14 November 2011

cloud 9

dulu masa kecik tiap kali mak dapat gaji, mesti mak akan beli cloud 9..sebungkus tu ada 20peket..kami 4beradik akan dapat sorang 4peket..walaupun zul kat asrama, dia tetap dapat 4peket.. 


mak akan simpan bahagian zul dalam kabinet dekat peti ais..lagi 4peket mak akan ambik..tapi jarang mak dapat makan bahagian dia tu..selalunya aku, ziana & at akan habiskan bahagian kami dalam sehari (walaupun mak dah pesan suruh jimat2..)..dan selalu jugak la kami cuba "merembat" bahagian zul..tapi gagal..

mak selalu menjadi "penyelamat" dengan mengorbankan bahagian dia..begitula selalunya..

hari nie, 3 daripada kami dah keja..at ja still further study..masing2 mampu klau nak beli kat mak cloud 9 sorang sebungkus..tapi dah takdak gunanya..mak pun dah tak berapa nak makan benda2 cenggitu..kencing manis katanya..

sebab itula setinggi mana pelajaran kita, sebesar mana pangkat & gaji kita, hakikatnya kita tetap tidak akan mampu membalas pengorbanan & kasih sayang seorang ibu..oleh itu, sayangilah ibu kita sementara ibu kita masih ada..dan bagi yang telah tiada ibu di sisi, berbaiklah dengan saudara maranya, kawan karibnya..

sesungguhnya redha Allah itu terletak pada redha ibu kita..dan syurga Allah itu letaknya di telapak kaki kita..Wallahua'lam

7 comments:

Chenta M.I.A said...

sob sob so...saya rindu mak saya!

::abahsofea:: said...

saya pun..sob sob = ='

Anonymous said...

Windu mak kat melben gak. Sungguhhhh!! :(

Mama Eika said...

sama la...rindu kat mak...dah la sakit lutut...dok p AL-Jabbar ja ok skit la ni....jalan pun senget2 dah...

::abahsofea:: said...

KY..sila lah amik cuti dah lepak melben sampai ari sabtu nie..simpan cuti tahun banyak2 watpa tak tau! :)

::abahsofea:: said...

mak niza sakit lutut pasaipa?? al jabbar tu ble tahan jugak harga dia no..tp klau mau ok, xpa la..selalu org beli chondroitine ja kat farmasi..tambah liquid lutut..baru jalan tak sakit..

ieda said...

rindu the moment!!!sedihnya baca entry nih...betul tu shidi...dulu arwah mak ida pun sama,kalau musim buah dia x kan beli buah selagi ida x balik...kalau beli pun mesti dia simpan kadang sampai kecut rambutan tu...huhuhuh owh mak tiada galang ganti di dunia....al-fatihah buat arwah ibu