23 January 2012

PBU | AHC

awal2 tahun ramai dah dok pulun pilih kursus demi menghimpun markah Penilaian Berterusan Universiti (PBU) supaya markah prestasi di hujung tahun mendapat taraf "cemerlang"..boleh la dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)! 

Allah s.w.t juga menganjurkan "kursus" dalam bentuk ujian dan dugaan, samada dalam bentuk kesenangan juga kesusahan..semoga kita lebih istiqamah menghadirkan diri dalam setiap "kursus" Allah agar kita menghadapNya dalam keadaan markah Penilaian Berterusan Umat (PBU) Nabi Muhammad s.a.w yang tinggi..barulah layak diberi Anugerah Hamba Cemerlang dan penginapan kekal dalam syurga Allah s.w.t..

wallahua'lam

18 January 2012

down to earth!

adakah down to earth bermaksud 
merendah diri 
atau 
diri direndahkan serendah-rendahnya hingga tiada nilai?

17 January 2012

roti canai

Hidup kita umpama tepung..hancur dan polos! Allah memberikan ujian semata2 untuk 'menguli', 'mencanai' dan 'memasak' kita supaya dapat menjadi roti canai yang sedap..yang disukai dan diingati makhluk2 yang lain..demi Zat Allah Yang Maha Penyayang, Dia berikan 'perisa' tambahan yang berbeza bagi setiap insan. Ada yang dijadikan roti canai 'telur' 'sardin' 'pisang' 'bawang' dan ada juga kekal jadi roti canai kosong! Wallahua'lam


belum habis kisah 'prestasi' semalam..muncul pulak 'benda' yang baru..these 2 days really tough! Subhanallah :)

16 January 2012

Prestasi!

Laporan prestasi dah keluaq..Alhamdulillah, walaupun tak dapat macam yang diharapkan untuk bantu dalam pengesahan jawatan, tapi result mcm tu dah 'expected'..mujoq tak letak harapan tinggi dan berpijak di bumi nyata :)

Rayuan? Re-consider? tak kot..saya bukan jenis itu..

Just hoping that all my subordinates get better than mine!

01 January 2012

4/8

Assalamualaikum & salam tahun baru 2012!

Wahh..lamanya tak tulis..bulan doblas nie betul2 menguji mental & fizikal serta tahap kejituan iman..mcm2 benda yang tak expect tiba2 jadi..maka hidup pun menjadi tunggang langgang tungging buyong = ='

apa taknya..tengah kalut nak terima visit dari 5s unimap, time tu lah jugak nak prepare untuk hari kualiti..time tu jugaklah sebok2 nak miting galeri tun dr mahathir..time tu la kenduri banyak gila babun..rejeki rejeki..

yang paling tak expect adalah "percutian" selama 4hari di melaka..ya saya berjaya membawa phea & mama beliau ke melaka..sambil2 attend workshop MOLEC sambil2 meletihkan diri dan menipiskan wallet..

balik melaka demam labi2..menderita sakit migrain tahap hyper = =' siap masuk wad kecemasan tu..fuhh..mmg agak terkesima dengan keadaan itu..apa pun, sakit itu mengajar aku supaya lebih mensyukuri saat2 dikurniakan kesihatan..terus terngiang2 lagu "ingatt lima perkaraaa..sebelum lima perkaraa.."

pas baik dari demam..relaks sat dalam 2,3hari..then "pass baton" pada phea pulak..hehe kesian dia..naik seroh badan..pastu phea bergandingan dengan mama dia plak..sama2 pakat demam bulan doblas..

rumusan azam: 4 dari 8 azam berjaya dilaksanakan..3 lagi tertangguh atas sebab teknikal..kira lulus la walaupun cukup2 makan..

so..untuk 2012 nie, selain 4azam tertangguh..ada 4 lagi azam tambahan..so tetap 8 benda jugak..kira mcm NKRA gomen la..wish me luck :)