02 December 2012

jack!

assalamualaikum..

alhamdulillah..semalam malaysia menang lagi..as usual, phea tetap menemani aku tgk tv..kali ni mama dia pun ada sekali..dah tak p tidoq awai dah (mungkin dia baca entry sebelum nie kot..hehe..)

phea memang excited..since jumaat masa aku p gheja, mama dia telefon bagitau phea asyik mention nama mat yo..tapi sebutnya mayo..suka betoi dia nama mayo..

malam tadi..sesi berkenalan nama player malaysia pun bermula..mula-mula aku layan lagi..tapi bila dah melarat sampai player Indon, aku nak hangin la jugak pasai bukan aku kenai semua pun..tapi phea dok desak jugak..haha lagipun phea nak aku sebut nama player sambil tengok dia..haha aku nak layan bola cemana..

masa mahali score gol ke-2 tu pun, aku sorak sambil peluk phea..pastu aku lambung-lambung dia..tapi yang tensennya, lepaih tu dia kira nak suruh aku lambung dia lagi..dah la berat ke main..aku plak nak sambung layan bola..tekanan betoi..mujoq la syaiton tak dapat hasut aku..ikut tu rasa macam nak lambung sampai siling pun ada..haha

apa pun, phea tidoq sebelum abih game..bosan abah tak layan dia gamaknya..tapi dia dah ada player feveret baru - JACK!


ya..wan zack haikal..

29 November 2012

sapiq, sapie dan mayo

assalamualaikum..

semalam kami anak beranak dok depan tv..tengok malaysia lawan laos..hidup mati kena menang..kalau nak try maintain piala la..
 
phea dah sebok tanya pasai nama pemain..tapi dari mula first game aritu sampai la malam tadi player/team feveret phea adalah kaler hijau iaitu pengadil..tanya la team mana lawan pun, dia tetap kata "tim adik kaler ijau.."

jadik, ceritanya semalam dia dah kenal few players:

abah: phea, hat nomot sepuluh tu nama dia sapie..

phea: oo sapie (sebut: sa pi e)
       : hat sembilan abah?

abah : oo..itu mat yo

phea : ha ha ha..mayo (sebut: ma yo)

pastu nak runtuh bumbung rumah masa safiq rahim score free kick..

abah: adik, hat baru sepak masuk gol tu nama dia safiq

phea: oo sapiq (sebut: sa pig)

apa pun, terima kasih sayang sebab teman abah tengok bola sampai abis..sian anak abah sampai tersengguk-sengguk kat sofa.. mama dia koi 9 lebih dah p berhibernasi..


Alhamdulillah, menang jugak 4-1..harap perform better jumpa Indonesia nanti..go sapiq go!

27 November 2012

suka rela (wan) ke gaza

assalamualaikum..

kelmarin masa lunch dengan kawan, ada sembang pasai member dia yang akan berangkat ke Gaza laki bini dan tinggai anak depa yang berumur 4 tahun di sini..

berapa lama p tak tau lagi..tapi aku teruja sebab memang dah lama teringin nak jadi sukarelawan ke Gaza..nak pijak sendiri tanah Palestine, nak tengok sendiri keadaan di sana..

even..aku dah daftar untuk jadi sukarelawan ke sana..sanggup dipanggil bila-bila masa..masa tengok rombongan Flotilla ke Gaza, MV Marmara yang kena serang dengan Israel laknatullah, kapal Rachel Corrie dan Spirit of Rachel Corrie, memang aku harap dapat join..

la ni dah nampak ada jalan..cemana nak capai impian nie..cuma masalahnya, klau nak jadi sukarelawan ke Palestine, kena bayaq rm7500..untuk apa tu tak pasti..tapi terbantut la hajat tu..buat sementara waktu..ada sapa-sapa nak sponsor?? haha 


Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95