29 April 2012

+1


Alhamdulillah..harapan koi cerah..insyaAllah harap2 tak dak masalah dengan documentation..lepas berjaya untuk 2006 & 2007, terpaksa tunggu almost 5tahun untuk realize impian..kebetulan plak jadi salah satu azam tahun 2012..so kalau berjaya, maknanya dah tercapai la salah satu azam tahun nie..moga2 dipermudahkan..amin

26 April 2012

Catur Kewangan

1. Bangun tidur pagi nie, terdetik di hati betapa ruginya aku dok bayaq komisyen RM100 dan RM50 untuk agen dan seorang kawan walhal agen tu memang dok kerja kat kompeni yang sewa rumah aku tu dan kawan aku pun actually tak buat apa2 melainkan kalau ada hal2 kecemasan seperti penyewa nak jumpa, nak ambil bil2 saja.

2. Dah la sewa just RM850..bayaq kat bank RM900++..lepas tolak agen dan ‘upah kawan’ tinggai la RM700..jenuh topup tiap2 bulan RM200++..

3. Jadi pikiaq2 kena amik satu ketetapan..dah lama dah asyik rugi padahal ikutkan rumah tu beli tahun 2007..dekat 5tahun dah tp dari segi payment semua still tak stabil..kadang2 rasa macam beban pulak beli rumah sebijik dua nie..

4. Lepas solat semua, kuatkan hati sms agen dan member..terus terang kat depa..walaupun berisiko untuk agen tu tak sambung kontrak rumah yang akan expired lagi 2 bulan dan pasni aku berisiko kena turun ke shah alam untuk manage sendiri rumah tu, untuk long term better aku decide sekarang..

5. Selesai mesej, tunggu respond tapi still senyap, sunyi dan sepi..samada depa dua kalut dengan kerja lain di awal pagi atau pun 2,2 tengah makan hati tak dapat duit kopi free bulan2..huahuahua

6. Lantaklah, bagi aku..kalau kita bergantung pada manusia untuk handle setiap masalah kita (in this case rumah shah alam tu la..) maknanya kita indirectly menyekutukan Allah dengan makhlukNya yang lemah..Nauzubillah

7. Aku serah masa depan rumah tu pada Allah..yang penting untuk hidup mesti berani, jujur, ikhlas, yakin dan terus berusaha..lain2 tu biarlah Allah yang tentukan

8.  Aku bersedia terima kalau keputusan both of them tak memihak pada aku. Takpa lah, I’ll try to get a new start..

9. Mujoqla rumah kat klang ada si dhowi tolong jaga..boleh tarik nafas lega sikit..Cuma sekali sekala bila teringat tunggakan elektrik yang cecah RM1K, bil air, IWK, cukai pintu dan maintenance fees yang aku rasa mau cecah RM5k tu sesak nafas jugak la..

10.Nak buat cemana, dapat penyewa2 yang sungguh ‘mengenang jasa’..sudahlah sewa tak dibayaq, ditinggal pulak kenangan bil2 yang tertunggak. Terima kasih sangat2..huhu

11.Life must go on..no matter how hard it is..hidup tanpa keberanian adalah hidup yang sia2..tapi keberanian tanpa sempadan jugak adalah sia2..chaiyok! chaiyok!

25 April 2012

PTPTN | Gadisworld | Mama Eika

respond dari blog Gadisworld dan Mama Eika

1. Dalam mendapat sesuatu kita terpaksa mengorbankan sesuatu

2. Kerajaan mensasarkan malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 dan pra syarat sesebuah negara maju adalah 60% mesti mempunyai pendidikan setidak2nya asas universiti dan setara

3. Untuk mencapai matlamat, kerajaan memperbanyakkan IPTA dan melambakkan IPTS untuk membuka peluang bagi 
a) pelajar pintar yang benar2 berminat utk belajar
b) pelajar pintar yang tidak berminat untuk belajar
c) pelajar kurang pintar tetapi minat untuk belajar dan 
d) pelajar kurang pintar yang tidak minat untuk belajar.

4. Oleh kerana kemasukan ke IPT ini dianggap seperti paksa rela bagi golongan yang tidak minat utk belajar (samada kelompok pintar dan kurang pintar), maka sebagai timbal balik, kerajaan terpaksa menyediakan dana utk mereka 'hidup' di kampus.

5. Maka golongan sebeginilah yang lebih banyak menghabiskan masa membelek gajet hasil duit PTPTN daripada membelek buku ilmiah.

6. Seperti mana virus, golongan ini merebakkan penyakit itu kepada golongan yang mahu belajar pada asalnya tetapi terkena kejutan budaya. Anak kampung yang jarang melihat wang RM100 pastinya teruja bila melihat dalam akaun 'peribadi' ada wang sebanyak ribuan ringgit..

7. Di sini bermulanya krisis..bila mana wang dihabiskan untuk kegiatan tidak berfaedah, masa belajar mula terabai, pointer semakin susut dan akhirnya lulus cukup2 makan belas ihsan pensyarah..

8. Siapa yang mahu mengambil golongan ini bekerja..pengalaman di syarikat konglomerat membuktikan bahawa tiada syarikat yang hendak menggajikan pekerja berkualiti rendah kerana pointer yang rendah menjadi indikator samada
a) pelajar itu lemah mental (lambat pick up, susah nak faham arahan dsbnya)
b) pelajar tersebut ada masalah sikap, disiplin dan moral (main-main, tidak serius)
c) pelajar gagal menguruskan masalah peribadi (mak ayah bercerai, bergaduh dengan pakwe makwe) atau
d) pelajar tersebut ada masalah kesihatan kronik  

9. Jika anda sebagai majikan, golongan mana yang anda mahu ambil utk membantu syarikat anda?

10. Jadi bila lambakan penganggur terhormat dan terpelajar ini terjadi, bagaimana mereka mahu membayar hutang piutang PTPTN dan pada sama yang sama 'bergaya' seperti rakan2 lain yang lebih baik taraf kerjayanya? hatta tengah belajar sudah pandai bermewah2, apatah lagi bila sudah bergelar graduan, mahasiswa..

11. Pada pihak yang berusaha keras memansuhkan PTPTN:
1) tiada sapa yang memaksa anda mengisi borang PERMOHONAN..
2) sebagai orang Islam, hutang tetap hutang..WAJIB dibayar
3) adakah anda mampu untuk menanggung belanja anak anda, anak saudara dan anak jiran anda jika BAJET BELANJA MENGURUS ini dihapuskan
4) kaya sangatkah Malaysia untuk memberi segala2nya dengan percuma? Gunung Emas pun kalau dikikis lama2 habis jua..

12. sudah2lah jadi pak pandir, menang sorak kampung tergadai..

18 April 2012

Hari Pengasasan UUM XXVIII | 15 April 2012





Kursus Motivasi Jiwa | Teluk Dalam Resort, Pangkor | 8-10 April 2012


Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu.. menitis air mata tatkala merindu… menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh… tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
[Asy-Syahid Hassan al-Banna]