25 November 2015

Konvo Sofea 2015

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah 6 tahun umur Sofea..tahun depan dah masuk darjah 1..Alhamdulillah lulus temuduga dan ujian kemasukan ke Sekolah Rendah Al Azhar..semoga impian untuk melihat Sofea menjadi seorang doktor pakar yang hafizah tercapai..aamiin

Cerita pasal konvo, tahun ni adalah tahun ke-4 sofea di Tadika Cahaya Idaman (TCI)..masuk tadika sejak umur 3 tahun dek kebosanan menjalani hidup di taska..haha 


Alhamdulillah, sejak dia masuk TCI dari umur 3 tahun (tumpang kelas 4 tahun) hinggalah ke hari dia menamatkan pengajian, memang nampak progress dia walaupun aku tak mengaku dan tak puji dia depan-depan (memang style bapak yang brutal kot..hehe)

Tahun ni untuk ujian mid term dan final Sofea berjaya score straight A dalam semua subjek dan penelitian guru-guru..hasilnya dia berjaya maintain Anugerah Keterampilan Diri yang dia dapat tahun 2014 masa umur 5 tahun dan dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Tokoh Murid Tadika Cahaya Idaman..

 Cuma tahun ni dia terlepas nak dapat pingat emas (yang ni aku agak konfiden) bagi acara sukan..2 acara dia berlatih tetapi sehari sebelum Hari Sukan TCI Sofea jatuh di tadika, bengkak bawah dagu dan hasilnya aku tak bagi dia masuk sukan..haha kejam tapi itulah hakikatnya

Bukan niat nak menunjuk atau nak share sebenaqnya tapi al maklumlah blog ni kan untuk tatapan Sofea adik beradik nanti, so memang semua benda kalau boleh nak rekod la..sapa tak suka tak yah baca..hehe

Seri Azzalea Homestay: ada tetapi tiada

Assalamualaikum..

sebagai hamba, aku hanya mampu merancang tetapi yang Maha Menentukan adalah Allah SWT

redha, syukur dan teruskan kehidupan..apa yang terpendam biarlah menjadi kenangan..mungkin juga rujukan kemudian hari..wallahua'lam

13 October 2015

Seri Azzalea Homestay, Bandar Darulaman, Jitra

Assalamualaikum..

Kerja-kerja renovasi, menambah baik dan menyerikan Seri Azzalea Homestay sedang rancak berjalan. Ada yang tanya, "awat kena perabih duit buat itu ini bagi elok, nak buat homestay ja pun.."

OK jawapan aku simple:
1. kita nak buat bisnes untuk long term..nak pelanggan suka dan datang balik, jadi wajib (bagi aku) untuk buat sehabis dan secantik mungkin..bisnes akan sustain dan berjaya bila ada repeat sales/customers

2. prinsip hidup aku adalah aku nak layan orang dengan cara aku sendiri suka dilayan. Jadi aku letakkan diri aku sebagai pelanggan yang sudi letak duit, bayar untuk menginap dan nak something in return..bukan sekadar datang tidur, mandi pastu check out..kalau boleh ukhwah mau berterusan..jadi kawan

3. bagi aku juga, tak dak rugi buat elok sikit sebab kot mana pun itu rumah aku, aset aku..jadi bila esok-esok nak refinance/jual pun value ada up sikit

harap-harap projek dapat disiapkan dalam minggu ni walaupun aku punya observation macam nak overdue ja..lepas ni baru boleh upload gambar

Dalam fesbuk pun dah siap page atas nama Seri Azzalea Homestay, Bandar Darulaman, Jitra. panjang bebeno nama but yes, intentionnya adalah untuk jawab sebelum pelanggan tanya..tak nak nanti among the Qs "lokasi kat mana", "takde alamat pun" etc etc



kalau sapa-sapa yang baca posting ni, jemput like page Seri Azzalea Homestay ye..macih!

05 October 2015

Impian: Seri Azzalea Homestay

Assalamualaikum..

Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat! Aku sendiri tak sangka yang impian untuk menyediakan perkhidmatan homestay dapat dilaksanakan secepat ini..tapi siapa aku, untuk menjangka sesuatu di luar jangkauan pemikiran logik akal manusa

Alhamdulillah, secara rasminya Seri Azzalea Homestay, nama yang aku simpan sekian lama, akhirnya akan beroperasi dengan izinNYA pada 15.10.2015 ini..

bunga kegembiraan hadir awal bila mana ada hamba Allah dari Putrajaya (en shukri ke namanya) nak book pada 30 September, 1 dan 2 Oktober tetapi terpaksa aku tolak sebab standard homestay belum sampai ke tahap yang aku inginkan..nak bagi orang duduk selesa, berbaloi dengan bayaran mestilah perlukan sedikit renovasi dan dekorasi.

