28 May 2012

ha wau ta alif nga

entry kali nie adalah entry yang menakutkan. entry yang sebolehnya semua orang di dunia tak mau hidup bersama2 tapi hakikatnya 'benda' nie umpama bayang2 yang sepanjang masa dan ketika setia menemani diri meniti setiap derap langkah dan ombak nafas *sekali sekala sastera panca sitara!

hutang! tadi dok saja2, sambil bijik mata terkebil2 tengok orang beratoq kat atm bank islam mall, terdetik di sanubari yang kudus ini "berapa agaknya hutang aku??.."

terus amik henpon, picit2 butang kecik cenonet dan nah!! semua hutang duit ringgit aku setelah ditolak hutang budi dibawa mati adalah lebih tak kurang dari RM597,000.00!!

hoh! terkujat..tapi apakan daya, terlajak toyota caldina bolehlah direverse..

tapi..gua tak kesah beb! gua steady lagi mcm malik si aaron aziz dalam KL Gangster!

sebab, insyaAllah 90% dari jumlah RM597,000.00 itu dijanjikan perlindungan oleh syarikat insurans kalau aku mati atau cacat kekal..nauzubillah

pasaipa aku hutang sebanyak tu?

1. aku tak sedar diri dan tak sedar bila masa aku membawa diri aku ke bank dan submit permohonan

2. aku tau yang hutang2 tu semuanya tercovered *ayat apekah??

3. insyaAllah kalau Allah izinkan aku terus hidup sihat, umur panjang dan mampu bekerja, aku mampu langsaikan hutang2 itu sebelum aku mati..

4. kebanyakan dari jumlah hutang itu adalah untuk membeli barang yang susah-nak-susut-nilai dan most of the time, nilai dia akan naik dan terus naik --> hanya kereta bumblebee aku tu saja terus mengalami kemerosotan nilai sejajar dengan kemerosotan tahap kesihatan beliau..isk

So, kalau nak hati tenang, elakkan dari buat hutang..tp kalau dah berhutang, pastikan kita berhutang pada sesuatu yang berbaloi *ikut kata kalam singki wal klia "bersusah2 dahulu, bersenang2 kendian..

4 comments:

zul said...

setengah juta dah 2...xpa nnt pencen xkena mkn duit pencen dah...harta byk dah....untung phea

abahsofea said...

Niza:

1. prinsip hutang adalah selagi belum selesai selagi itu dikira liabiliti dan bukan aset..hehe

2. jumlah setengah juta tu dah termasuk personal loan, hutang kereta & loan ptptn sebanyak suku juta.. :)

SkinZainol said...

tediaaaa abah..nk kena p menuntut ilmu la sket cemaana cara nk kumpul aset2 cengitu...buat masa la reti kira aset n inventori kak norma ja la

abahsofea said...

skinz: tu HUTANG la..bukan HARTA ahmad albab :)