30 June 2013

Skuad Tinjau!

Assalamualaikum 

Hari khamis aritu, bersamaan dengan 27 Julai 2013, aku dan empat orang renjer hutan jadian telah membuat keputusan untuk membuat tinjauan trek untuk aktiviti Eksplorasi Nur D' Lembah Sintok a.k.a Jalan-Jalan Masuk Hutan

Antara yang diharapkan oleh bakal peserta adalah:
1. Tak mau ada pacat (ada ka hutan yang tak dak pacat??..haha) - tapi yang ni possibility nak jumpa dah reduce to 50%
2. Tak mau trek ala komando hutan punya training ground - hat ni setel sebab trek ni kereta pun ble masuk

Jadi..Alhamdulillah..dah jumpa trek yang sesuai..dan ada aktiviti menarik dirancangkan di 'tengah-tengah' hutan..kebetulan 'main point' adalah selepas sempadan hutan simpan uum..

gambaq trek yang bakal dilalui..bersih, suci dan murni..huhu
gambaq sekeping ja..tak ble boh hat lain..pecah rahsia nanti

Apa pun, doa-doakanlah semoga cuaca cantik pada hari khamis ni..maka dapatlah semua ahli BAKAL meredakan stress dan bergumbira dalam hutan..aminnn

26 June 2013

Makanan Seminggu | 18-26.06.2013

Assalamualaikum

Saja nak share, rezeki dalam seminggu ni..macam-macam benda yang perut nak kena proses..sori incik perut..lagi 14 hari dikau rehat la ye..tapi siang saja la..malam kena keja overtime..haha

menu 18.06.2013
roti dhol, pantai johor


menu 20.06.2013
sambal sotong, naim gulai semilang, yan

menu 21.06.2013
char koeytiow pinggan besar, kg. hilir kepala batas


menu 24.06.2013
laicikang & laksa telur sebiji, changlun

menu 25.06.2013
daging masak merah, MISC UUM

menu 26.06.2013
sarapan nasi goreng, cabai hiris & fillet ketam, Lego UUM

Alhamdulillah..Malaysia ni bumi bertuah..aman damai..rakyat kalau mati pun pasai makanan ja..cintailah Malaysia..Moga Allah terus merahmati hidup kita semua :)

Nakal Itu Bijak..??

Assalamualaikum wbt

Orang-orang tua ada pesan..kalau budak buaih (nakal kata orang kulumpo) tandanya bijak..jadi jangan marah..

Jom kita kaji progress sofea :)

1) 28.05.2013 : phea tunjuk lukisan pertama dia..tajuk lukisan 'saya dan abah'

OK jangan tanya mana satu 'saya' dan mana satu 'abah'

2) 09.06.2013 : budak itu mula tunjuk 'akal'..

mangsanya?? sindri mau tengok :)

3) 11.06.2013 : chegu bagi result mid-term..alhamdulillah 

budak nakal bikin ku tersenyum :)

4) 16.06.2013 : first time dapat kad hari bapa..tulisan phea

TQ my love :)

Moga-moga phea membesar menjadi muslimah sejati yang mampu membawa ibu bapa ke jannah..aminn :)