25 September 2011

b.e.n.a.n.g

melihat diri sofea..hidup sofea..umpama melihat gelungan benang putih..yang belum diusik simbahan warna..yang belum berserabut urat pintalnya..

benang itu..sudah 2tahun 5bulan 27hari aku miliki..pinjaman Ar Rahman..sedikit2 benang itu aku kait untuk dijadikan selembar kain..kain yang aku harapkan sesofea namanya..kain yang menjadi pelindung dari sapaan bayu dingin..kain yang melindung biasan haba..

tatkala ku jahit..ada yang tidak kemas sisinya..ada yang tidak kuat jalinannya..semua kerana kedangkalan aku..kecetekan ilmu aku..benar..semua yang terjadi dan akan terjadi, aku yang perlu dipersalahkan..kerana kain itu tidak pernah meminta untuk dipintal..dan dijalin..

moga sofea terus terpelihara..walaupun bila aku sudah tiada..

dia tidak tahu apa yang menantinya di depan sana..

24 September 2011

dia punya pasai!

bagi yang faham nilai hidup..hidup yang tak pernah sepi dari cubaan dan dugaan adalah lebih baik dari hidup yang tak pernah teruji..

Saidina Ali RA sendiri menangis..dan bila ditanya, dia menjawab yang dia sedih kerana hidupnya pada hari itu belum teruji..dia takut Allah melupakannya.. ---> cerita ini untuk aku dan sahabat2 aku yang sedang diuji seperti cik terung dan cik mentimun = ='

  
at least dia masih ada di sisi

22 September 2011

cemuih!

sindrom cemuih kembali melanda diri! awaiting for so-called angin perubahan..

15 September 2011

KAKIes

serabut betoi kalau kena partner dengan orang yang tak amik tau pasai keja tapi last day before event sebok tepon tanya "dah siap belum.." "..dah tunjuk kat boss belum.." 

takkan benda sekecik susunan dalam fail pun nak tunjuk kat boss..design cover pun nak tunjuk kat boss..org dah form committee..dah diberi kepercayaan..buat je la..nak sebok2 membodek nak impress boss pehal!

sekumpulan dengan kaki bodek amat menensionkan!

06 September 2011

i am sakit!

semalam sakit palotak.

sakit sangat. 

dah lama tak sakit macam itu. 

nak tengok matahari pun tak boleh. 

rasa kepala macam nak pecah!

orang cakap..

sakit masa nak mati lebih kurang 60x sakit kulit disiat hidup-hidup..