30 October 2011

buddies

semalam..belek2 henpon..tertengok notes dalam organizer..hutang kawan2 pinjam duit dah cecah belasan ribu ringgit..tak nampak tanda2 nak bayar ---> agak sedih dengan keadaan ini..

fikir2 balik..renung2 balik..terkenang saat bersama "kawan2" itu ..bergelak..tersengih2..dan seiring dengan masa, keakraban menghilangkan rasa malu..lalu "kawan2" itu menggunakan lesen "kawan" untuk pinjam duit..sedikit2..hutang ditapuk2..

 ya..hutang..bukan hadiah..bukan cincai2 kira..sebab aku pun bukan golongan petik ibu jari kaki terus duit keluar dari poket..kekadang aku sendiri pekin2..untuk share duit dengan member2..supaya susahnya dapat diringankan..

kini.."kawan2" itu telah lama mendiamkan diri..bukan saja aku kehilangan duit ringgit..tapi aku juga kehilangan kawan2 ---> agak sedih di situ..

tipulah kalau aku tak harap duit belasan ribu ringgit tu dapat balik..tapi itu dulu..

sekarang aku cuba memujuk hati..mungkin itu bukan rezeki aku..

cuma..semoga aku mendapat kawan2 aku kembali..

24 October 2011

.: uhuk uhuk :.

dear my 2nd big boss yang disayangi..

saya agak kecewa melihat riak anda pagi ini..

saya tak sehat..saya batuk..siap batuk darah lagi boss..dan suara saya mcm piring hitam bercalar..kejap ada bunyi, kejap talak bunyi..

tapi..

boss yang dah besar mcm tak kesah..dengan muka manis penuh senyuman boss suruh saya standby untuk pelawat2 negara jiran yang nak bertandang petang ini..

boss..

cemana saya nak brief pasal department klau suara saya macam ini??

cemana saya nak cakap klau cakap 5patah batuk saya berpatah2??

kekadang saya rasa saya terlalu memikirkan hal orang..

ikut saya..saya nak continue MC arini dan dok umah sambil makan eskerim wall's selection perisa seteroberi..

atau saya boleh eksesais cuti ganti saya yang agak banyak..

mungkin saya juga boleh ambil cuti tahunan saya dan cuti sampai raya hindu!

tapi..

saya selalu fikir..

cemana opis & keja2 opis yang banyak..

cemana nak brief & discuss dengan boss hal2 berbangkit..

tapi itu lah..

bila terlalu menjaga hati orang lain, kita terlupa menjaga hati sendiri ..kan boss??

oh yaa..

saya terlupa..boss selalu cakap "dia dah nak balik tak lambat lagi..lega rasanya.."

berkali2 boss ulang cakap benda yang sama..seolah saya nie tak cukup membantu boss selama 3bulan ini..seolah2 projek2 besar yang saya selesaikan tak cukup sempurna di mata boss (walaupun ada sesetengahnya siap jauh lebih awal dari deadline..)

mungkin sebab itu saya ada @ takdak dalam opis sama saja..kan boss?? it's ok..tak hingin saya merajuk..saya faham kapasiti & kebolehan saya boss..hehe

err..esok mungkin saya ambil cuti ganti saya..biar la apa nak jadi pun..boleh gitu??

 mungkin begini lah perasaan si kuda.."aku dah tak larat, hangpa dok tibai belakang aku suruh lari jugakk..brrr"

nota: balik nak beli mucoprom..kasik telan satu botol satu kali..kasi baek teruss..haha

20 October 2011

syukran..

Syukran Ya Khaliq kerana Kau Maha Pencipta menjadikan berjuta jenis makhluk tetapi Kau mengangkat darjat manusia bernama Adam, dan aku lahir sebagai keturunannya..

Syukran Ya Aliim kerana Kau Maha Mengetahui umat Nabi Muhammad itu sebaik-baik umat, lalu Kau izinkan aku berada di kalangannya..

Syukran Ya Hakiim kerana Kau Maha Bijaksana memberi kuasa kepada lelaki sebagai pemimpin, lalu aku dilahirkan sejantinanya..

Syukran Ya Muhaimin kerana Kau Maha Memelihara dan meredhai Islam sebagai agama yang benar, dan aku dilahirkan dalam keadaan memeluk agama yang benar..
"..Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.." [Surah Ibrahim: Ayat 7]