31 October 2012

apa nak buat?

assalamualaikum..

cerita duit lagi..apa nak buat kalau tiba-tiba kita ada duit rm100,000.00
 
 
tak kesah la dapat melalui personal loan, mak ayah bagi, wasiat, faraid, jual tanah pusaka atau lebih kejam rompak bank

kalau dapat melalui cara yang tak perlu bayaq balik, mungkin lebih senang nak decide, kan?

kalau dapat secara meminjam dari ah beng, mesti plan betoi-betoi supaya duit rm100,000.00 tu tak menyebabkan kita muflis dan bankrap, kan?

sebab duit yang dipinjam, mesti bayaq balik..dan ah beng sudah semestinya awai-awai lagi dah bagitau pinjam rm100,000.00 kena bayaq bulan-bulan rm888 selama 20 tahun..20 tahun wa cakap lu! tak kira la ah beng itu islamik atau konvensional

jadi, berbalik pada tadi..cemana nak fully utilize 'kemudahan' dan 'kelebihan' dipinjamkan rm100,000.00 tu?

adakah kita patut:
  1. guna duit tu untuk ngorat anak-anak vvip atau anak bapak menteri, pastu kawen dengan dia dan paksa bapak mertua kita tolong bayaqkan installment kita as his menantu bulan-bulan?
  2. guna duit tu untuk beli semua kebendaan yang menjadi idaman qalbu selama ni dan end up serahkan kebendaan idaman qalbu tu kat ah beng untuk dilelong?
  3. guna duit tu untuk setelkan seberapa banyak utang-utang kita yang lain (lagi baguih kalau dapat setel semua) dan fokuskan untuk bayaq kat satu ah beng saja selama 20tahun?
  4. guna duit tu untuk expand lagi hutang-hutang kita dengan cara beli harta dan tanah secara tunai kemudian try refinance balik untuk dapat semula cash! - cara ni agak merbahaya kalau dalam payslip kita tu potongan lebih banyak dari gaji..hehe
  5. simpan duit rm100,000.00 tu dalam tabung haji dan biarkan dia di dalam akaun tersebut selama 20 tahun tanpa terusik - installment bulan-bulan rm888 tu pandai-pandai la ikhtiaq nak bayaq lagu mana..merap duit bini ka, kapok duit pak mertua ka..meniaga cucoq udang ka..haha
  6. invest dalam instrument yang lain konon-konon bole jadikan modal rm100,000.00 tu jadi rm1,000,000.00 dalam masa setahun? it is good to be true, isn't it?
please advice. tengkiu!

29 October 2012

idul adha

assalamualaikum..

alhamdulillah..selesai sudah raya haji..cuti tiga hari..semuanya untuk tambah kalori..

hari raya plak kena hari jumaat..so memang masa tu pack sangat..tak p mana sangat pun..p umah mak ayah..umah mertua..umah tok mertua..

gambar pun banyak..tapi dalam kamera che det..nanti kalau ada rezeki, ble share kat sini..

sabtu ni dah kenduri..means dah bermula pra-percutian aku..4 hari je pun

pastu keja 4 hari..then baru betoi-betoi cuti..9 hari..haaa best betoi kalau cuti sambil ada duit..oh duit..di manakah duit??

cadang dan rancang tu banyak..la ni tunggu duit beranak pinak dulu..baru ble jalan apa yang dirancang dan dicadang..

dengaq macam happening..sampai dekat 20 orang peserta tua muda berganding tenaga..tiga biji kereta..mios, exora dan pesona..tapi tengoklah bagaimana hasilnya..haha macam pantun daa..

25 October 2012

bz (malas)

assalamualaikum.

sesudah 3minggu tak hapdet blog, rasa malas itu makin menebal setebal lemak-lemak tepu yang melilit tubuh badan..heh. itulah bahana emosi yang tak stabil.

sesudah mengejoin diri dalam Simulasi Pencahayaan Bangunan PSB dulu, aku dijangkiti sindrom malas..aku bukan takdak benda nak tulis, memang banyak berkajang-kajang tp aku lebih suka bermonolog dalam hati atau berangan ketika mandi dari meluahkan dalam blog nie.

 ustaz iruan, ustaz helmi salam dan abahsofea
belakang tu ustaz izhar dan syeikh zuki

Sebab. blog ini bukan diari peribadi yang aku sorang ja boleh tulis dan baca. Jadi mengenangkan banyak benda yang jadi adalah bersifat peribadi, makanya selayaknya hanya hati aku yang boleh menyimpannya. boleh ayat lagu tu? 

periksa phea dah habis, konvo dia pun dah setel dan result dia pun dah keluar..Alhamdulillah untuk seorang budak berumur 3tahun yang seat for paper budak 4tahun, aku bersyukur dengan kebolehan dia:
    • Sains & Teknologi         : 94 (A)
    • Bahasa Inggeris             : 94 (A)
    • Bahasa Melayu              : 88 (A)
    • Agama Islam                 : 88 (A)
    • Sains Kognitif & Fizikal : 93 (A)
    • Hafazan Doa                  : A
    • Hafazan Ayat Lazim       : A
    • Rukun Islam & Iman      : A
    • Kekemasan Diri             : A
    • Kepimpinan                   : B
    • Kreativiti                       : B
    • Tumpuan Dalam Kelas   : B
    • Pergaulan                       : A

haha..mungkin phea kurang dari aspek kepimpinan sebab dia suka mengarah dan bukan memimpin..kalau dia suruh buat apa-apa, mesti budak umoq 6tahun pun ikut..mungkin itu dikira membuli kot..haha 

kreativiti? rasanya phea nie pandai melukis dan mewarna, cuma dia tak suka orang suruh-suruh..kalau paksa pun dia akan buat cincai-cincai..sebab malam-malam klau dia buat homework, tgk cantik ja dia warna, tak keluaq garisan pun..

tumpuan dalam kelas? ya..setuju dengan markah cikgu sebab dia suka main-main..entah cemana la cikgu-cikgi melayan kerenah dia..tahap kesabaran kena tinggi nie..aku pun kadang-kadang tak terhandle..haha

OK done with sofea. sedaq tak sedaq, dah nak raya haji esok..hari nie (as usual) VC bagi balik awai..so plan tu nak p cuci black sophea jane hat dah belemoih tak sangga tu dengan p post office beli sampul pos laju..ada dokumen nak dikurier ke KL

minggu depan dah kenduri ziana..kad baru selesai diedar. alhamdulillah walaupun last menet..week after ke teluk intan dan tu merupakan minggu cuti bagi aku..9 hari beb! haha

planning lain?

- tebas semak samun di kebun dan pruning pokok-pokok buah then advertise 'for sale' - tukang kebun merangkap broker?

- mula menjelajah ke uitm merbok, uitm arau dan unimap perlis serta uum sintok untuk conduct research - ya, I am the RA for one of  timbalan pengarah di UUM nie..(unofficial kot sebab takdak surat pun..)

- habiskan assignment member untuk submit draft 16hb November nie..dateline bulan disember - unofficial & unregistered student 

- tunggu keputusan mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) untuk further study - part-time student wannabe?

- reformat pc kat rumah, reconnect internet and mulakan apa yang dah diplan lama dulu 

bz memang meletihkan tapi seronoknya sebab masa tu laju ja sampai tau-tau dah nak sambut hari tua hujung tahun nie :)

02 October 2012

lama

assalamualaikum.

lamanya tak menulis..dah bersawang ghupanya laman sosial ni..

terlalu banyak benda yang berlaku..dan terlalu banyak benda yang nak diceritakan..sampai tak lalu nak tulis --> ok tak alasan untuk si pemalas gedebam gedebom!

oktober dah menjelma..kerja-kerja makin banyak..bahan-bahan langganan nak kena renewal, pembekal-pembekal kena dinilai tahap kecekapan, harga-harga untuk langganan baru kena diteliti supaya dapat yang paling baik (termurah does not mean terbaik..) on so on..

owh ya, kad kawen dah siap..tapi senarai guest belum ada..plan nak cari skinz di pentadbiran maybe dia ada list terbaru staf library..tu belum masuk nak distribute lagi..

next week konvokesyen uum ke-25 plak..as usual jadi tukang pacak, sengih dan catat kekurangan katerer sebelum dimuntahkan dalam mesyuarat post-moterm..ya! bedah siasat ala-ala CSI Miami tu..

week after, target untuk jumpa semua kawan-kawan di library dan jemput untuk attend weeding adik! then must be completed before hari raya haji..hoho dah nak raya sekali lagi..

pastu kerja untuk another one week..then cuti untuk uruskan weeding adik di dewan utama..

after that kerja another 4 days before cuti for 9 days...kompom banyak lemak malas untuk mai gheja pastu..heh!

owh ya, phea my lil darling akan exam these two weeks..macam-macam subjek termasuk physical and esthetic (kebendantah??), sains dan teknologi, bahasa inggeris dan bahasa melayu..semua ini untuk dihadap seorang budak kecik berumur 3tahun 6bulan..hoho jauh beza dengan aku dulu kot! all the best yayang :p