25 August 2013

Sukaneka Tadika Cahaya Idaman

Assalamualaikum

Jumaat aritu, 23 Ogos jam 3petang berkumpullah sekalian hamba sahaya dan ra'ayat jelata menyaksikan sukaneka tahunan anjuran Tadika Cahaya Idaman..menghimpunkan atlet-atlet cilik dari seluruh wilayah TCI termasuklah phea, abah dan mamanya..

Alhamdulillah tahun ni sofea dapat Johan acara Jengkek Dan Baling Bola (kategori 4tahun)

 :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 

22 August 2013

Design, Design & Design

Assalamualaikum

Kalau hangpa perasan, dalam blog ni selalu diletakkan gambaq poster dan jugak design-design lain..tujuan dia bukan nak tunjuk pandai ka apa sebab mmg kepakaran dalam software design untuk org macam aku sangatlah lemah..photoshop pun tak tau nak guna..

Cuma minat dalam bidang mereka ni agak tinggi..dan kebetulan bahagian baru ni memerlukan aku mendesign untuk event-event tertentu..jadi boleh la belajar sikit-sikit..itu pun majoriti design aku hanya guna Microsoft PowertPoint saja

Saja letak di blog..untuk jadi kenangan di masa hadapan..kalau simpan dalam My Documents atau Desktop PC, kena virus terus hilang dari dunia yang fana ini..tak ke takdak kenangan :)



Jemputan Ke Jamuan Raya Kelab Badan Kebajikan Dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL) 2013


Jamuan Hari Raya Universiti Utara Malaysia 2013




Tarikh: 19 Ogos 2013 (Isnin)
Tempat: Dataran Universiti
Masa: 8 pagi - 1 petang
Menu BAKAL: Koeytiow Goreng Kerang

Selamat Hari Raya!