09 October 2011

Perkara 10

kalaulah saya diberi peluang bercakap..dan cakap2 saya akan didengari dan diikuti, saya nak buat macam2 perkara untuk Malaysia yang saya sayangi nie..antara 10 perkara pertama adalah:

 
1) Membangunkan 1 model perkampungan Islam di setiap mukim dalam negara Malaysia yang mana akan menjalankan konsep kehidupan fully Islamic - tiada hiburan yang melalaikan & menjadi pusat percambahan & perkongsian ilmu keagamaan

2) Mewujudkan, memperbaiki dan menambahbaik sistem pengurusan sekolah agama rakyat & sekolah pondok moden supaya menjadi sebuah institusi yang mendapat kemudahan pendidikan terbaik

3) Mewujudkan dana | yayasan yang menaja sepenuhnya anak2 muda yang mengikuti bidang pengkhususan dalam Islam seperti syariah, muamalat, tahfiz dan sebagainya

4) Menyediakan elaun tahfiz kepada semua penghafal & penafsir ilmuan Al Quran & Hadith sama seperti gred DG41

5) Mewujudkan sekurang2nya sebuah pasaraya 100% halal di setiap daerah - 100% tenaga kerja muslim

6) Memberi kontrak stesyen minyak | gas memasak | pemerosesan minyak sawit | beras, gula & tepung kepada persatuan ibu tunggal & anak yatim berdaftar dengan JKM

7) Memansuhkan PLKN dan diganti dengan kem yang berorientasikan pendidikan akhlak & pengisian jiwa dengan roh yang lebih Islamik

8) Mengimarahkan masjid dengan aktiviti qiamullail | tadarus| kelas pengajian tajwid Al Quran | kelas Tarannum bagi menggantikan konsert2 dan pesta2 yang berunsur maksiat

9) Mewujudkan program Cintakan Bangsa & Negara yang lebih sistematik & tersusun bagi menggantikan BTN

10) Mewajibkan semua wakil2 rakyat | calon yang bertanding lulus peperiksaan asas agama Islam serta boleh mengaji dengan tajwid yang betul.

No comments: