Showing posts with label sofea. Show all posts
Showing posts with label sofea. Show all posts

04 July 2011

rambutan..

semalam..tekanan darah tengah tinggi. tengok harimau malaya kena attack.

"..abah..nak rambutan.."

terus salin seluaq. pakai tshirt. start keta. p pasar malam. beli moktan 2 kilo. balik umah

kupas..buang bijik & kulit bijik yang melekat kat isi moktan.

bagi kat phea. dia makan bersungguh-sungguh. hiba.


16 April 2011

aku, phea & bumblebee..

aku ngan phea baru balik dari antaq mamanya..

"abah..jom p la la pooh.."

"panas nie..balik umah dulu la..phea minum susu..pastu tidoq..petang nie kita p la la pooh.."

phea sambil sebek.."jom p la la pooh.."

"..ok!.." malas aku nak bertekak..ikut ja..

"abah..pakai kasut phea cat (sat).."

masa tu kami tengah spa-Q kat traffic light..depan aku ada keta viva kaler ijau..dan lampu pun dah ijau..keta jalan pelan2..

"abah..tak machook.." sambil phea tunjuk kaki dia yang tak muat masuk selipar bubblegummies kaler putehnya itu

tengok keta semua dah jalan..aku pun tunduk sket masukkan jari dia celah selipar..

2 saat lepas tu..aku angkat muka

belakang viva hijau tu betul2 depan muka aku..

aku kena decide..dan decision aku kena betul..

aku pegang phea kuat2..takut terpelanting..

tangan kanan pegang stereng takut terbabas..

kaki kanan aku tekan pedal brek dalam-dalam..
.
.
dan
.
.
DUMMMMMMMM!!

nota tapak kaki: ini bukan mimpi..it happened just now..saturday 16th april 2011 11.15am

13 April 2011

phea dah besaq!! = ='

assalamualaikum..sedaq tak sedaq phea dah ada dalam dunia aku selama 2 tahun 12 hari..alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas pinjamanMu ini..walaupun kerenahnya sedikit sebanyak menguji kesabaran..tapi keletahnya juga mengurangkan tekanan..

phea dari dec 2009 ~ mac 2011


phea dan amani (sepupu) tengah amik upah menyabit dan merumput!!


phea bersama sepupu-sepupu dan seorang kanak-kanak tua yang girang!!

sekarang nie phea tengah melalui sindrom 'DUA'..tanya apa pun dua..phea umoq berapa?? "dua"..kawan phea kat taska berapa orang?? "dua"..makan nasik berapa kali?? "dua"..nak minum vitagen berapa?? "dua"..tinggai aku tak tanya; phea bagi abah menikah berapa??? ...dan kalian akan tahu jawapannya..hahaha

18 February 2010

kereta baru phea :0)

alang-alang aku ikut che art gie alor setar semalam..aku rembat sebijik keta model "sekolah-main" untuk phea..ada dual function..untuk baby yang baru nak berjalan..dan sebagai kenderaan pertama dia duduk dan main tolak-tolak..

dah macam Herbie: Fully Loaded plak..hehe


pastu klau nak berjalan..boleh bertukarrrr...

dah macam mesin potong rumput pun ada..harhar..semoga phea terhibur :0)

16 February 2010

ekonomi gawatttt..pecah tabungggg...

antara kesan kegawatan ekonomi adalah berkurangnya minat menabung..sila lihat contoh di bawah: 

***********************

"errr...mana babah...mana mama..line clear..tengok kiri..tengok kanan..orait..mulakan operasi..hehe" 
 
"brapa plak password nie..haduihhhh.."

"try adjust kat bawah plak..tak jumpa kunci!!"

 
"ulpsss..kantoi!!!"


"ehehe..percubaan menyenyumkan diri yang terkantoi"

co-phea-no-me-no-me :0)

* gambar nomot satu ngan nomot dua nie macam statik ja bijik mata ngan mulut phea..hehe macam "hang" kejap..pffff

* si phea nie pegang sikat macam pegang kayu nak belasah orang..hehe brutal brutal

08 February 2010

"phea..tido laaaa!!!"


hehe..agak2 korang la kan..pukul berapa aku amik gambar phea tersengih2 dengan mata bulat dia tue??? ya..pukul 3.30 pagi..diulangi..pukul 3.30 pagi..nie la anak babah yang rajin kejutkan babah sembahyang tahajud..hehe..tapi..abah dia bangun ke idak?? sila tanya mama sofea..

selalu mcm nie la dia..pastu bila tido balik punya la payah dia nak bangun masa kita nak antar dia gie nurseri..kejut cemana pun wat lek-luuu jer..hadoiii..

p/s: sori sekali lagi pasal kualiti gambar..resolusi yang amat teruk..tp takkan aku nak bangun amik kamera plak pagi2 buta tue..

02 February 2010

p.h.e.a @ her 10th month :0)


p/s: sori visual kurang memuaskan..kamera henpon yang murah + low lighting :0)

24 January 2010

phea..henpon & kereta beliau..


haha..kadang2 rasa macam nak berdosa pun ada dajalkan anak aku cenggini..tapi since dia pun buat tak pedulik ja so aku amik la gambar nie sebagai kenang2an..harhar..jadi cip mekanik plak dahhhh..


04 January 2010

Welcome 2010!!


Wow!! sedar tak sedar dah masuk tahun baru..ber+ umur..ber+ harta...ber+ anak..ber+ hutang..dan macam2 ++ lagi..semua makhluk di bumi nie dapat bahagian masing2 yang ditentukan oleh Allah S.W.T..aku juga tak terlepas oleh ujian dan dugaan..banyak yang aku belajar dalam tempoh 2tahun nie (2008 - 2009) exactly since aku quit dari UMW..



jatuh..tersungkur..pahit..getir semua aku dah rasa dalam tempoh 2tahun nie..mujurla dalam tempoh tue juga masih ada yang sayangkan aku..yang terus menyokong dan mendoakan aku..siapa orang itu biarlah antara aku dan Dia sahaja yang Maha Mengetahui..


aku seakan dikejutkan dari mimpi yang indah lepas aku keluar dari UMW (atas kerelaan aku sendiri)..keluar dari kepompong keselesaan alam korporat untuk bergelumang dengan alam baru yang menjanjikan realiti kehidupan..erti persahabatan..erti kasih dan sayang..


syukur..akhirnya beberapa hari sebelum berakhirnya tahun 2009..aku berjaya bangun semula..walau masih terpaksa dipapah, aku bertambah gagah..dan keyakinan aku kembali terbina..perlahan-lahan


hanya aku dan diriku yang mengetahui peritnya kehidupan yang aku tempuhi selepas keluar dari UMW..terlalu banyak ujian hinggakan satu ketika aku seakan menyesali keputusan meninggalkan A-Billion-Profit Company tue..tapi Allah masih menyayangi aku walaupun aku pernah "gagal" menjadi khalifah yang baik..Alhamdulillah terima kasih Tuhan


Kedatangan tahun 2010 nie juga seakan memberi peluang untuk aku bangun mencapai segala impian aku..kembali menyoroti jalan kejayaan masa depan yang pernah aku rancang dahulu..mungkin kalian tertanya2 apa yang cuba aku kongsikan..TIDAK!!! aku bukannya mahu berkongsi..aku sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati..


InsyaAllah ada beberapa plan yang aku rancangkan untuk dijayakan secara bersendirian, keluarga juga rakan-rakan..aktiviti untuk Sofea Heritage Enterprise (s.h.e) juga dirancang secermat mungkin..aku mahu syarikat kecil ini terus bertahan sekurang-kurangnya hingga anak aku - Azzalea Sofea cukup matang untuk mengerti jerih perih seorang abah mempersiapkan ekonomi masa depan anaknya..


Apa yang aku harapkan adalah sokongan dan doa yang tidak putus dari kawan-kawan sejati..juga dari isteri, anak, keluarga dan semestinya kedua ibu bapa aku..doakan aku ya!!!



01 December 2009

^_^ sophea_ku ^_^ bini_ku ^_^

emm..posting kali nie lebih kepada memenuhi permintaan beberapa sahabat yang nak tengok gambar sofea a.k.a sophea terbaru + gambar biniku yang jarang2 dipromosikan..selebihnya takde apa yang nak ditulis awal2 pagi nie..mood "bercuti straight 4hari" masih berlegar2 di dalam kapilari darahku..










09 November 2009

^_^ cuti yang tak cuti ^_^

hari sabtu aritu tetiba lak wife aku kena keja..so nak tak nak terpaksa la aku jadi pengasuh separuh masa..mujurla sofea tak banyak kerenah..masa balik antar mama dia ke JPN pun tido jer dlm keta..dan masa on the way nak gie amik pun tido jugak..cuma dia ligat nak main kat umah sampai tak ble nak tinggal langsung..last2 lepas 3botol susu aku sumbat dlm perut dia..then lepas tengkuk aku kena karate 4kali dengan dia..dia pun tido selama 15minit!! adusss..



29 September 2009

sofea 'n' friends

gambar lama sebenarnya..almost 3weeks pending..tapi just nak share jugak keletah sofea..for fun!!



27 September 2009

r@y@ @t KMC

hampeh tul aku rasa raya tahun nie..bukan sebab tak boleh beraya..tapi sebab sofea still demam..sampai ke pagi raya tue still panas badan dia..last2 dalam kul 9.30 pagi aku pecut bawak sofea gie KMC..sambil2 meredah jalan yang banyak keta tue, sempat gak la aku amik gambar "kenang-kenangan"...sampai ke saat nie sofea still demam..mak mertua aku kata "demam nak boleh akal"..memang nampak gak perbezaan dia..sofea sekarang nie lebih selektif..hanya abah & mama dia saja yang boleh mendukung dia..yang len bo layan!! penat gak bila jadi lagu tue tapi bila tengok sofea..emmm maybe dia betul2 nak bermanja dengan abah dia kot..harap2 sofea cepat la sembuhnya..rasanya selain "demam nak boleh akal" tue, sofea juga maybe demam sebab nak merangkak + tumbuh gigi..sebab nampak mcm ada putih2 kat gusi dia tu..lagipun dia selalu nak masukkan apa je barang yang dia pegang ke dalam mulut dia..klau aku bagi berus sabut pun mesti masuk dalam mulut punya..hehe..korang doa2kan la si kecik nie cepat sembut yer..tak best betul bila dia tak ngusik aku..ilang separuh nikmat dunia..



eskimo gurlzzz

hehe..sian pun ada..lawak pun ada nengok sofea dah jadi mcm eskimo girl nie..mcm diceritakan masa posting artikel terdahulu..balik jer dari tanjung malim sofea dah mula panas badan..rindu kena tinggal dengan abah dia kot..alih2 ja mlm tu demam..so salah satu cara yang aku buat ialah "jelum" kepala dia dengan towel..tapi tak saangka plak jadi mcm topi eskimo..sian sofea..suhu sampai 39darjah..tinggi tu..in fact terlalu tinggi untuk baby..adus..memang hilang terus la mood nak beraya..esoknya hari sabtu sofea still demam..mujurla dia berselera lagi nak menyusu..kalo tak memang susut la badan dia tue..nie few pics yang sempat diambil untuk sama2 kita berdoa supaya tuan puteri kecik nie cepat2 sembuh..sian anak abah..huhu





29 August 2009

pitching lari daa...

sofea (versi muslimah)

hehe..lawak pun ada nengok muka anak aku nie..sempena ramadhan nie, aku saja la meng"aurat"kan anak aku nie dengan kain selimut dia...hehe dah mcm katun dah aku tengok dia..mcm perempuan afghanistan pun ada..mcm2 ada..
semoga sofea mendapat nur dari ramadhan al mubarak yang penuh kemuliaan nie..amin