29 August 2009

pitching lari daa...

video

sofea (versi muslimah)

hehe..lawak pun ada nengok muka anak aku nie..sempena ramadhan nie, aku saja la meng"aurat"kan anak aku nie dengan kain selimut dia...hehe dah mcm katun dah aku tengok dia..mcm perempuan afghanistan pun ada..mcm2 ada..
semoga sofea mendapat nur dari ramadhan al mubarak yang penuh kemuliaan nie..amin

25 August 2009

~farewell en. abu hassan~

salam ramadhan..actually this article ble dikatakan agak outdated since the event takes place last 3weeks..sedar tak sedar dah almost 1 month aku jadi staf UUM..ish ish..semua nie jadi masa nak meraikan farewell untuk en abu hassan, bekas ketua jabatan automasi, perpustakaan sultanah bahiyah UUM nie..yg telah dilantik memangku serta bakal ketua pustakawan universiti malaysia terengganu..

actually nie first time aku berjumpa dengan en. abu walaupun aku dah mula menumpang bilik dia since first day aku report for duty..(berapa banyak first daaa)..apa pun pada pandangan aku en. abu nie memang seorang boss yang baik, mudah mesra dan disayangi oleh staff2 library..untuk en. abu tahniah atas perlantikan dan semoga terus dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat..

staf library yg jumlahnya mencecah 110orang dengan kemasukan hero2 dan heroin2 baru!!..


tu dia..tangan tak lepas kertas tu..last minute punya assignment kena menyanyi nasyid daa!!

hehe..nie la muka2 baru yg join pada hari yang sama @ lebih kurang dengan aku..masing2 muka pasrah menerima "hukuman" menyanyi di khalayak ramai..adusss

haha..siap nangis lagi cik ann dengan kak syam dengar kesayuan suara kitorang nie..mesti pasni serik punya nak suruh kami menyanyi..nasyid plak tu..

en abu hassan (baju biru) menerima hadiah dari en salleh hudin, timbalan ketua pustakawan merangkap bakal KP bulan Oktober nie..

kelegaan setelah selesai "hukuman"..sementara menanti acara makan2 sampai kenyang!!

so rasanya itu aktiviti pertama aku di UUM nie..masih banyak perkara yang bakal berlaku di masa depan mengikut jangkaan aku..hehe seram sejuk aku..

23 August 2009

MMBAS Episode 8: Cucur Udang Ramadhan

Yo..yo!! Rasanya dah agak lama MMBAS tak bersiaran..sepatutnya scheduled once a week tapi since beberapa perubahan hidup yang tak dapat dielakkan, so after 3weeks on hold, akhirnya dipersembahkan resepi terbaru ilham dari berbuka puasa kelmarin ~ Cucur Udang Ramadhan!! Simple & cukup2 untuk meng"comfort"kan perut untuk solat terawikh..

Bahan-bahannya:
  • 500 gram tepung gandum

  • 20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)

  • 1 mangkuk kecil tauge

  • 1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)

  • 1 biji telur

  • 1 biji cili merah (hiris halus)

  • 2 biji bawang merah (racik halus)

  • Garam secukup rasa

  • 1/2 sudu teh gula

  • Sedikit kunyit

  • Air secukupnya

  • Minyak utk menggoreng

Bahan untuk kuah kacang:

  • 2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)

  • 6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)

  • 1 biji bawang merah

  • 1 biji bawang putih

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Sedikit air asam jawa

  • Air secukupnya

Cara~cara penyediaan cucur pulak:
1. Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.

2.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

3.Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.

4. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan hidang dalam pinggan.

Cara~cara menyiapkan kuah kacang plak:
1. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.

2. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.

3. Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

s.e.l.a.m.a.t.b.e.r.p.u.a.s.a

assalamualaikum buat sahabat2 yang seagama denganku..sempena kedatangan bulan mulia ramadhan al-mubarak ini, saya dan seluruh keluarga saya mengucapkan selamat berpuasa dan semoga kedatangan bulan ini dapat merubah "pakaian" hidup kita ke arah yang lebih indah dan berseri-seri..salam takzim..

18 August 2009

memory lane: special edition

Hallo...haha lama gilos tak drop any article dalam blog nie..sori to kawan2..bukan niatku untuk melarikan diri..hehe..actually this consider trial posting sebab nak adjust configuration dengan system library..so bahan yang paling sesuai adalah picture from alice..what a truly effort!! thank you..


tak ble letak another 2 pictures coz the system still not stable..dah cuba nanti akan jadi slow running..tak pa maybe later..ok friends..take care and keep on touching!!! hehe..

01 August 2009

never say goodbye"~

semalam @ roti mum cafe simpang kuala telah diadakan majlis perpisahan (dan kesyukuran??..hehe) pada aku dan juga ms eng yg telah bertungkus lumus "mengeluarkan diri" dari dxn..hehe anyway TQ to all my DXNiens yang sanggup meredah kepanasan matahari untuk meraikan saat-saat touching dan feeling dalam tahun 2009 nie..honestly, di UMW aku hanya ada zul & few colleagues yang betul2 ikhlas berkawan dengan aku..tapi kat sini, almost 88% yang aku jumpa dan kenal betul2 appreciate aku as a friend..bukan sekadar cari aku masa susah dan lupakan aku di kala senang..i won't forget u all..insyaAllah..keep on touching..hehe


dedicated specially to all my DXNiens..farewell notes on 30th July 2009 (Thursday):

To all my dearest colleagues


As some of you may know, today is my last day as DXNiens..Tomorrow I will wake up in my new life, full of yet-to-be realised opportunities, and empty of your company... I will be in a strange limbo...but as life moves on, sooner or later, we all part ways...

You all have helped me through some difficult times, and shared the joyous times in yours. Some people judge their lives on what they do, others on who they are. I want my life judged on the friends I keep, and how enriched I am from just knowing you.

To see you all here in the office, the last time all together, is a picture I will treasure for a very long time. don't cry because it is over..smile because it happened..So...until the next time we gather, to all my very dear friends, farewell for now. My apology for all mistakes, foolest things and thanks for everything!!