Doakan aku & homestay..Bismillah


setakat ni iklan hanya dalam mudah.my dan ibilik.com

pages dalam FB jugak dah standby, cuma tunggu homestay siap direnovate baru nak upload gambar dan promote pada kawan-kawan yang sudi..

21 September 2015

kami selpi!

assalamualaikum..

Alhamdulillah..gambar kami berempat..aku, bini, sofea dan ameera

doakan kami ya!


25 August 2015

mencabar diri!

assalamualaikum..

hari ni nak tulis sedikit berbeza..tarik hand brake sat pasai projek 2018 (P2018)..back to reality..hakikat kehidupan

selama mula kerja since graduate 2003, dengan serendah-rendah dan seselekeh kerja hingga la diizinkan Allah kerja dalam aircond, ada bilik sendiri, ada satu benda yang aku masih tak mampu buat..iaitu mencabar potensi diri sendiri! 

bagaimana untuk mencabar diri sendiri? bagi aku hanyalah dengan cara mencari dan menguruskan pendapatan sendiri..aku tokey dan aku kuli

tetapi selepas 12 tahun kerja sebagai kuli, walaupun tidak dinafikan agak selesa (alhamdulillah), maka satu masalah yang menjadi batu besar di tengah jalanraya adalah bagaimana untuk keluar dari keadaan selesa dan cukup makan kepada keadaan ketidaktentuan dan berserah sepenuhnya pada Allah Azza Wajalla..seperti mana yang kita wajib yakini iaitu segalanya dari Dia..
 

perancangan demi perancangan dibuat..dari sketch atas kertas sampai note dalam henset..satu masalah yang paling nyata adalah keberanian..modal pun faktor juga tapi boleh diusahakan..

kalau berani, aku yakin segala jadi..

bila dah jadi, susah senang aku kena tanggung sendiri..kawan-kawan mungkin lari..tak tentu lagi nak boleh opis sendiri..angin panas ganti aircond sejuk gedi..

tapi yang paling membuatkan aku kurang berani adalah bila kenangkan yang aku dah ada famili..isteri, mak ayah dan anak-anak..aku mungkin sanggup susah, berlapar dan minum sup air mata tapi aku rasa macam agak zalim kalau aku sengsarakan depa semata-mata untuk mencuba mencabar diri..

semoga Allah beri aku kekuatan!

19 August 2015

P2018: Laporan Ogos 2015

assalamualaikum..

setelah berbulan tak p tengok..dengan andaian projek ni mungkin nak dibatalkan sebab kekangan kewangan, tadi saja la lalu nak amik buah semangat

tengok-tengok dah jadi rupa binaan dah..teruih rasa macam nak teruskan jugak pembelian

SNP pun dah sign 3minggu lepaih..tunggu lawyer stamping dan submit ke Perbendaharaan..problemo is tak sure lepas ke tak (more to tak lepas..huhu)

kalau lepas pun, problemo is how nak bayar..tapi since benda ni lagi 2tahun kot baru ready so sempat la ikhtiar cara-caranya..wallahua'lam
#nak amik tak mampu tapi macam berkenan
#demi masa depan anak-anak la kononnya
#kerja keras kerja gigih


10 May 2015

P2018 : Laporan Mei 2015

assalamualaikum..

hmm..sedih jugak kalau tengok progress P2018 nie..macam padang jarak padang tekukur..belum masuk perang dah jatuh tersungkur!

beam belum naik..tiang belum tanam..SNP pun belum isu..entah la..sempat ke tak 2018..silap gaya lajak lagi ni..tak pun buat kalut-kalut sampai tak dak kualiti..tu benda yang paling dibenci!

update 3.00pm

Alhamdulillah..tengok dah nampak bekho, dah nampak besi 12Y, dah nampak tambun tanah..at least mula dah la buat keja..semangat..semangat!

01 March 2015

P2018 : Laporan Mac 2015

assalamualaikum..

hamboih lama kemain tak update blog..rasa mcm malas betul nak menulis..fesbuk merosakkan segalanya = ='

yang lepas-lepas malas nak ungkit..malas nak taip..malas segala-galanya..

so nak share yang akan datang saja..haha boleh cenggitu?

