10 September 2012

hang tuduh aku, aku tuduh dia, dia tuduh hang!

assalamualaikum.

haha..tajuk entry boleh tahan panjang jugak..tapi inilah realiti kehidupan..susah nak jumpa manusia yang cepat mengaku salah..atau pun koman-koman tunduk diam tak cakap banyak bila ditunding jari..payah nak jumpa manusia polos macam budak-budak kecik 3 tahun setengah (macam phea..) yang terus mengaku salah bila ditanya..haha

 
gambar credit to blog buasirotak

09 September 2012

jatuh & bangun!

assalamualaikum.

posting khas untuk seorang kawan (juga untuk diri sendiri..)

ramai yang cakap..sebelum berjaya, kita kena harungi pahit maungnya dulu..ranjau onak berduri semua kena redah..tak kisah la duri tu panjang ka pendek, tapi kena redah jugak!

sapa yang pandai, sebelum redah, dia asah parang dia tajam-tajam..senang nak tebas duri..senang nak buka jalan..tapi kadang-kadang dengan parang yang tajam tu la, dia tetak & tetas kawan yang sama-sama teman dia redah ranjau tu..

hmm..sejarah (takat yang aku perati laa..) kita MESTI jatuh, tersungkur, tergolek dan macam-macam ter lagi sebelum kita bangun..dengan lebih kuat, gagah dan matang

sebab, masa jatuh itu la, kita kenal sapa kawan dan sapa lawan..

masa redah ranjau tu la, kita tau kawan mana yang tolong buka jalan, kawan mana yang tolong tetas onak, kawan mana yang tolak kita ke rumpun duri dan kawan mana yang tetak belakang kita!

tun mahathir dulu pernah kena pecat dari umno sebab mengkritik ketuanya - almarhum tunku abdul rahman. dalam buangan politik, dia terasing..kawan-kawan ramai yang tak mau atau takut nak dekat..akhirnya takdir Allah menguasai segalanya..dia bangun dan menjadi Perdana Menteri paling lama berkuasa..dan paling banyak jasanya..

mawi..tersingkir di pusingan kelayakan Akademi Fantasia..takdir Allah sekali lagi mengubah sesuatu yang tak terjangkau akal fikiran..dia diserap masuk, dan akhirnya menjadi juara..walaupun dah tak feymes, tapi sekurang-kurangnya sempatla dia mengumpul harta..

siti nurhaliza..sebelum menjadi penyanyi tersohor, pun pernah tersingkir dari bintang RTM..tapi diserap masuk sebab calon lain menarik diri..hampir-hampir terlambat untuk menyanyi di pentas akhir tapi akhirnya bergelar juara, bintang dan sekarang nie mungkin biduanita..

p.ramlee jugak macam tu..sebelum terkenal, dia kalah dalam pertandingan nyanyian di Pulau Pinang..

sekadar menyebut beberapa nama..

tapi, kalau berkesempatan..cuba tanya depa..apa yang depa alami masa dipecat, disingkir dan tersingkir? berapa ramai yang mencerca dari yang memujuk? dan berapa ramai dari yang mencerca itu kembali memuja bila depa dah berjaya..itulah sifat manusia! :)

06 September 2012

OMG!

assalamualaikum.

dah lama tak pakai jam..even masa keluaq jejalan..hmm..


alhamdulillah

assalamualaikum.
 
alhamdulillah. hari ni rezeki sangat murah. ada dua jamuan raya, satu yang di bahagian sendiri dan satu lagi di bahagian bukan sendiri - terima kasih banyak-banyak pada bahagian sendiri dan juga bahagian bukan sendiri (sirkulasi) sebab sudi menjemput..kenyang bangat gue!
 
 

03 September 2012

misi membawa ❤ ke teluk intan!

assalamualaikum.
 
alhamdulillah. misi yang dirancangkan berjalan almost sempurna..smooth seperti yang didoa..terima kasih Allah!
 
pagi tu, suppose bertolak pukul 5 pagi tapi disebabkan aku gagal menidurkan diri sehingga jam 1 pagi, maka terbabas dan hanya bertolak koi 5.45 pagi..still ok la..sempat keluaq dari khariah sebelum subuh untuk mendapat kelayakan jamak..
 
sambil drive sambil rancak bersembang dan mengumpat bersama inchik bapak..sedaq-sedaq dah terlajak hentian juru..ah sudah! subuh belum lagi..teruih tekan minyak dan berjaya solat subuh di hentian rehat sungai bakap pukul 6.40 pagi..
 
selesai tu, singgah minum di simpang pulai..inchik bapak bagi hint "ish, kalau kita p dengan waja (keta dia) boleh p cameron highlands.."
 
haha..tektik yang sudah aku khatam..konon-konon bila naik keta aku, susah la sket nak menunaikan hajat beliau sebab beliau tidak bebas membuat keputusan..
 
taat punya pasal, aku pun kata OK. inchik bapak kelihatan sangat girang..siap sanggup sponsor petrol ke cameron lagi..aku ok ja..lagipun dah dekat 22 tahun aku tak ke sana..dan nie lah first time ikut jalan simpang pulai..dolu dolu masa kechek ikut tapah ja..
 
alhamdulillah..jalan memang clear sangat..bertolak dari exit tol simpang pulai kul 8.50 pagi, kami sampai ke Brinchang dalam area 9.30 cenggitu..kereta sangat tidak banyak..inchik bapak yang berkali-kali p cameron highlands pun takjub dan memuji-muji kelancaran trafik..alhamdulillah satu lagi doa dimakbulkan..
 
sampai Brincang, singgah makan nasi goreng 'vodo' + ayam goreng dengan teh o panas..incik bapak makan hapantah *haha boleh lupa dan juga nescafe ais..owh minum ais di puncak gunung brinchang pada pukul 9.30 pagi! hebat bapak! mesti menuntut ilmu beruang kutub hemisfera utara nie..haha tapi harga tak begitu hebat..kena rm11++..

then recce hotel untuk bawa famili jejalan nanti..kebetulan kami breakfast di kaki lima sebuah hotel baru..Hotel Titiwangsa..jadi inchik bapak teruih ke kaunter dan memulakan edisi siasat!

inilah hotel itu..dan inilah juga tempat makan itu..restoran nur kasih raihan namanya

selesai semua, kami bergerak turun sebab agenda utama adalah untuk settlekan hal di teluk intan..tapi sempatla singgah kat Strawberry Corner dan juga pasar sehari..tapi tak beli apa-apa pun..sebab jauh lagi perjalanan..kalau beli strawberry satlagi sementara nak sampai rumah, mau habih di dalam kereta sahaja..haha


turun tue, singgah tepi jalan sebab inchik bapak nak try minum air kelapa laut afrika ori punya..memang terbaek kata beliau..the most sedap air kelapa laut yang dia pernah minum..teruja nak beli yang kat tandan tu tapi sebijik dalam harga rm8-rm14 bergantung pada size..huhu tak jadik la..

then, turun balik ikut jalan simpang pulai..inchik bapak dah tidoq..aku masih gigih memegang stereng..ada 2x almost eksiden sebab driver yang on-the-way nak naik terbabas..hampeh betoi! *bawak betoi-betoi la woi! then lagi 10km nak sampai bawah, terjumpa satu eksiden antara kenari putih dengan mercedes biru tua lama dan buruk..huh dasat..

then, ikut petua dhowi untuk ke teluk intan..rupa-rupanya petua itu telah membuatkan kami tua di dalam kereta..haha jauh kot jalan dia bagi..haha

lepas pusing-pusing, akhirnya kami berjumpa hotel yang nak dibooking, then buat road familiarization supaya nampak hebat masa mengetuai rombongan nanti..ketua rombongan mesti jalan betul, tak ble salah masuk simpang baru nampak hebat..huhu takkabbur sunggoh!

lepas bateri tinggai satu bar, aku mengambil kesempatan dari bapak aku yang tidoq lagi?? untuk memecut dan melenjan enjin black sophia jane sehingga hampir ke penamat..memang tak larat tapi bawak jugak..akhirnya selamat sampai rumah inchik bapak pukul 9.45 malam setelah bersuka-ria selama 15jam dan memandu sejauh 894km pada hari itu. sekian.