30 May 2012

chennai mari potong kepala!

kelmarin masa p kedai gunting rambut, sambil2 dia dok adjust nak bagi serupa macam rambut aaron aziz, mulut gatal bertanya:

aaron aziz: cha *nama manja bagi seorang macha

macha: ya abang aaron *ya! sila jolok halkum anda..sila!

aaron aziz: mana mari?

macha: chennai juga mari abang..tau ka chennai?

aaron aziz: ish mesti la tau, gelpren saya keja sana..kenal itu katrina kaif??

macha: ui, itu abang punya gelpren ka?? saya manyak syiok oo *ok aku tambah ajinomoto

aaron aziz: berapa lama sudah mari ini malaysia?

macha: sudah ada duduk dua tahun lebih jugak

aaron aziz: dulu keja cawangan mana??

macha: padang bisar ada..kanggar ada..

aaron aziz: ooo..saya tau kedai gunting ni banyak cawangan..jitra pun ada..itu tokei mesti kaya kan?? berapa kedai dia ada??

macha: bannyak abang..sibilas ada jugak

aaron aziz: sebelas? mak aih..satu kedai keja berapa orang??

macha: dua ada, tiga ada..

aaron aziz: berapa gaji dia bayar??

macha: satu ratus..dan lima puluh..

aaron aziz: seratuih lima puluh ja?? makan, rumah free kot?

macha: tadak la abang..itu rumah, makan, rokok, bas sendiri juga..

aaron aziz: hah! *muka terkujat! cukup ka seratuih lima puluh??

macha: bole la abang..*sambil senyum2 bajet comel..sudah hemsem abang..inam ringgit saja :)

aaron aziz keluar dari kedai gunting sambil menggaru kepalotak!

konpius beb! cemana dia ble rolling rm150 utk semua keperluan dia..kena p menuntut nie..haha

*************************************************

dalam pada tu, on the way balik, palotak ligat mengira2:

kalau dia ada 11 kedai, 30 pelanggan tetap setiap kedai *kira sikit la tu, dan upah average rm6 untuk "potong kepala"..maka rasionalnya begini:

11 kedai x 30 pelanggan x rm6 sekepala = rm1980 sehari (sebulan rm59,400)

upah tukang gunting *chennai mari rm150 x 3org utk 1 kedai x 11 = rm4950 sebulan

katakan sewa kedai secotet tu rm500 x 11 = rm5500 + rm5000 untuk api air

jadi, sebulan income si vettrel tokei cawangan kedai gunting tu adalah:

RM59,400 - rm4950 - rm10,500 = rm43,950 *tanpa perlu buat apa2

perghh! champion lah!

28 May 2012

ha wau ta alif nga

entry kali nie adalah entry yang menakutkan. entry yang sebolehnya semua orang di dunia tak mau hidup bersama2 tapi hakikatnya 'benda' nie umpama bayang2 yang sepanjang masa dan ketika setia menemani diri meniti setiap derap langkah dan ombak nafas *sekali sekala sastera panca sitara!

hutang! tadi dok saja2, sambil bijik mata terkebil2 tengok orang beratoq kat atm bank islam mall, terdetik di sanubari yang kudus ini "berapa agaknya hutang aku??.."

terus amik henpon, picit2 butang kecik cenonet dan nah!! semua hutang duit ringgit aku setelah ditolak hutang budi dibawa mati adalah lebih tak kurang dari RM597,000.00!!

hoh! terkujat..tapi apakan daya, terlajak toyota caldina bolehlah direverse..

tapi..gua tak kesah beb! gua steady lagi mcm malik si aaron aziz dalam KL Gangster!

sebab, insyaAllah 90% dari jumlah RM597,000.00 itu dijanjikan perlindungan oleh syarikat insurans kalau aku mati atau cacat kekal..nauzubillah

pasaipa aku hutang sebanyak tu?

1. aku tak sedar diri dan tak sedar bila masa aku membawa diri aku ke bank dan submit permohonan

2. aku tau yang hutang2 tu semuanya tercovered *ayat apekah??

3. insyaAllah kalau Allah izinkan aku terus hidup sihat, umur panjang dan mampu bekerja, aku mampu langsaikan hutang2 itu sebelum aku mati..

4. kebanyakan dari jumlah hutang itu adalah untuk membeli barang yang susah-nak-susut-nilai dan most of the time, nilai dia akan naik dan terus naik --> hanya kereta bumblebee aku tu saja terus mengalami kemerosotan nilai sejajar dengan kemerosotan tahap kesihatan beliau..isk

So, kalau nak hati tenang, elakkan dari buat hutang..tp kalau dah berhutang, pastikan kita berhutang pada sesuatu yang berbaloi *ikut kata kalam singki wal klia "bersusah2 dahulu, bersenang2 kendian..

27 May 2012

deraih kemain!

rasanya dalam banyak2 bulan aku dah hidup, bulan Mei 2012 nie merupakan bulan mencabar sebab terlalu banyak 'projek' , 'assignment', 'task' dan 'transaksi' yang melibatkan ribu riban lemon duit hinggit! sat bawak keluaq, sat bank-in, sat transfer, sat keluaq bank cheque..ya tuan puan -- SAT -- maknanya takdan nak lama mana, semuanya jadi dalam tempoh yang singkat!

alhamdulillah, satu dah almost setel..esok ble buat 'withdrawal' terakhir dan 'bank in' terakhir..

cuma hok satu lagi ja tunggu tandatangan di pihak satu lagi, pastu tunggu loyer tepon suruh amik dokumen + bayaq upah depa..then tunggu variation letter dari gomen untuk clearkan aereas tu..

pening..cukup serabut..

dalam pada tu cuti sekolah pun dah start dan acara wajib masa cuti sekolah adalah makan kenduri..kadang2 sehari sampai 3,4 jemputan..selagi terdaya, aku akan cuba penuhi semua..kalau terganggu dek kekangan masa tu, harap2 depa paham la kot..

24 May 2012

tahniah che det!

semalam teman che det p amik Exora Bold beliau! memang hemsem la..sama hemsem dengan che det! kebetulan che det pun dok tunggu nak masuk rumah banglo beliau yang beliau beli seketul kat taman keruing..memang hemsem aa..nak lagi hemsem bila che det naik pentas untuk terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hari nie..memang super hemsem la che det!

17 May 2012

kerjaya | kerja saya

tengah2 dok syiok layan angin ngantuk, tiba2 terkenang saat2 dolu2 masa mula2 kerja..nawaitu masa tu hanya untuk dapat duit..takdak cita2 lain *walaupun bunyi macam orang kurang iman sebab nawaitu bukan kerana Allah, tetapi secara ikhlasnya masa tu pikiaq kerja untuk dapat duit..huhu

ok. tolak masa kecik kayuh gerek mini sambil sorathabaq ikat kat belakang tempat duduk passenger..sekilo sekupang masa tu..buleh rm1.30 pun rasa kemaih tak sangga dah.

1998:  sambil tunggu result, hari2 mangkit awai..koi 6 pak njang dah tunggu dengan van depan pagaq..lari2 (kadang2 siap tak mandi)..pastu berenti semayang subuh *jemaah kot kat surau/masjid tepi jalan then dia "park" aku kat Pekan Koboi, Aloq Setaq..gheja juai bahulu suploh bijik rm1.20! upah rm10 sehari..memang balik modai pasai pak njang kata, aku jual mesti habih kurang2 2tong (1 tong dok ada dalam 500bijik)..kalau dekat nak raya koman2 suploh tong!

1999: masuk uitm. antara budak tak skema. masa nie join Komuniti Amal Kolej Meranti, Shah Alam pi ajaq anak-anak yatim kat Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR) Subang..setiap sabtu..macam2 cerita dan rintihan dengaq..tak ajaq apa sangat pun, lebih kepada nak bagi motivasi dan tukang dengaq cerita..teringat Along penah cerita, masa umoq dia 16tahun, mak dia terpaksa kawenkan dia dengan sorang tua pasai orang tua tu selalu tolong depa lepas ayah dia mati..dia lari ke RACTAR supaya tak kena kawen! walaupun semua anak2 yatim tu pompuan, tapi aku dengan ikhlas hati kesian dan simpati - tiada niat yang lain! hat best tu, sarapan kami ditaja oleh Giant Subang! hari sabtu ja mesti bawak balik roti free :)

2000: masa ni cuti mid-term. 2 minggu. nak balik kampung duit tarak. PTPTN belum lulus lagi masa ni..sian pulak asyik hinggut poket mak..so lepas makan kat dining, decide dengan member sama sengkek untuk balik ke kampung dia kat Banting. Sebab dining tutup masa cuti mid-term, sapa nak supply makanan, kan? Masa tu duit poket ada sorang rm5, cukupla nak isi minyak moto sehala *time nie dok pikiaq mo kata tak dapat duit income, pakai menapak balik la dari Banting ke Shah Alam. Member hat nama ahadi ni pun bukan org senang..mak ayah bercerai, tinggai ayah dia dok buat kerja kebun. Kami ambik upah kait kelapa sawit *gila berat siot! dan jugak kopek biji kopi..upah? dapatla rm15 seorang..still untung kan? 

2001: masa ni raya haji..nak balik kampung duit kurang, tiket bas masa nie start mahai..rasanya rm32 kot kalau dari shah alam ke jitra. so aku dengan ahadi (lagi) apply jadi part-time guard kat kilang anshin seksyen 15, shah alam..haha lawak betoi dengan badan keding masa ni pakai uniform guard! aku tengok diri sendiri pun rasa mcm tak berapa nak takut! upah dia rm100 untuk kerja selama36jam tanpa henti..sayu jugak masa hari raya tu..sobs sobs *ayaq hidung meleleh!

2001 - 2002: nie antara kerja paling best! keja jadi kitchen crew cum despatch rider kat Shakeys Pizza, Alam Sentral Shah Alam. *dengaqnya dah tutup..isk isk. macam2 benda kena buat dari basuh pinggan, marinate ayam utk direndam sebelum digoreng sehingga bertukar keemasan, membuat pizza (topping buat masa order tu, tak main la siap dari kilang), bancuh susu untuk masak sup, potong sayur, cuci bekas goreng ayam, kira stok dan paling tak best cuci longkang malam2 lepas restoren tutup..paling best end of month mesti ada meeting dari pukul 11.00 malam (lepas restoran tutup dan dicuci) sampailah pukul 2pagi *ikut dan manager tu la nak abih koi berapa sambil diikuti dengan acara makan2 makanan hat tak habih! haha upah dia rm2.50 sejam + rm2.00 untuk sekali antaq pizza!

2003: dah grad! sementara tunggu konvo, ada attend interview kat Sungei Way..rupa2nya kompeni tu pengurup wang berlesen..kerja 5hari seminggu gaji permulaan rm1600..lumayan la masa tu..tp aku dok konpius nie kira along berlesen ke hapa ni..so tak jadi kerja!

2003: then, kerja kat Transprompt Cargo (M) Sdn Bhd, sebuah Shipping & Forwarding Co. kat Perlabuhan Klang..masa nie duduk kat Serdang..hari2 ulang alik naik moto ke Lorong Cendana, Port Klang..tiap2 bulan mesti spocket rabak! gaji rm750 sebulan sebagai kerani akaun tidak bertauliah tidak cukup untuk melampiaskan nafsuku..tudieen ayat! sebenaqnya bukan soal gaji, tapi soal aku dah malu dengan diri sendiri yang takdak basic akaun tapi gigih nak jadi kerani akaun! gila ke hapa..keja pun setakat 5 bulan ja..

2003: lepas resign dari Transprompt Cargo (M) Sdn Bhd, aku kerja home tutor ajaq Matematik & Bahasa Inggeris untuk student PMR..ajaq sorang2 kat rumah sambil mak ayah dia dok tengok..huhu dah la aku dulu 2 subjek ni hat paling hampeh! so just imagine cemana tekanan yang dialami berbanding upah rm100 untuk 2 subjek berkenaan! sambil2 tu, ada attend interview satu kompeni delivery kat glenmarie! dapat kerja tp macam tak minat sebab kerja dia kena call customer untuk promote servis kompeni! --> jangan ikut perangai penganggur tak sedaq diri nih!

2004: then, aku tgk iklan dalam paper nak pakai Eksekutif Pentadbiran kat Jalan Tun Razak, KL. Lepas p interview, dapat kerja tapi rupa2nya sebagai broker forex! dengan target bulanan RM100k, sudah semestinya aku gagal mencapai target itu dan seterusnya aku gagal mendapat komisyen setiap bulan..jadi aku telah bekerja selama 5bulan tanpa gaji! bukan sebab tak boleh dapat komisyen, tapi tak sanggup 'menipu' pakcik2 pencen dan org2 yang meminjam duit semata2 untuk dileburkan dalam forex! baca betul2 - d.i.l.e.b.u.r.k.a.n!

2004: lepas 5 bulan menghabiskan sisa2 modal tanpa mendapat pulangan akibat bekerja tanpa gaji, aku kerja jadi pembantu kedai perabut jati kat Puchong - Jepara Jati kepunyaan Datuk Azimi, salah seorang pembekal ubat2an seluruh hospital kerajaan..gaji rm450 + komisyen tp gaji bulan pertama pun dah sangkut! jenuh mintak..so lepas 2bulan aku blah! penat oo repair perabut, angkat perabut, cat perabut tp time gaji org liat nak bayaq! bukan salah Datuk tu..salah manager dia yang aku rasa salahguna kepercayaan Datuk!

2004: aku try buat syarikat hiasan dalaman bersama member2 kat kompeni forex *kami berhenti beramai2..hahaha nama kompeni tu Handtouch Decorate Home Sdn Bhd..tapi tak lama..kurang bajet dan kurang promosi!

2005: tahun nie kira macam tahun super gemilang la! attend 3 interview - Kumpulan Karangkraf sebagai sales assistant, Salam Medical Centre sebagai marketing executive dan UMW sebagai HR Assistant..tiga-tiga panggil kerja tu! lepas pilih2 *bajet konon2 mcm aku hebak sangat aku decide join UMW dengan gaji mula sebanyak RM1200..Alhamdulillah, after few months, being promoted to HR Executive dan bermulalah episod menghimpun duit :)

2008: start bosan (salah satu penyakit sejak azali - mudah bosan). Dapat offer dari PNB dan few GLC companies tapi ayah mcm reluctant nak bagi anak bujang dia hat hemsem sikit dari Aaron Aziz nie -- uweek! keja lama2 kat keyell..so lepas 3,4bulan kawen, wife dpt transfer to Kedah..so aku just send resume to DXN Holdings Berhad dan dipanggil interview. Dapat result 1 hour after that and yup, aku terus tender resignation with UMW *sob sob

2009: try nasib with UUM. Rezeki untuk join PSB but as contract staff *bukan masa interview as permanent position ka wei?? then after 1 year, 2.8.2010 aku diserap sebagai permanent. Alhamdulillah :)

2009: at the same time, aku ada set up one company - Sofea Heritage Enterprise untuk supply kain2 batik untuk government department..ada jugak jual kain batik sarung, kain pelikat dan jugak kain batik lepas beda selimut malam2 atau tutup mayat..isk! banyak pahit dari manis tp still beroperasi..cadang tu nak tinggalkan legasi untuk sofea bila dia besar nanti tp entahlah boleh bertahan atau tidak..dah lama tak supply produk ni..

20012: aku masih di sini..almost 3years dah kerja at 2 departments - automation & serial..kena tunggu another 1 year untuk sah jawatan (paling cepat pun end of 2013 laa..)

persoalan yang membelenggu - ke mana destinasi seterusnya tatkala kebosanan menjengah semula :)

16 May 2012

Keputusan!

Hari ini adalah hari keputusan! tiada apa yang putus atau diputuskan termasuk bekalan api & ayaq melainkan diputuskan permohonan aritu!

menanti dengan penuh debaran
menanti dengan penuh kesabaran
menanti dengan penuh harapan

ceewah! dah ghupa pantun dikerat tiga! 

hapdet 4.58pm | hari yang sama:

satu kata belum..satu senyap sunyi dan sepi
huh! penantian satu penyiksaan.. 

hapdet 9.31am | 17.5.2012:

satu kata system down semalam, hari nie EL ada urusan keluarga..esok InsyaAllah
satu lagi kata hari nie tak sure, insyaAllah esok confirm result

mengharapkan jumaat yang barakah untuk membawa khabar positif..

hapdet 10.21am | 20.5.2012:
penat tunggu! petang jumaat tu dekat koi 7 baru 2,2 hapdet with hampeh news..

sorang kata boss query banyak especially pasai payment keta sangkut! senin baru ble bagi jawapan tapi dia kata mcm nak ok *macam je kot!

sorang lagi kata still kat meja bos..senin jugak baru tau! "boss saya awak tahu la, dah la botak, perut buncit pastu pemalas pulak.." *hahaha puaih hati aku tambah ayat sendirik!  

hapdet 2.31pm | 21.5.2012:
akhirnya..dapat jugak call dari seketul bank..and it is approved! Alhamdulillah..tak sia2 mentally tortured for three weekss! *haha pressure oo..almost migraine..seketul bank lagi dikensel sebab lembab macam sifut vavi! tinggal nak uruskan documentation  & lawyer! Hoyyeh! *hoyyeh hoyyeh pun kering kontang jugak la kantung bayaq duit loyer..bole dapat moto kriss 2 ketul oo..sob sob..

15 May 2012

Jadi ka +1?

Hari tu masa tulis entry +1  hati punya la berbunga-bunga sakura! pastu masa tulis entry  telemovie: kau sangkut aku tersangkut dah mula rasa tak besh

lepas perosah *ada ka ayat perosah = =' semua, still result dia kantoi! dedi dah mula bising sebab hutang melambak tak hingat dunia macam gaji hang suploh ribu! huhu..

kasihnya ibu, membawa ke syurga..kasihnya payslip beliau, membawa ke bank sebagai penjamin! almaklumlah, org pencen nie, hutang pun tarak..duit gratuiti pun dok ada lagi..harap ehsan bank la nak lulus ke dak kali nie..

sebagai bekap, aku masuk 2bank sekaligus..amik hang! kalau tak lepas jugak, aku pujuk mak beli cash! huahuahua ---> gelak orang kecewa :(

rasa macam serik gila nak buat hutang dan tanggung hutang bagi pihak orang..jadik pada sapa2 hat dok cadang nak buat loan peribadi, loan keta, loan rumah pandai2 la urus bayaran bulanan at least maintain payment cantik selama setahun..melainkan hangpa memang dok cadang nak pinjam along!

14 May 2012

I Lap U Lah!


Kita selalu mengagumi 7 keajaiban dunia..bercita2 nak tengok dengan bijik mata sendiri..  

tapi kita terlupa, keajaiban sebenar ada di depan mata kita..sabah hari siang dan malam..terus setia menemani kita sehingga saat dipanggil menghadap Ilahi.. 

Ibu..adalah satu keajaiban..

Ajaib kan bila dalam derita dia masih mampu menguntum senyuman?

Ajaib kan bila dalam kekusutan dia masih mampu meleraikan masalah kita?

Ajaib kan bila dalam kesusahan dia masih mampu menyenangkan kita? 

Ibu..adalah satu keajaiban..

Cuma..sejauh mana kita teruja melihat ‘keajaiban’ itu..

 moga dapat membantu mak di mekah nanti :)

13 May 2012

"Ujrah" PTPTN

Lepas susun buku pagi tadi, dok kelebet web PTPTN sebab nak tengok 2 benda:
1) Baki loan yang dah bersawang tak reti nak bayaq
2) Adakah aku antara insan yang telah disenarai dan dihitamkan dari melancong ke obersee

Result carian pertama:

 banyak oo utang! haha

 Result carian kedua:

 huss huss (hidung kembang dah ni..) takat nak p ostolia ni anytime ni..

Then, terbaca nota PTPTN:


Err, kalau Ujrah 1% setahun nak banding dengan pinjaman lama 3% reducing balance rasanya macam bagus lagi hat 3% tu..sebab lagi banyak kita bayaq, lagi cepat loan abis..cuma lagi lama tak bayaq, lagi tinggi la loan kita..tp ada member bagitau kalau switch ke Ujrah, automatik akan dapat surat suruh setel yang mana tertunggak selama nie.. kalau sebulan rm200 x 12bulan x 10 tahun uii..banyak tu..

takpa la, yang penting teruskan membayaq..hutang itu wajib dibayaq..lagi satu, mak pesan, "bayaqla..kesian kat anak org lain nak guna duit nak mengaji.." 

10 May 2012

Telemovie: Kau Sangkut Aku Tersangkut!

Baru-baru ni try approach bank on loan..tunggu dengan penuh kondifen pasai dah ada pengalaman dengan previous loan + income better..lagipun takdak outstanding installment kat bank..kira bayar cantek la..

Semalam, disebabkan ‘terpaksa’ cuti pasai cik phea meragam tak mau p tadika (baru umo 3tahun je kot..isk..) so terpaksa la mengheret beliau ke tangga bank..jumpa officer sambil buat2 muka kacak ala aaron aziz “cik zul..koi hemsem nampak..cemana agaknya permohonan loan saya??..”

“ada masalah sket..sangkut dekat payment kereta..”

- sunyi sepi tanpa bunyi cengkerik -

“tapi saya dah bayar advance sebulan” (muka sebek macam budak tak dapat eskerim)

‘ni haa..sangkut ni..’ sambil telunjuk beliau menunjal2 kertas

Nahhh..hambik hang! Keta hat member sambung bayaq rupanya..padan muka nak sgt bagi org hat sememenya kena blacklist sambung bayaq..kan dengan aku sekali sangkut!

(pasrah)

“abis tu?? takkan takdak cara lain? kira adik beradik ka? saudara seagama ka?? (OK hat ni aku tambah..)

Kena cari guarantor la..suruh la bini jadi guarantor

Dengan sepantas kilat, aku sms bini “err..sayang dah makan?? rindu la..” (uwekk..hat ni pun aku tambahh..haha)

Aku msg suruh siapkan semua dokumen, cakap lagi 15minit nak p ambik..kejam kan?

Dah ambik dokumen kat anak bukit, terus menekan minyak ke aloq setaq balik..antaq semua dokumen

‘err..harap2 kali nie smooth la ye encik zul..cantik tali leher tu..’’ 

---------------------------------------------------------------------------------
Pagi nie..dia tepon cakap “ada cara lain tak klau still sangkut??..”

demit!

Arghhh..susahnya kalau ada masalah dengan payment bulan2 nie..abeh sangkut hal2 lain!

Moral of the story: buat baik biaq pada org yang baik..klau kena kat org yang tak berapa baik, sunggoh naya..serabut perut aih!

07 May 2012

bersara selesa atau terseksa

1.     Bekerja dan terpaksa bekerja adalah dua perkara yang berbeza.
2.  Bagi yang memang mahu bekerja, mereka tiada masalah untuk datang bekerja dan tiada masalah juga untuk berhenti kerja bila-bila masa yang mereka mahukan.
3.  Bagi yang terpaksa bekerja, mereka terpaksa “sami’na wa ato’na” sehinggalah usia senja menjengah.
4.   Yang makan gaji, automatik makan hati sehingga umur 55,56,58 dan paling canggih 60 tahun. Selepas itu, sisa-sisa hidup yang tinggal itulah diperuntukkan untuk beribadat sambil mengharapkan bayaran pencen (kalau ada) setiap bulan untuk membeli beras, sayur dan ikan. Satu pengakhiran hidup yang agak sadis kan?
5.  Yang bekerja sendiri, mungkin terpaksa bekerja sehingga batu nisan ditempah kerana pendapatan bergantung pada perniagaan yang dijalankan. Ada kedai adalah sumber pendapatan.
6.     Jadi, bagaimana untuk menjadi golongan pertama – memang mahu bekerja.
7.     Jawapan: Tabungan, pelaburan dan pendapatan berterusan
8.     Kalkulator ringkas abahsofea:

“katakan kita mula bekerja pada umur 20tahun dan mensasarkan untuk pencen pada umur 50tahun. kita impikan yang tatkala umur kita mencecah 50tahun 1hari, kita sudah ‘merdeka’ dari perasaan tertekan mengejar ‘punch card’ kalut mengejar ‘dateline’ dan tukang tadah telinga dengar bebelan boss yang panas baran. selama 30 tahun bekerja, kita membelanjakan purata rm3000 sebulan. sekiranya kita merasakan yang kita mampu hidup sehingga umur 80tahun (30tahun selepas bersara) maka secara automatik juga kita terpaksa menyediakan purata rm3000 sebulan untuk menampung gaya hidup yang sama selepas umur 50tahun. ini bermaksud kita terpaksa menyediakan rm1,080,000.00 sebelum kita berumur 50tahun bagi mencapai maksud itu.”

9.     Ini belum dikira inflasi dan susut nilai duit. Cuak jugak kan bila difikir2kan?
10. Disebabkan agak mustahil untuk kita mengumpulkan simpanan bulanan sebanyak rm3000 sebulan, maka kita perlukan instrument bantuan yang lain.
11. Pada hemat saya, pelaburan hartanah boleh membantu sekurang2nya 60% dari sasaran itu.
12.  Kira-kira ringkas lagi:

“katakan rumah kita berharga 130,000.00 dan dengan menggunakan pinjaman perumahan islamik, kadar yang perlu dibayar adalah sebanyak rm670 sebulan selama 30tahun. Kalau kita dapat mendisiplinkan kewangan dan mula membeli rumah terbabit di usia 20tahun, kemudian menyewakan rumah tersebut pada harga rm800 sebulan, ada dua (2) manfaat yang kita akan dapat:
a.     Aliran positif ke poket sebanyak rm130 sebulan (lebihan sewa-bayaran ansuran bank) cuba kira rm130 x 12 bulan x 30 tahun = rm46,800.00! (tanpa mengambil kira dividen 5-6% kalau menyimpan dalam Tabung Haji)
b.     Selepas 30tahun disewakan, rumah terbabit akan jadi milik kita dan harga pada masa itu mungkin sudah mencecah rm250,000.00 (tapi kena ingat, bukan mudah untuk menguruskan rumah sewa untuk tempoh 30tahun!)

13.  Oh ya, kalau anda berjaya memiliki 4 buah rumah dengan teknik sebegini dan paling penting berjaya bertahan dengan kerenah penyewa (lari tengah malam, tak bayar sewa, pintu tingkap pecah, wiring serabut dll) sehingga selesai loan di bank 30tahun kemudian, maka InsyaAllah anda sudah memiliki asset bernilai rm1,000,000.00 (dengan andaian harga setiap rumah mencecah rm250,000.00)
14. Cuba anda tambah rm1,000,000.00 + rm46,800 (lebihan dari sewaan selama 30tahun) = RM1,046,800.00.
15. Itu belum termasuk simpanan peribadi anda selama 30tahun bekerja dan pencen persaraan jika bekerja dalam sektor awam!
16. Nampak mudah kan? Apa pun, kita hanya mampu merancang, tapi Allah Yang Maha Bijaksana menentukan perjalanan hidup kita.
17. Mungkin ada yang mengatakan untuk membeli rumah pada harga rm130,000.00 memerlukan seseorang bergaji tinggi. Hakikatnya saya mula membeli rumah pada harga itu tatkala gaji saya baru rm1,200.00 sebulan!
18. Bank tidak melihat ‘sangat’ gaji anda tetapi kemampuan anda membayar balik. Tambahan pula, kalau anda tidak mampu membayar, bank boleh melelong rumah anda untuk mendapatkan duit pinjaman anda dan mereka masih boleh untung. Berbanding kereta yang saban hari susut nilai.
19.  Apabila sudah ada yang pertama, pasti ada yang kedua (dalam kes ini, saya membicarakan isu rumah/hartanah dan tidak termasuk poligami..hehe)
20.  Apa yang penting, setiap rumah sewa MESTI ada perjanjian bertulis. Dokumen ini boleh menjadi sokongan apabila anda mahu membeli rumah kedua, ketiga dan seterusnya kerana sewaan tersebut akan menjadi ‘side income’ bagi income bulanan anda.
21. Semoga perkongsian sedikit tips ini dapat memberi manfaat.

“Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:
1. Sedekah yang berjalan terus [sedekah amal jariah].
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.”

03 May 2012

Kelentong buleh!


 
buka email pagi nie, dari puluhan yang masuk ada la seketoi dari url mencurigakan.. nama dah macam telenovela sepanyol.. maria manuel romeiras.. sekali bagi email address nama arab daa.. tak pro langsung!