13 July 2011

duit = ='

semalam adalah hari yang agak menggusarkan..duit yang sepatutnya bertahan sehingga gaji telah mengalami defisit yang teruk..gara2 kena advance masa stay hotel 6 bintang 2 minggu lepas..nak sangat attend seminar.. + bumblebee buat pintasan koronari lagi sabtu lepas..hambek!

susah hati..macam2 bermain di palotak.."cemana kalau tetiba phea cakap nak p jejalan?.." "cemana klau phea ngidam nak makan bukan2?.." "cemana klau bumblebee kena masuk operation theatre lagi?.." "cemana.."

di tikar sejadah..tatkala sujud..tatkala menadah tangan, itu lah yang aku mintak.."Ya Allah..bantulah aku..Kau lebih mengetahui isi hatiku.."

hampir saja aku ponteng kerja hari ini..mengenangkan ada temujanji, aku gagahkan jugak..

bukak email pagi ni..ada email dari Bendahari..[dimaklumkan bahawa claim perjalanan anda telah dimasukkan ke XXXX Bank melalui Electronic Fund Transfer sebanyak RMXXX.XX]

sebak = ='

6 comments:

Chenta M.I.A said...

gembira kemain lagi dpr emel dr bendahari td...terus dapat bernafas dgn selesa...

duit short gara2 kursus la ni kan

::abahsofea:: said...

kamu jugak yang memahami kinah!

alasan dulu taknak pergi kursus: tak nak tinggal phea lama2

alasan skrg taknak pergi kursus: tak cukup duit nak advance dulu..

apa pun..syukur..mujoq la depa tak tangguh sampai gaji..parahh

Chenta M.I.A said...

mau x faham..saya jg ada simptom2 cam abah jugak...

::abahsofea:: said...

hehe..kinah..nanti PM Inbox soalan2 cepumas yer :)

Chenta M.I.A said...

nnt saya balik selongkar lemari cari silibus masa induksi na...
harap2 x joi kat sulat khabar lama lagi la...:D

::abahsofea:: said...

terima kasih kinah..kalau ditakdirkan kamu dah jual silibus tu kat apek soratkabaq lama..maka berbahagialah apek itu pada 28hb ini..di kala menduduki peperiksaan..maka apek itu lah yang akan menggantikan tempat hamba di bahagian siri..huhu