03 November 2011

ubat nafsu!

huh! tajuk tak ble blah..dah mcm baca front page metro plak!

selalu kita tengok..jiran2 ngamuk kat anak..selalu kita nampak mak ayah berleter sampai naik kaki kat muka anak..even sometime kita sendiri pun marah2 anak2 kita ala2 stone cold nak smackdown the rock!

tapi..ada yang ganas sampai betul2 smackdown anak2..walaupun "lawan" mereka tu baru setahun dua umurnya..bak kata seorang pokcik "bodoh la org tua yang marah budak2 umur tak sekolah lagi..sebab akai depa xpenuh lagi.." 

memang la..klau ikut hati..dengan penat, pastu anak2 buat perangai, rasa nak chockslam ja sorang2..tapi, marah itu mainan setan..janganla kita dipuppetkan oleh setan..

pagi nie..ada terbaca satu berita..kesahnya adalah apa yang selalu jadi dalam hidup masyarakat kita..masyarakat yang ada hawa & nafsu..

seorang anak..umur tengah-nak-cerdik..bagitau mak dia yang dia baru melukis guna lipstik mahal mak dia..

mak dia tengok muka, tangan..bersememeh dengan lipstik yang tinggal setengah batang..dibalun dibantai dan diselimutkan anak dia dengan penuh kesungguhan..sampai bila dia sedar..anak dia dah tak bernyawa!

 part paling menusuk jiwa & raga adalah bila mak dia tengok di selimut anak dia tu ada tulisan dengan lipstik merah "sayang mak sampai bila-bila"..

kalau pun lipstik tu harganya 2ribu pound pun..berbaloi ka dengan mengorbankan nyawa anak sendiri?? even..tak terfikir ka..walau teruk cemana pun dia belasah anak dia tu, lipstik tu tetap tinggal separuh?? tapi..itulah nafsu..nafsu amarah..

kekadang..kita lupa yang semua benda adalah sementara..dan "ajal" setiap benda termasuk pinggan mangkuk yang dipecahkan anak2 dah ada "tarikh ajalnya" yang ditentukan ALLAH..

semoga kita diberi kekuatan untuk melawan nafsu amarah..cuma salah satu ubat yang paling berkesan untuk melemahkan nafsu adalah puasa..

owh ya..sabtu nie bersamaan 9 Zulhijjah 1432H | 05.11.11 adalah tarikh untuk puasa sunat Hari Arafah! jom puasa!

 
"Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya ”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". [Riwayat Muslim]

4 comments:

Mama Eika said...

ni mesti gara2 baca lam FB...gila punya marah mak dia....camna klu phea bt abahnya marah?klu eika buat mamanya marah,nak tampaq cian,so ambik dia peluk n cium dia smpai dia teriak...maka puaslah ati mamanya dpt buli anaknya....hahaha...

::abahsofea:: said...

baguih la solution mama eika..phea kalau buat perangai, abah dia ada 2 pilihan:
1) pujuk dengan ayat abis manih dan janji2 tinggi di awan

2) buat derk sampai phea cemuih

tp budak2 nie dia buat perangai sebab nak attention ja..maklumla berapa jam ja dia spend dengan kita sehari..

Moks said...

chockslam tu apa eh abh? Jenama ubat gegat ka? Huhuhu

::abahsofea:: said...

chockslam tu mcm undertaker buat masa wrestling tu..mo kata kena tu mmg makan ubat gegat la hari2..hehe