wOwO..menyelerakan betul resepi kali nie..pun agak simple..asyik2 western food je..kita tukar selera dengan menikmati hidangan "mesti pecah perut" nie siakap masam manis!! selamat mencuba..resepi nie sesuai untuk 4-5orang bergantung kepada kapasiti perut korang..
Bahan Keperluan
- 2 ekor ikan siakap @ kerapu (siakap isi dia lembut sikit..)
- Segengam lada kering @ ikut cita rasa sendiri (sila blend kasi lumat)
- 1 1/2 biji bawang besar (pun kasi blend jugak)
- 4 ulas bawang putih (pun sama jugak)
- 1/2 biji nenas dipotong dadu
- 1/2 batang timun dipotong dadu
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar soso cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Garam/gula secukup rasa
- Minyak untuk mengoreng..
Cara Penyediaan
- Goreng ikan tadi dengan garam dan kunyit seperti biasa...dan asingkan
- Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga garing atau sampai "pecah" minyak...
- Masukkan nenas dan timun tadi dan biarkan seketika
- Masukkan sos tomato,sos cili/sos tiram, gula dan garam..kacau hingga sebati
- Masukkan tomato tadi dan bawang yang dipotong bulat..kacau hingga sebati dan tuangkan ke atas ikan tadi
- Hiaskan dengan daun bawang (kalau rajin ler!!)
*Jika kering tambahkan sedikit air..
*jika mahu masukan ikan sekali pun boleh..ikut selera masing...
1 comment:
Ummmm... nampak sedap eh. Bila nak masak bagi kami cuba... Hahah...
Post a Comment