03 July 2012

mula semula

assalamualaikum. bukan mudah untuk kita memulakan semula sesuatu yang pernah kita mulakan satu ketika dulu. 

camtu lah lebih kurang bunyi entry kali ni. pernah dengaq orang cakap hidup ibarat pusingan roda? hari ni dia pusing kita dok ataih, esok alih-alih kita lepaih ke bawah. 

bahasa lainnya. hari ni kita dah hampir sampai matlamat. esoknya alih-alih kita di garisan permulaan pulak. kan hidup nie satu permainan. mana pernah tetap. mana pernah berulang. cuba tengok nasik yang kita makan. hari ni lembik sikit. esok mentah sikit. lusa sesedap mulut mengunyah. tulat tak makan nasik pulak. haa itulah hidup.

tak bermakna, bila hari ini kita seorang berpangkat tinggi, esok kita masih berpangkat tinggi. sapa tau esoknya kita resign dan mula balik sebagai kerani.

tak bererti, bila kita ada banyak harta benda, esok harta-harta itu masih milik kita. sapa tau esoknya kita terpaksa jual harta-harta tu untuk bayar hutang dan kita tak dak seketul pun harta yang tinggal.

tak bermaksud, hari ni kita dikelilingi kawan dan keluarga, esoknya kehidupan kita masih sama. sapa tau esoknya kita terpaksa menghadapi segalanya berseorangan.

jadi..kita mesti hargai apa saja yang terjadi hari ni..samada baik atau buruk. sebab 'nilai' baik dan buruk sesuatu benda tu hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

apa yang penting, kita mesti ada dua benda - syukur & redha

moga hari-hari yang kita lalui tidak sepi dari kasih sayang Allah s.w.t

2 comments:

Mama Eika said...

entry cam sedih ja nih....bila mati baru penamat, klu dak tiap ari pun permulaan...

abahsofea said...

ahaha..sunggoh gak noh..hari2 kita mula benda hat baru..