Alkisahnya ada la sedikit plan untuk 'berhijrah'..dengan izin Allah harap-harap tertunai la hajat itu..cuma lambat lagi jangka masanya..

projek yang tak ketahuan hala ni boleh dikatakan zero progress..tapi disebabkan skala dia agak besar, boleh dikatakan 2018 baru fully completed..

jadi dalam perjalanan menuju 2018 tu (kalau panjang umur la) akan berlaku beberapa perubahan samada drastik, separa drastik dan juga tak drastik langsung!

maka kod untuk projek ini adalah P2018


08 June 2014

kenduri rumah fizi

assalamualaikum..

hehe..hari ni p kenduri rumah fizi..bekas staf PSB tapi dh dilamar unimap..rugi PSB!

tapi bukan nak tunjuk gambaq rumah atau lauk kenduri..tapi gambaq lepas kenduri.. 


lokasi yang sama hampir tiga tahun dulu..masa aku, boy azril dan azizan p makan ikan emas dan D55..kali ni azli & abg long zamry pulak menjadi pengganti..sebiji baka Holo = RM36 sahaja..(ayaq mata..)

14 May 2014

phea..semalam

assalamualaikum..

Tarikh:           13 Mei 2014 (selasa)
Tempat:          rumah mak
Photo by:       paksu art



12 May 2014

dari Tronoh ke Sintok..

assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir empat tahun sejak kunjungan pertama, dapat jugak aku jumpa member lama di UiTM hasil lawatan Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh 11.05.14 

Aku panggil dia Muo..sebab dia asal Muar..nama kad pengenalan dia Helmi Iskandar Suwito..haaa memang Jawarian laa..

dulu kat UiTM tu nak kata rapat tu tak la tapi level persahabatan tu ok la..takdak gaduh-gaduh, dengki-dengki..so bila dah grad ni rasa macam best plak ble jumpa sekali sekala..sorang lagi geng Muo adalah Pesot..atau nama betoi dia Faizal..hmm yang tu memang dh berbelas tahun tak jumpa..

 

haaa..mekaseh la pada abg jonet yang sudi amik gambaq kami..harap-harap dapat la jumpa dengan Muo lagi..atau dengan member-member UiTM yang lain..dah pakat jadi bapak budak dah semuanya..haha

hat bawah ni gambaq lama..tahun 2010 dulu..

 

04 May 2014

lama siot..

assalamualaikum..

subhanallah..lama betoi tak update blog ni..kena virus super malas..

almaklumlah dengan keja makin banyak..tanggungjawab makin berat dan projek-projek selaku anak dan menantu makin meningkat maka jadilah super duper malas..

sepanjang tempoh dari bulan oktober tahun lepas (tahun lepas OK..) sampai ke hari ni, dah terlalu banyak sangat benda yang jadi..hatta sofea pun dah macam-macam aktiviti yang dia dh buat..exam pun ok, sukan pun ok..alhamdulillah

klau nak update ikut sequence dan rentetan peristiwa, memang jenuh baca baq hang..haha

jadi kita lupakanlah yang telah berlalu (sisa kuman malas masih ada) dan kita buka lembaran baru sempena bulan Rejab yang baru tiba kelmarin dulu..yeeehaa

so untuk entry sulung selepas tujuh bulan ni adalah peristiwa kelmarin..di mana aku, bini dan sofea balik ke kampung dan telah berjaya menjolok 3 bijik buah nyoq yang berlainan kategori - nyoq gading, nyoq pandan dan nyoq muda dan juga berbelas biji pelam sala untuk dicicahsambalbelacankan..


 dan juga berjaya mengait dua biji buah durian ropa atau durian eropah atau omputeh panggil durian belanda yang agak besar ukur lilitnya..

sekian.

bhahaha..malas gila..

13 October 2013

Mari Mengecat Rumah Mertua

assalamualaikum..

Tarikh kejadian                  :  11 Oktober 2013
Tempat kejadian                :  rumah mertuaku
Aktiviti di tempat kejadian  :  
1. mengecat dinding luar dan memasang border di ruang lepak depan
2. menyapu dan membasuh ruang dalam dan luar rumah
3. membakar kayu-kayu dan daun-daun kering

 

Ceramah Perdana Aidiladha 2013

Eksplorasi Gunung Jerai: Jejak Alam

assalamualaikum..
Tarikh kejadian   :  29 Ogos 2013 (Khamis)
Tempat kejadian :  Gunung Jerai, Yan