assalamualaikum. alhamdulillah rasanya ramai yang dah dengaq pengumuman PM berkenaan bonus 1/2 bulan gaji atau minimum rm500 kepada penjawat awam..orang pencen pun dapat rm500..
pada yang tak suka pada kerajaan sekarang, akan keluarlah ayat-ayat "gula-gula pilihanraya" dan sewaktu dengannya
pada yang menerima kerajaan memerintah sekarang dengan baik, mereka pastinya gembira..sekurang2nya lepas sudah belanja baju raya anak sorang sepasang..silap2 dengan bajet duit raya sekali..
tak kisahlah kita di pihak mana pun, menyokong atau membangkang, kita wajib yakin bahawa setiap yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T! maka pada pandangan aku, bonus nie walaupun datangnya dari PM & kerajaan Barisan Nasional tapi yang menggerakkan hati mereka adalah Allah Pemilik Jiwa Seluruh Alam..
jadi, jom kita raikan pemberian bonus itu dengan bersyukur padaNya..atas limpahan kurnia dan rahmat yang tidak pernah putus..walaupun kita bukanlah seorang hamba yang taat, baik dan terpuji akhlak, DIA terus memberi dan memberi..benarlah sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang!
belanjalah duit bonus tu sebaik2nya..jangan dibazirkan pada yang tak perlu macam membeli mercun dan bunga apa (yang sejak dulu aku nampak macam membakar duit sendiri)..lagipun kalau putus tangan tak berbaloi plak mak jemah oooi!!!!
bershopping raya itu boleh malah digalakkan kita memakai baju baru, bersih dan wangi di pagi 1 Syawal..sebab Allah itu indah dan Dia suka pada keindahan..cuma berpada-padalah..jangan leka bershopping sampai membazir..beli 4,5pasang baju..last2 tergantung dalam almari..
ada eloknya kita gunakan kesempatan yang ada, tatkala bulan Ramadhan menjanjikan pahala berlipat kali ganda dengan menginfakkan sedikit bonus itu pada golongan fakir dan miskin..rasanya di Malaysia & di Kedah khususnya banyak lagi 'ruang' dan 'peluang' untuk kita mencari orang-orang sebegini..kalau tak dapat bagi separuh dari bonus kita, 1/10 pun jadilah :)

