28 January 2010

MMBAS Episode 18: Pulut Panggang T_T

Woww..lagi 2 resepi abahsofea boleh produce buku masakan MMBAS" Kitchen (ke chicken??)..yang nie seswai dimakan bila2 masa..samada pagi2 masa ayam jantan tengah gosok gigi..tengahari sebelum gie tido..atau malam2 masa tengah layan bola kat astro..makan panas2 lagi beshhh!!



Bahan Untuk Memulut:
1 kg beras pulut
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Daun pisang secukup rasa
Lidi (amaran: dilarang menggunakan penyapu lidi ibu anda!!)
Air
Garam


Cara Memulut & Memanggang:
1.Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus
sehingga pulut masak.
2.Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3.Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4.Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5.Sangai/ goreng sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6.Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.
Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi. (pakai penyepit baju pun boleh!!)
7.Akhir sekali, panggang.

No comments: