tapi adakah dengan menyokong perbuatan golongan nie akan "mengubat" penyakit jiwa depa tu??

pasaipa tidak digunakan pendekatan agama?? pasaipa kena ikut telunjuk dewi kaff-fa-roo tu! sedih bila ada orang melayu, mengaku Islam tapi menyokong penganjuran nie..pasaipa?? sebab nak kan sokongan..nama..senang melobi jadi ahli politik..pemimpin..menteri..

sebab tu Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda: “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” 
[Shahih Al-Muslim: 1791]

hari nie..dalam satu ruangan paper online ada kisah penguin gay dari Zoo Toronto, Kanada (sebuah negara majoriti kaff-fa-roo). Sekoq nama Pedro sekoq lagi nama Buddy!

 hi! saya Pedro..ini kekasih saya Buddy.. kami gay!

Depa nie bakal diasingkan sebab asyik berkepit & menunjukkan kecenderungan perlakuan gay! see!! sedangkan binatang nak jadi gay pun kita tak setuju sebab menentang hukum alam, pasaipa tang manusia sendiri ada plak yang menyokong?? ka yang menyokong tu lagi teruk taraf dia dari binatang?? wallahua'lam :)

nota: senang cakap "kalau hidup tak mau ikut suruhan & larangan Allah, pi cipta bumi sendiri & dok sana sampai bila2.." 

03 November 2011

ubat nafsu!

huh! tajuk tak ble blah..dah mcm baca front page metro plak!

selalu kita tengok..jiran2 ngamuk kat anak..selalu kita nampak mak ayah berleter sampai naik kaki kat muka anak..even sometime kita sendiri pun marah2 anak2 kita ala2 stone cold nak smackdown the rock!

tapi..ada yang ganas sampai betul2 smackdown anak2..walaupun "lawan" mereka tu baru setahun dua umurnya..bak kata seorang pokcik "bodoh la org tua yang marah budak2 umur tak sekolah lagi..sebab akai depa xpenuh lagi.." 

memang la..klau ikut hati..dengan penat, pastu anak2 buat perangai, rasa nak chockslam ja sorang2..tapi, marah itu mainan setan..janganla kita dipuppetkan oleh setan..

pagi nie..ada terbaca satu berita..kesahnya adalah apa yang selalu jadi dalam hidup masyarakat kita..masyarakat yang ada hawa & nafsu..

seorang anak..umur tengah-nak-cerdik..bagitau mak dia yang dia baru melukis guna lipstik mahal mak dia..

mak dia tengok muka, tangan..bersememeh dengan lipstik yang tinggal setengah batang..dibalun dibantai dan diselimutkan anak dia dengan penuh kesungguhan..sampai bila dia sedar..anak dia dah tak bernyawa!

 part paling menusuk jiwa & raga adalah bila mak dia tengok di selimut anak dia tu ada tulisan dengan lipstik merah "sayang mak sampai bila-bila"..

kalau pun lipstik tu harganya 2ribu pound pun..berbaloi ka dengan mengorbankan nyawa anak sendiri?? even..tak terfikir ka..walau teruk cemana pun dia belasah anak dia tu, lipstik tu tetap tinggal separuh?? tapi..itulah nafsu..nafsu amarah..

kekadang..kita lupa yang semua benda adalah sementara..dan "ajal" setiap benda termasuk pinggan mangkuk yang dipecahkan anak2 dah ada "tarikh ajalnya" yang ditentukan ALLAH..

semoga kita diberi kekuatan untuk melawan nafsu amarah..cuma salah satu ubat yang paling berkesan untuk melemahkan nafsu adalah puasa..

owh ya..sabtu nie bersamaan 9 Zulhijjah 1432H | 05.11.11 adalah tarikh untuk puasa sunat Hari Arafah! jom puasa!

 
"Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya ”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". [Riwayat Muslim]

01 November 2011

alhamdulillah..

pagi nie..nampak lebih "cerah" dari biasa..

kakak besar sudah masuk opis..slowly boleh release jobs kat empunya asal :)

pagi nie jugak..

kawan saya menang "battle" tanpa terlalu bersusah payah..sesungguhnya ALLAH itu pemilik segala hati makhluk..dan DIA Maha Menguasai perasaan dan ilham setiap hambaNYA..tahniah untuk kawan saya :)

ALLAH tidak pernah lupa akan hambaNYA..kadangkala diturunkan ujian kerana DIA mahukan hambaNYA dekat padaNYA..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)..Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata apa yang diketahuiNYA tentang orang-orang yang berdusta."  [Surah al-Ankabutt: Ayat 2-3]