31 July 2013

Selamat Hari Raya! [edisi tempat ghoje]


Selamat Hari Raya! [edisi BAKAL 13/15]


Ceramah Ramadhan Siri 3 & 4

Assalamualaikum..

Haa..lama kemain tak hapdet! Tiba-tiba tengok tajuk ada gabung 2 ceramah sekali..so paham-paham la ni..malaih melanda diriku..haha

OK la..aritu ceramah Siri 3 Ustaz Hafiz mendapat sambutan yang hangat jugak..tapi Alhamdulillah kali nie dari segi penyediaan tempat lebih baik dan bersedia maka audience pun dapat bersantai dengan lebih selesa..dan hari ni adalah siri terakhir..sebab minggu depan dah nak raya..Siri 4 Ceramah Ramadhan ni bertajuk 'Andai Ini Ramadhan Terakhir..' syahdu ja bunyinya..

Jumlah penonton: 290 orang ++

Jumlah penonton: 302 orang ++

21 July 2013

Ceramah Ramadhan Siri 2

assalamualaikum..

nie posting yang dah expired..but don't worry..in sha Allah tak sakit perut punya!..in fact, ceramah ustaz hafiz siri ke-2 ni memang ohsem dan mabeles..syukur kerana Allah memudahkan perjalanan program ilmu sebegini dan menggerakkan hati mereka-mereka untuk hadir! kali nie jumlah yang mendaftar adalah seramai 330orang++..memang kalau filem tu dah tahap pecah panggung..2x ganda kapisiti auditorium baru.. 

ustaz hafiz pun makin selesa berceloteh..dah pandai cakap ikut dan..hehe..


07 July 2013

Ceramah Ramadhan Siri 1

assalamualaikum..

hari khamis ni bersamaan 11 Julai 2013 (2 Ramadhan 1434H) akan berlangsungnya satu lagi ceramah anjuran Badan Kebajikan Dan Amal (BAKAL) Kakitangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah..

Ini merupakan siri 1 dari 4 siri yang dirancangkan untuk bulan yang mulia ini..semoga majlis dipermudahkan dan mendapat keberkatan dariNYA..amienn :)


Hapdet: audience untuk siri 1 nie memang mengujakan..walaupun dah ditukar ke auditorium baru yang lebih besar, senarai kehadiran menunjukkan jumlah pendengar sebanyak 250org++..and of course ada yang tulis nama dan balik..tapi auditorium tetap penuh sesak..alhamdulillah

04 July 2013

Finito!

Assalamualaikum

Alhamdulillah..akhirnya dua program yang dirancangkan BAKAL telah pun selesai.

Ceramah Pra Ramadhan oleh Ustaz Nizho, walaupun terpaksa ditukar venue di saat-saat akhir lantaran ada jabatan lain yang menggunakan auditorium baru umpama auditorium depa sendiri (panjang plak huraian aku..) mencatatkan jumlah pendengar yang membanggakan..angka yang tercatat di borang kehadiran adalah 136 orang..ada yang tak tulis nama pun ada..apa pun ceramah ustaz semalam mmg sedap..tak terasa satu jam setengah ceramah tu

dan hari ini..walaupun diuji dengan hujan renyai di awal pagi, tapi kawan-kawan datang juga memberikan sokongan..jumlah yang dapat dikira adalah 56 orang termasuk Ustaz Nizho (lagi?..) dan hajat untuk buat kenduri pulut durian di tengah hutan telah terlaksana..alhamdulillah

baca doa sebelum masuk hutan :)

 
 kawasan sekitar 'hutan' durian

bergambar di pokok durian berusia 280 tahun (mak long tu la yang kata..)
baru rebah dipanah petir..Allahuakbar! 

vangey-vangey bersama Ustaz Nizho

02 July 2013

ESOK: Ceramah Pra Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Esok akan berlangsungnya Ceramah Pra Ramadhan oleh Al Fadhil Ustaz Nizho, ceramah kedua di bawah kelolaan Biro Kerohanian & Pendidikan.

Harapan aku agar ceramah ini mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada tetamu yang hadir.. sesungguhnya kita hanya merancang, namun segalanya diputuskan Allah Maha Berkuasa..wallahua'lam

IKLAN!

Khamis nie kami plan nak masuk hutan..aktiviti jalan-jalan secara santai sambil menikmati sumber alam ciptaan Tuhan..moga-moga Allah mengizinkan cuaca menjadi cantik dan sesuai untuk aktiviti itu..amiin