25 August 2015

mencabar diri!

assalamualaikum..

hari ni nak tulis sedikit berbeza..tarik hand brake sat pasai projek 2018 (P2018)..back to reality..hakikat kehidupan

selama mula kerja since graduate 2003, dengan serendah-rendah dan seselekeh kerja hingga la diizinkan Allah kerja dalam aircond, ada bilik sendiri, ada satu benda yang aku masih tak mampu buat..iaitu mencabar potensi diri sendiri! 

bagaimana untuk mencabar diri sendiri? bagi aku hanyalah dengan cara mencari dan menguruskan pendapatan sendiri..aku tokey dan aku kuli

tetapi selepas 12 tahun kerja sebagai kuli, walaupun tidak dinafikan agak selesa (alhamdulillah), maka satu masalah yang menjadi batu besar di tengah jalanraya adalah bagaimana untuk keluar dari keadaan selesa dan cukup makan kepada keadaan ketidaktentuan dan berserah sepenuhnya pada Allah Azza Wajalla..seperti mana yang kita wajib yakini iaitu segalanya dari Dia..
 

perancangan demi perancangan dibuat..dari sketch atas kertas sampai note dalam henset..satu masalah yang paling nyata adalah keberanian..modal pun faktor juga tapi boleh diusahakan..

kalau berani, aku yakin segala jadi..

bila dah jadi, susah senang aku kena tanggung sendiri..kawan-kawan mungkin lari..tak tentu lagi nak boleh opis sendiri..angin panas ganti aircond sejuk gedi..

tapi yang paling membuatkan aku kurang berani adalah bila kenangkan yang aku dah ada famili..isteri, mak ayah dan anak-anak..aku mungkin sanggup susah, berlapar dan minum sup air mata tapi aku rasa macam agak zalim kalau aku sengsarakan depa semata-mata untuk mencuba mencabar diri..

semoga Allah beri aku kekuatan!

No comments: