14 March 2012

Persidangan Kebangsaan Pentadbiran Organisasi | Hari II

Alhamdulillah..hari nie selesai dah hari pertama penuh dengan ilmu2 dan knowledge sharing dari tokoh2 korporat..bermula dari awal pagi dimulai oleh Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi LPU UUM juga Pengerusi Perbadanan Putrajaya sehinggalah penutup sesi petang oleh YB Tan Sri Muhammad Ali Hashim, tokey KFC (M) juga korporat berjaya dari JCorp..




Habeh agak lewat..Alhamdulillah mujoq ada inchik abu hasan..jimat duit teksi..dia sanggup mai amik kami kat hotel dan bawak p pasar payang..nak beli kusyen kat anak2 buah tak jual pulak kat sini..takkan nak beli kain batik kot..last2 beli pink turtle ja kat buah hati. setel.


balik tu dok cadang nak pekena nasi dagang top tepi hotel..tp pikiaq makan provided..rugi duit plak..last2 p makan kat cafe hotel je la..makan banyak jugak malam nie..lepas geram lauk tengahari tadi kot..




esok last day..barang2 dah siap packing tinggai nak check out..insyaallah ada rejeki nanti nak bawak phea mai sini..

13 March 2012

begini cerita dia..

kami punya expectation dinner di Hotel Permai adalah sama macam dinner di hotel2 lain yang pernah kami stay.. tapi nampak mcm meleset.. sudahnya hanya nasik putih + ayam goreng ja menjadi makanan malam.. Alhamdulillah


rentetan itu..dengan rasa keciwa che mohd nor ajak makan kepok lekor.. "teringin" ujar beliau.. kami pun menapak dengan penuh waspada.. aku dekat 5,6 kali dok tanya dia "takpa ka jalan jauh2 nie..satgi kena gout susah.."

"tak pa.." jawab beliau dengan tenang..


lalu dengan pasrah kami meredah jalan2 di Batu Buruk sambil melihat papan tanda di pinggir laluan pejalan kaki..

last2..kami lalu dekat medan selera..ada nampak cucuk2 tapi semua fish ball, crab ball, bola2 api semua..nak lepas teringin, che mohd nor pun order 4cucuk..

muka beliau sedih..

tak tahan dengan keadaan itu, aku tanya budak yang hantaq ayaq "dik, kepok lekor takdak ka??.."

"ada bang..nak makan berapa??"

wah..muka che mohd nor nampak ceria serupa kanak2 comel makan lolipop!




"bagi dua ringgit.." aku memesan dengan yakin! (padahal perut dah nak terburai)

akhirnya keinginan beliau dapat dilampiaskan..dan beliau berjalan pulang dengan ceria.

sekian.

Persidangan Kebangsaan Pentadbiran Organisasi | Hari 1

Alhamdulillah..so far segala planning berjalan lancar..dari mula check-in kat Kepala Batas, transit kat KLIA sampailah depart ke K.Terengganu semua agak sempurna..


cuma hujan masa flight ke K.Terengganu agak mendebarkan..selama nie bukan tak pernah naik flight masa hujan cuma tak seteruk ini rasanya..kapal terbang bergegar mcm bumblebee aku naik bumper jalan atau terjun lopak..sayap/kepak ketaq2 macam kena parkinson..masa tu doa je la..moga selamat semua

terfikir jugak.."betapa mahalnya nyawa manusia bila di bawah sana (tanah) berbanding di atas awan..kalau terhempas mau hancuss..nauzubillah"


terfikir lagi "manusia rakus buat bangunan, rumah mewah2 tapi kat atas (awan) nie nampak sejemput dan makin tinggi makin tak nampak apa2..benarlah Allah kata yang dunia nie tak lebih nilainya dari sehelai sayap nyamuk.."

bila touch down..teksi semua agak mudah nak dapat..peramah..nama brader tu Latif..sesuai jugak untuk jadi pemandu pelancong..ramah dan pandai amik hati..

bila dah check-in bilik, semua ok..cuma karpet rasa lembab..maybe penghuni sebelum nie mandi tepi katil kot :p

malam nie ada disediakan makan..cuma short time..7.00 - 8.30 malam..bolehlah..makan free tengah2 bulan nie :)

12 March 2012

last menet!

sebelum p Terengganu, sempat siapkan satu lagi design untuk 5s..harap2 bila dah banyak option nie ada la hat depa berkenan..sakit otak dah nie!


5S | 2012

Lately memang tak dan nak update blog..time ada idea, sebok memanjang..time tak sibuk, idea kering kontang..projek yang paling happening pun adelah mendesign banner untuk 5s Audit..hat lain semua boring..


ada 5 design, 3 paling dipilih oleh AJKKK dan 1 adalah pemenangnya:


Design nie 100% powerpoint pasai aku tak reti photoshop CS5 apa bagai..kira manual la nie..bolehla..buat kenangan