14 July 2011

:: after 8 ::

bukan cekelat..tapi pertemuan

selepas 8 tahun..aku jumpa balik "Muo"

di sini.. di PSB

** hafiz aku dah jumpa masa seminar kat penang last year..

gigih aku buat frame = ='

notakaki: ini bukan trio Dato' T

13 July 2011

duit = ='

semalam adalah hari yang agak menggusarkan..duit yang sepatutnya bertahan sehingga gaji telah mengalami defisit yang teruk..gara2 kena advance masa stay hotel 6 bintang 2 minggu lepas..nak sangat attend seminar.. + bumblebee buat pintasan koronari lagi sabtu lepas..hambek!

susah hati..macam2 bermain di palotak.."cemana kalau tetiba phea cakap nak p jejalan?.." "cemana klau phea ngidam nak makan bukan2?.." "cemana klau bumblebee kena masuk operation theatre lagi?.." "cemana.."

di tikar sejadah..tatkala sujud..tatkala menadah tangan, itu lah yang aku mintak.."Ya Allah..bantulah aku..Kau lebih mengetahui isi hatiku.."

hampir saja aku ponteng kerja hari ini..mengenangkan ada temujanji, aku gagahkan jugak..

bukak email pagi ni..ada email dari Bendahari..[dimaklumkan bahawa claim perjalanan anda telah dimasukkan ke XXXX Bank melalui Electronic Fund Transfer sebanyak RMXXX.XX]

sebak = ='

12 July 2011

The Pursuit Of Happyness

ada satu cerita.. dalam banyak2 cerita.. yang bila aku tengok.. berapa kali pun aku tengok, mesti terkesan dalam hati.. cerita yang boleh memberikan motivasi, inspirasi dan betul2 kering gusi (sebab takdak adegan lawak bodo..)

aku kagum..