13 March 2012

begini cerita dia..

kami punya expectation dinner di Hotel Permai adalah sama macam dinner di hotel2 lain yang pernah kami stay.. tapi nampak mcm meleset.. sudahnya hanya nasik putih + ayam goreng ja menjadi makanan malam.. Alhamdulillah


rentetan itu..dengan rasa keciwa che mohd nor ajak makan kepok lekor.. "teringin" ujar beliau.. kami pun menapak dengan penuh waspada.. aku dekat 5,6 kali dok tanya dia "takpa ka jalan jauh2 nie..satgi kena gout susah.."

"tak pa.." jawab beliau dengan tenang..


lalu dengan pasrah kami meredah jalan2 di Batu Buruk sambil melihat papan tanda di pinggir laluan pejalan kaki..

last2..kami lalu dekat medan selera..ada nampak cucuk2 tapi semua fish ball, crab ball, bola2 api semua..nak lepas teringin, che mohd nor pun order 4cucuk..

muka beliau sedih..

tak tahan dengan keadaan itu, aku tanya budak yang hantaq ayaq "dik, kepok lekor takdak ka??.."

"ada bang..nak makan berapa??"

wah..muka che mohd nor nampak ceria serupa kanak2 comel makan lolipop!




"bagi dua ringgit.." aku memesan dengan yakin! (padahal perut dah nak terburai)

akhirnya keinginan beliau dapat dilampiaskan..dan beliau berjalan pulang dengan ceria.

sekian.

Persidangan Kebangsaan Pentadbiran Organisasi | Hari 1

Alhamdulillah..so far segala planning berjalan lancar..dari mula check-in kat Kepala Batas, transit kat KLIA sampailah depart ke K.Terengganu semua agak sempurna..


cuma hujan masa flight ke K.Terengganu agak mendebarkan..selama nie bukan tak pernah naik flight masa hujan cuma tak seteruk ini rasanya..kapal terbang bergegar mcm bumblebee aku naik bumper jalan atau terjun lopak..sayap/kepak ketaq2 macam kena parkinson..masa tu doa je la..moga selamat semua

terfikir jugak.."betapa mahalnya nyawa manusia bila di bawah sana (tanah) berbanding di atas awan..kalau terhempas mau hancuss..nauzubillah"


terfikir lagi "manusia rakus buat bangunan, rumah mewah2 tapi kat atas (awan) nie nampak sejemput dan makin tinggi makin tak nampak apa2..benarlah Allah kata yang dunia nie tak lebih nilainya dari sehelai sayap nyamuk.."

bila touch down..teksi semua agak mudah nak dapat..peramah..nama brader tu Latif..sesuai jugak untuk jadi pemandu pelancong..ramah dan pandai amik hati..

bila dah check-in bilik, semua ok..cuma karpet rasa lembab..maybe penghuni sebelum nie mandi tepi katil kot :p

malam nie ada disediakan makan..cuma short time..7.00 - 8.30 malam..bolehlah..makan free tengah2 bulan nie :)

12 March 2012

last menet!

sebelum p Terengganu, sempat siapkan satu lagi design untuk 5s..harap2 bila dah banyak option nie ada la hat depa berkenan..sakit otak dah nie!