15 July 2009

MMBAS Episode 5: HomeMade Ice Cream

Abisla Walls..abisla Magnolia..abisla Mat Kool..MMBAS kali nie nak share top secret recipe khusus untuk visitor-visitor setia blog abahsofea nie..let us see how to make our own ice cream!!!


Bahan-bahan (cukup simple)

1 kotak Coffemate

1 kotak besar susu UHT Dutch Lady (klau nak ice cream strawberry, beli la susu strawberry..jangan beli susu coklat lak)

Cara Penyediaan (simple gak!!)

1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.

2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku. (agak2 dalam 2jam dalam freezer)

3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.

4) Sejukkan sehingga beku.

Siap utk dihidangkan!!!


Cadangan Hidangan

Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk di atasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.

4 comments:

PIJA a.k.a pijot said...

huih menarik giler...akan dicuba...and nk tgk kesahihan dia...menjadi ke tak...syidi dh try ka?

abahsofea said...

insyaAllah jadi..cuba la..baca bismillah banyak2..hehe

PIJA a.k.a pijot said...

1 kotak coffeemate tu besaq mana? brp gram punya? kang salah lak

abahsofea said...

wowo..kak pijot betul2 berminat nak cuba resepi nie..akak agak2 dalam 150gram ja..coffeemate nie gunanya nak bagi pekat mixture tu + menaikkan rasa lemak dalam susu..cuba jangan tak cuba..klau sedap ble bawak mai opis..jual eskerim..