22 July 2009

MMBAS Episode 6: Kentang Putar a.k.a Whipped Potato

Wowo..betul2 bakal bersaing dengan francais2 western lepas nie..selepas kejayaan resepi Ice Cream yang menyebabkan profit Walls, Magnolia dan Mat Kool merudum (hehe..kononnya)..arini MMBAS akan memperkenalkan saingan kepada KFC's product ~ introducing Whipped Soft Potato!! Sure pasni kena "inspect" lagi dengan kak pijot akan kesahihan dan ke"proff"an resepi nie..

Bahan-bahan untuk kentang putar!!

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk (boleh beli yang dutch lady punya)
  • garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan kentang putar!!

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
Bahan-bahan untuk sos (gravy) kentang putar ( 3 - 4 orang )
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (boleh guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara menyediakan sos (gravy) kentang putar!!

  1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak jadi kental @ bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  6. *** rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  7. Pastu..apa lagi..makan la!!!!!!

2 comments:

PIJA a.k.a pijot said...

aik...akak pulak yg terkena
syidi dh try lum? jadik ke tak?..kena bwk kat kami for trial first, baru kami buat
btw...ko nie juruckp for dutch lady ka...asyik promote jerk

~abahsofea~ said...

hehe..abistu masa appear resepi utk ice cream nampak mcm akak sorang ja yang berminat..so terpeta la di minda..boleh ja nak bawak utk trial..tungguu..tapi kena cari bekas2 kecik la..takkan nak longgok semua dalam tupperware plak..hehe