17 May 2012

kerjaya | kerja saya

tengah2 dok syiok layan angin ngantuk, tiba2 terkenang saat2 dolu2 masa mula2 kerja..nawaitu masa tu hanya untuk dapat duit..takdak cita2 lain *walaupun bunyi macam orang kurang iman sebab nawaitu bukan kerana Allah, tetapi secara ikhlasnya masa tu pikiaq kerja untuk dapat duit..huhu

ok. tolak masa kecik kayuh gerek mini sambil sorathabaq ikat kat belakang tempat duduk passenger..sekilo sekupang masa tu..buleh rm1.30 pun rasa kemaih tak sangga dah.

1998:  sambil tunggu result, hari2 mangkit awai..koi 6 pak njang dah tunggu dengan van depan pagaq..lari2 (kadang2 siap tak mandi)..pastu berenti semayang subuh *jemaah kot kat surau/masjid tepi jalan then dia "park" aku kat Pekan Koboi, Aloq Setaq..gheja juai bahulu suploh bijik rm1.20! upah rm10 sehari..memang balik modai pasai pak njang kata, aku jual mesti habih kurang2 2tong (1 tong dok ada dalam 500bijik)..kalau dekat nak raya koman2 suploh tong!

1999: masuk uitm. antara budak tak skema. masa nie join Komuniti Amal Kolej Meranti, Shah Alam pi ajaq anak-anak yatim kat Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR) Subang..setiap sabtu..macam2 cerita dan rintihan dengaq..tak ajaq apa sangat pun, lebih kepada nak bagi motivasi dan tukang dengaq cerita..teringat Along penah cerita, masa umoq dia 16tahun, mak dia terpaksa kawenkan dia dengan sorang tua pasai orang tua tu selalu tolong depa lepas ayah dia mati..dia lari ke RACTAR supaya tak kena kawen! walaupun semua anak2 yatim tu pompuan, tapi aku dengan ikhlas hati kesian dan simpati - tiada niat yang lain! hat best tu, sarapan kami ditaja oleh Giant Subang! hari sabtu ja mesti bawak balik roti free :)

2000: masa ni cuti mid-term. 2 minggu. nak balik kampung duit tarak. PTPTN belum lulus lagi masa ni..sian pulak asyik hinggut poket mak..so lepas makan kat dining, decide dengan member sama sengkek untuk balik ke kampung dia kat Banting. Sebab dining tutup masa cuti mid-term, sapa nak supply makanan, kan? Masa tu duit poket ada sorang rm5, cukupla nak isi minyak moto sehala *time nie dok pikiaq mo kata tak dapat duit income, pakai menapak balik la dari Banting ke Shah Alam. Member hat nama ahadi ni pun bukan org senang..mak ayah bercerai, tinggai ayah dia dok buat kerja kebun. Kami ambik upah kait kelapa sawit *gila berat siot! dan jugak kopek biji kopi..upah? dapatla rm15 seorang..still untung kan? 

2001: masa ni raya haji..nak balik kampung duit kurang, tiket bas masa nie start mahai..rasanya rm32 kot kalau dari shah alam ke jitra. so aku dengan ahadi (lagi) apply jadi part-time guard kat kilang anshin seksyen 15, shah alam..haha lawak betoi dengan badan keding masa ni pakai uniform guard! aku tengok diri sendiri pun rasa mcm tak berapa nak takut! upah dia rm100 untuk kerja selama36jam tanpa henti..sayu jugak masa hari raya tu..sobs sobs *ayaq hidung meleleh!

2001 - 2002: nie antara kerja paling best! keja jadi kitchen crew cum despatch rider kat Shakeys Pizza, Alam Sentral Shah Alam. *dengaqnya dah tutup..isk isk. macam2 benda kena buat dari basuh pinggan, marinate ayam utk direndam sebelum digoreng sehingga bertukar keemasan, membuat pizza (topping buat masa order tu, tak main la siap dari kilang), bancuh susu untuk masak sup, potong sayur, cuci bekas goreng ayam, kira stok dan paling tak best cuci longkang malam2 lepas restoren tutup..paling best end of month mesti ada meeting dari pukul 11.00 malam (lepas restoran tutup dan dicuci) sampailah pukul 2pagi *ikut dan manager tu la nak abih koi berapa sambil diikuti dengan acara makan2 makanan hat tak habih! haha upah dia rm2.50 sejam + rm2.00 untuk sekali antaq pizza!

2003: dah grad! sementara tunggu konvo, ada attend interview kat Sungei Way..rupa2nya kompeni tu pengurup wang berlesen..kerja 5hari seminggu gaji permulaan rm1600..lumayan la masa tu..tp aku dok konpius nie kira along berlesen ke hapa ni..so tak jadi kerja!

2003: then, kerja kat Transprompt Cargo (M) Sdn Bhd, sebuah Shipping & Forwarding Co. kat Perlabuhan Klang..masa nie duduk kat Serdang..hari2 ulang alik naik moto ke Lorong Cendana, Port Klang..tiap2 bulan mesti spocket rabak! gaji rm750 sebulan sebagai kerani akaun tidak bertauliah tidak cukup untuk melampiaskan nafsuku..tudieen ayat! sebenaqnya bukan soal gaji, tapi soal aku dah malu dengan diri sendiri yang takdak basic akaun tapi gigih nak jadi kerani akaun! gila ke hapa..keja pun setakat 5 bulan ja..

2003: lepas resign dari Transprompt Cargo (M) Sdn Bhd, aku kerja home tutor ajaq Matematik & Bahasa Inggeris untuk student PMR..ajaq sorang2 kat rumah sambil mak ayah dia dok tengok..huhu dah la aku dulu 2 subjek ni hat paling hampeh! so just imagine cemana tekanan yang dialami berbanding upah rm100 untuk 2 subjek berkenaan! sambil2 tu, ada attend interview satu kompeni delivery kat glenmarie! dapat kerja tp macam tak minat sebab kerja dia kena call customer untuk promote servis kompeni! --> jangan ikut perangai penganggur tak sedaq diri nih!

2004: then, aku tgk iklan dalam paper nak pakai Eksekutif Pentadbiran kat Jalan Tun Razak, KL. Lepas p interview, dapat kerja tapi rupa2nya sebagai broker forex! dengan target bulanan RM100k, sudah semestinya aku gagal mencapai target itu dan seterusnya aku gagal mendapat komisyen setiap bulan..jadi aku telah bekerja selama 5bulan tanpa gaji! bukan sebab tak boleh dapat komisyen, tapi tak sanggup 'menipu' pakcik2 pencen dan org2 yang meminjam duit semata2 untuk dileburkan dalam forex! baca betul2 - d.i.l.e.b.u.r.k.a.n!

2004: lepas 5 bulan menghabiskan sisa2 modal tanpa mendapat pulangan akibat bekerja tanpa gaji, aku kerja jadi pembantu kedai perabut jati kat Puchong - Jepara Jati kepunyaan Datuk Azimi, salah seorang pembekal ubat2an seluruh hospital kerajaan..gaji rm450 + komisyen tp gaji bulan pertama pun dah sangkut! jenuh mintak..so lepas 2bulan aku blah! penat oo repair perabut, angkat perabut, cat perabut tp time gaji org liat nak bayaq! bukan salah Datuk tu..salah manager dia yang aku rasa salahguna kepercayaan Datuk!

2004: aku try buat syarikat hiasan dalaman bersama member2 kat kompeni forex *kami berhenti beramai2..hahaha nama kompeni tu Handtouch Decorate Home Sdn Bhd..tapi tak lama..kurang bajet dan kurang promosi!

2005: tahun nie kira macam tahun super gemilang la! attend 3 interview - Kumpulan Karangkraf sebagai sales assistant, Salam Medical Centre sebagai marketing executive dan UMW sebagai HR Assistant..tiga-tiga panggil kerja tu! lepas pilih2 *bajet konon2 mcm aku hebak sangat aku decide join UMW dengan gaji mula sebanyak RM1200..Alhamdulillah, after few months, being promoted to HR Executive dan bermulalah episod menghimpun duit :)

2008: start bosan (salah satu penyakit sejak azali - mudah bosan). Dapat offer dari PNB dan few GLC companies tapi ayah mcm reluctant nak bagi anak bujang dia hat hemsem sikit dari Aaron Aziz nie -- uweek! keja lama2 kat keyell..so lepas 3,4bulan kawen, wife dpt transfer to Kedah..so aku just send resume to DXN Holdings Berhad dan dipanggil interview. Dapat result 1 hour after that and yup, aku terus tender resignation with UMW *sob sob

2009: try nasib with UUM. Rezeki untuk join PSB but as contract staff *bukan masa interview as permanent position ka wei?? then after 1 year, 2.8.2010 aku diserap sebagai permanent. Alhamdulillah :)

2009: at the same time, aku ada set up one company - Sofea Heritage Enterprise untuk supply kain2 batik untuk government department..ada jugak jual kain batik sarung, kain pelikat dan jugak kain batik lepas beda selimut malam2 atau tutup mayat..isk! banyak pahit dari manis tp still beroperasi..cadang tu nak tinggalkan legasi untuk sofea bila dia besar nanti tp entahlah boleh bertahan atau tidak..dah lama tak supply produk ni..

20012: aku masih di sini..almost 3years dah kerja at 2 departments - automation & serial..kena tunggu another 1 year untuk sah jawatan (paling cepat pun end of 2013 laa..)

persoalan yang membelenggu - ke mana destinasi seterusnya tatkala kebosanan menjengah semula :)

5 comments:

qaseh_fariza said...

panjangnya n3 kali ni tapi tetap komen walau bc 2-3 perenggan kat atas n 2 perenggan kat bwh sekali. orite ar tew..

zul said...

penyakit kita sama...kami pun mudah bosan...kompom pon dak lg dok rasa nak pencen dah ni....

gamak klu depa bg gaji sejuta xbosan kot noh....hahaha

abahsofea said...

QFariza: sebenaqnya thrill cerita ni kat bahagian tengah..haha

Niza: aa..kalau buleh esok lusa pun nak pencen dah sambil menikmati saki baki hidup..haha lagipun kalau depa bagi gaji sejuta sebulan, kami akan kerja sebulan ja..lepas dapat sejuta kompom kami resign! :)

gadisworld said...

panjang pun tak per..at least tau gak salasilah kerja hencik bos..he..he..

abahsofea said...

betul tu Gadisworld..sekurang2nya ada orang tau yang saya pun bermula dari bawah..sekecik2 dan sekerdil2 pekerjaan sampaila sekarang..semuanya mengajar saya agar lebih memahami dan menghormati semua orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan..