22 July 2012

ramadhan kareem!

assalamualaikum. alhamdulillah hari pertama ramadhan berlalu sudah. walaupun berpuasa, lapar dan dahaga, aku tetap meneruskan aktiviti rutin aku kebelakangan nie - mengecat! gambaq dah amik tapi tak senonoh serupa hapantah! haha malu pada diri sendiri..

memang mencabar la mengecat tatkala perut berkeroncong untuk ana..fuhh mujurla mampu mengontrol tahap kegelojohan masa berbuka..

apa pun, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua muslimin dan muslimat! semoga ramadhan tahun ini memberikan seribu satu rahmat untuk kita dan diampunkan segala dosa2 kita yang lalu..dan semoga kita melangkah keluaq dari pintu ramadhan dalam keadaan mendapat keampunan Allah Yang Maha Penyayang.


oh ya..esok ada kawan-kawan yang akan mendapat sijil sah jawatan - tahniah untuk depa semua..moga terus berjaya dalam kerjaya di dunia dan akhirat

untuk yang terpaksa menghadap Pendaftar, semoga tabah dan sabar..I believe all of u have ur own reason and I also believe the Registrar also got his own reason..so jangan give up..teruskan kehidupan macam biasa..insyaAllah masa kawan-kawan semua akan sampai jugak! same goes to me..insyaAllahhh..insyaAllah u'll find ur wayyyy...

16 July 2012

syok beda depa :)

assalamualaikum. masuk opis lepas lunch tadi, niza mai jumpa aku..tunjuk surat jemputan ke majlis penyampaian sijil sah jawatan..alhamdulillah..tumpang syok beda depa..

pasaipa depa? sebab masa aku masuk 3tahun dulu, kami masuk berenam..aku, niza, eija, kak su, helmi salam dan hadi nunuih..bezanya aku sorang ja staf kontrak ..setahun jugak kerja kontrak sebelum dapat tetap..

so aku expect, depa berlima semua sah jawatan dan akan p majlis tu beramai-ramai..mesti meriah!

at least, dah boleh tarik nafas lega sebab anything happened, depa dah sah dalam jawatan..tak lambat lagi boleh bawak keluaq EPF ribu riban..pastu dalam payslip pun makin banyak gaji sebab EPF dah tak potong..

so harap-harap kawan-kawan aku ni akan terus maju dan berjaya..hat mana-mana baru tulis kat blog kata rasa kurang bermotivasi mai gheja tu, harap-harap pasni makin awai sampai opis..makin rajin buat kerja..haha

so..tinggallah aku sorang-sorang..1 more year to go..tu pun kalau orang nak bagi sah la..

pastu tahun nie gak ramai kekawan beli rumah baru..loan Deq Qienz dengan As Gadisworld dah lulus..dan rasanya ramai lagi akan share happiness lepas nie..congrats for them too :)

12 July 2012

pahit manis kehidupan :)

assalamualaikum. rasanya sepanjang kerja, tahun nie la aku apply cuti paling kerap. memang ramai yang perasan..ikutkan, baru habis separuh perjalanan 2012, cuti pun tinggal ciput..especially lepas apply utk wedding bulan sebelas nih! hoh..adakah aku kawen lagi? atau bapakku yang kawen lagi?

memang apa yang jadi tahun nie banyak yang unexpected..banyak urusan yang menguji kesabaran, kebolehan menyusun jadual dan mengadjust setting palotak agar tidak biol sebelum masanya..haha

ujian-ujian yang mai menjengah boleh tahan hebatnya..cuma alhamdulillah, aku masih percaya yang Allah datangkan ujian sesuai dengan kemampuan..dan aku juga percaya Allah turunkan ujian beserta jalan penyelesaian..

it is proven! apa yang aku tengok, kalau kita sabar, dan tak sesekali lupakan Allah, insyaAllah yang pahit akan manis akhirnya..alaaa macam lagu ukays tu..

benda-benda yang aku rasa dah tak ble nak handle, akhirnya satu satu dapat diselesaikan..pening memang pening..sesak jiwa raga Allah yang tau cuma bila benda-benda cenggitu dapat disetelkan, maka satu nikmat yang tiada tolok bandingnya dapat dirasa..feel dia memang lain beb!

dan bila ditengok balik 10 azam atau personal target aku this year, dah separuh jugak terlaksana..Alhamdulillah

cuma, bagi aku, kesusahan atau kesenangan, semua itu ujian..malah diuji dengan kesenangan dan kenikmatan lebih bahaya berbanding dengan kesusahan..sebab manusia selalunya ingat Allah masa susah je kan? jarang la kita syok-syok enjoy..cuti-cuti malaysia tapi dalam hati asyik teringat Allah..kalau ada pun bukan aku la..sebab iman aku senipis kulit bawang..masyaAllah..

seronok bila kenang-kenang balik cabaran dan hasil yang dapat dituai..cuma apa yang kena buat la ni, kena listkan balik hutang piutang yang berjebah tu, kena manage balik financial yang kian kritikal..kena pikiaq2 plan untuk setelkan at least 20% bebanan tu dalam masa setahun dua nie..

dah la tak dak side income, harap nak rolling duit memang jenuh rolling la.. pasai tu la sekali sekala dengan aku sekali tergulung..terguling..terbelit..haha so far, lepas 4tahun balik kedah, tak nampak lagi jalan untuk buat cemana yang dah buat di shah alam dulu..

rindu pulak life di shah alam..tapi kat shah alam, aku takdak phea utk bawak jalan-jalan :)