03 September 2012

misi membawa ❤ ke teluk intan!

assalamualaikum.
 
alhamdulillah. misi yang dirancangkan berjalan almost sempurna..smooth seperti yang didoa..terima kasih Allah!
 
pagi tu, suppose bertolak pukul 5 pagi tapi disebabkan aku gagal menidurkan diri sehingga jam 1 pagi, maka terbabas dan hanya bertolak koi 5.45 pagi..still ok la..sempat keluaq dari khariah sebelum subuh untuk mendapat kelayakan jamak..
 
sambil drive sambil rancak bersembang dan mengumpat bersama inchik bapak..sedaq-sedaq dah terlajak hentian juru..ah sudah! subuh belum lagi..teruih tekan minyak dan berjaya solat subuh di hentian rehat sungai bakap pukul 6.40 pagi..
 
selesai tu, singgah minum di simpang pulai..inchik bapak bagi hint "ish, kalau kita p dengan waja (keta dia) boleh p cameron highlands.."
 
haha..tektik yang sudah aku khatam..konon-konon bila naik keta aku, susah la sket nak menunaikan hajat beliau sebab beliau tidak bebas membuat keputusan..
 
taat punya pasal, aku pun kata OK. inchik bapak kelihatan sangat girang..siap sanggup sponsor petrol ke cameron lagi..aku ok ja..lagipun dah dekat 22 tahun aku tak ke sana..dan nie lah first time ikut jalan simpang pulai..dolu dolu masa kechek ikut tapah ja..
 
alhamdulillah..jalan memang clear sangat..bertolak dari exit tol simpang pulai kul 8.50 pagi, kami sampai ke Brinchang dalam area 9.30 cenggitu..kereta sangat tidak banyak..inchik bapak yang berkali-kali p cameron highlands pun takjub dan memuji-muji kelancaran trafik..alhamdulillah satu lagi doa dimakbulkan..
 
sampai Brincang, singgah makan nasi goreng 'vodo' + ayam goreng dengan teh o panas..incik bapak makan hapantah *haha boleh lupa dan juga nescafe ais..owh minum ais di puncak gunung brinchang pada pukul 9.30 pagi! hebat bapak! mesti menuntut ilmu beruang kutub hemisfera utara nie..haha tapi harga tak begitu hebat..kena rm11++..

then recce hotel untuk bawa famili jejalan nanti..kebetulan kami breakfast di kaki lima sebuah hotel baru..Hotel Titiwangsa..jadi inchik bapak teruih ke kaunter dan memulakan edisi siasat!

inilah hotel itu..dan inilah juga tempat makan itu..restoran nur kasih raihan namanya

selesai semua, kami bergerak turun sebab agenda utama adalah untuk settlekan hal di teluk intan..tapi sempatla singgah kat Strawberry Corner dan juga pasar sehari..tapi tak beli apa-apa pun..sebab jauh lagi perjalanan..kalau beli strawberry satlagi sementara nak sampai rumah, mau habih di dalam kereta sahaja..haha


turun tue, singgah tepi jalan sebab inchik bapak nak try minum air kelapa laut afrika ori punya..memang terbaek kata beliau..the most sedap air kelapa laut yang dia pernah minum..teruja nak beli yang kat tandan tu tapi sebijik dalam harga rm8-rm14 bergantung pada size..huhu tak jadik la..

then, turun balik ikut jalan simpang pulai..inchik bapak dah tidoq..aku masih gigih memegang stereng..ada 2x almost eksiden sebab driver yang on-the-way nak naik terbabas..hampeh betoi! *bawak betoi-betoi la woi! then lagi 10km nak sampai bawah, terjumpa satu eksiden antara kenari putih dengan mercedes biru tua lama dan buruk..huh dasat..

then, ikut petua dhowi untuk ke teluk intan..rupa-rupanya petua itu telah membuatkan kami tua di dalam kereta..haha jauh kot jalan dia bagi..haha

lepas pusing-pusing, akhirnya kami berjumpa hotel yang nak dibooking, then buat road familiarization supaya nampak hebat masa mengetuai rombongan nanti..ketua rombongan mesti jalan betul, tak ble salah masuk simpang baru nampak hebat..huhu takkabbur sunggoh!

lepas bateri tinggai satu bar, aku mengambil kesempatan dari bapak aku yang tidoq lagi?? untuk memecut dan melenjan enjin black sophia jane sehingga hampir ke penamat..memang tak larat tapi bawak jugak..akhirnya selamat sampai rumah inchik bapak pukul 9.45 malam setelah bersuka-ria selama 15jam dan memandu sejauh 894km pada hari itu. sekian.

No comments: