13 April 2011

CSR @ abahsofea Episode 4: Pengawal Keselamatan UUM

Kawan2 yang kerja di UUM mesti pernah terbaca pasal kisah pak guard kita nie (tu pun kalau rajin buka email la..) diringkaskan, pakcik ali nie perlukan bantuan dari sesapa yang berkemampuan di dalam dan di luar sana..moga masih ada hati yang simpati

Kopi pes dari email (kerja orang pemalas):

UUM ONLINE: RAMAI kalangan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) mungkin tidak menyedari Pengawal Keselamatan dan penyanyi lagu-lagu 60an Mohamad Ali kini terlantar di rumahnya akibat kencing manis di Jalan Sungai Korok, Pekan Lama Jitra.

Pengawal Keselamatan UUM yang bertugas pada tahun kesepuluh ini yang juga bekas anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera kini terlantar dirumahnya selepas kaki kanannya dipotong akibat kencing manis dan mempunyai masalah penglihatan.

Beliau kini tinggal bersama isteri dan dua orang anaknya dirumah sewa berdekatan dengan Pekan Jitra Lama dengan sewa bulanan sebanyak RM200.

Pihak Unit Perkhidmatan (Kebajikan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar sehingga kini telah memberi bantuan kerusi roda, kewangan, barangan makanan, bantuan banjir, Tabung Bantuan Zakat dan Tabung Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan UUM (MKSK) untuk beliau.

Beliau ketika ditemui melahirkan rasa rindu pada rakan-rakan di Jabatan Keselamatan dan Band Utara, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Canselori, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Keselamatan kerana memberi perhatian kepada saya dan isteri Zaiton Yusuf yang juga menghadapi masalah tulang belakang kerana telah mempelawa kami untuk tinggal di perumahan universiti tetapi memandangkan masalah urusan ke Hospital dan membeli keperluan dapur telah menyebabkan menyebabkan kami memilih untuk tinggal dirumah sewa sahaja,” katanya yang akan bersara pada bulan Disember ini.

Mereka yang ingin melawat atau memberi sumbangan boleh menghubungi talian 04-9283034 (Jafri Ishak) atau melalui Akaun Bank Islam 02093020574210.

No comments: