14 October 2011

"Postingku Untukmu"

untuk kawan2 saya yang sedang gundah gulana..saya cuma nak cakap ini:

"tiada si bujang di dalam syurga" [HR.Muslim]

penjelasan hadith:

1) wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2) wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin selepas itu juga akan dikahwinkan Allah SWT dengan lelaki dari kalangan ahli syurga.

3) wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki lain dari kalangan ahli syurga.

4) Wanita berkahwin yang masuk syurga akan tetap bersama suaminya sekiranya suaminya turut menjadi ahli syurga.

5) Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin lain selepas itu juga akan ditemukan semula dengan suaminya sekiranya suaminya adalah ahli syurga.

6) Wanita yang kematian suami kemudian berkahwin lain akan bersama dengan suami terakhirnya di dunia tidak kira berapa kali dia pernah berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suaminya turut layak masuk syurga. Sabda baginda Rasullullah SAW "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.."

konklusi: semua orang berkehendakkan cinta..cuma kadangkala kita terlupa cinta sejati itu datangnya dari Allah SWT..dan matlamat sejati @ ultimate gold kita adalah menuju syurga Allah yang diciptakan penuh dengan keindahan dan kebahagiaan.

semoga "kamu, kamu & kamu" menemui cinta sejati :)

4 comments:

Anonymous said...

Thanks for sharing. Cedih.. :(
Semoga "kami, kami dan kami" mendapat cinta yang paling agung. InsyaAllah.

SkinZainol said...

:) kamu kamu kamu tu kami kam kami kah...

tq for informative information

abahsofea said...

to anonymous (which I think I know who)

don't be sad (ehh..mcm tajuk buku pulak)

semoga "kamu" faham apa itu cinta :)

abahsofea said...

kinah: insyaAllah "YA"..

semoga tak jemu meminta dariNYA :)