28 January 2010
MMBAS Episode 18: Pulut Panggang T_T
Bahan Untuk Memulut:
1 kg beras pulut
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Daun pisang secukup rasa
Lidi (amaran: dilarang menggunakan penyapu lidi ibu anda!!)
Air
Garam
Cara Memulut & Memanggang:
1.Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus
sehingga pulut masak.
2.Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3.Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4.Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5.Sangai/ goreng sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6.Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.
Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi. (pakai penyepit baju pun boleh!!)
7.Akhir sekali, panggang.
19 January 2010
MMBAS Episode 17: Kek "Kain" Batik
Bahan Nak Buat Kek
Cara-caranyaaaa
12 January 2010
MMBAS Episode 16: Udang Goreng Madu ^_^
^_^ Bahan Untuk Bermadu
600 g udang
1 sudu makan cili [blend]
1 sudu teh ketumbar [blend]
1 sudu teh jintan manis [blendjugak]
1 sudu teh jintan putih [blend jugakkk]
1 sudu teh tepung penaik
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu teh madu
garam secukup rasa
^_^ Cara Memadukan Udang
1.Bersihkan udang dan toskan.
2.Kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar.
3.Perap udang yang telah digaul untuk selama 1 jam.
4.Panaskan kuali dengan minyak yg banyak, kemudian masukkan udang.
5.Masak sehingga sebati dan kering.
6.Setelah kekuningan angkat & hidangkan.
11 January 2010
MMBAS Episode 15: BBQ Sotong ^_^
Buat penggemar siii-puuut..sekali sekala tukar selera..kita BBQ sotong plak..sebut betul-betul..bi-bi-kiu!!
3 ulas bawang putih (cincang)
3 biji bawang merah (cincang)
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
1 batang serai (potong halus)
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam
Cara memBBQ:
Gaulkan kesemua bahan BBQ sotong sehingga sebati
Perapkan sotong selama sejam
Akhir sekali, panggang sotong sehingga masak
10 January 2010
MMBAS Episode 14: Jeli Kelapa Muda
Benda2 untuk menjelikan kelapa tersebut:
- 1 paket agar2 serbuk [lebih kurang 10gram] ~ klau lebih nanti mcm makan getah sekerap plak..hehe
- 2.6 liter air kelapa [lebih kurang 3-4biji]
- isi kelapa muda [boleh sagat guna garfu atau apa2 je..janji keluar isi]
- 11 sudu besar gula [nak manis tambah lagi..boleh letak 30sudu klau nak cepat kena kencing manis!!]
- 3 helai daun pandan [nak letak one drop perfume pun bolehhh..janji wangi!!!]
1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
3. Biarkan sejuk dan boleh lah dimasukkan ke dalam bekas [gelas @ bekas dadih].
4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan. err...tapi jangan letak kat bahagian freezer plak..patah gigi korang nak makan..huahua
06 January 2010
MMBAS Episode 13: Ikan Pari Bakar Cicah Air Asam!!
Bahan Untuk Memari
- ikan pari
- kunyit
- garam
- minyak
- daun pisang [jika ada]
Cara Membakar Pari (ada cara tue..)
2. Gaulkan garam dan kunyit pada ikan dan perapkan selama 20 minit
3. Titiskan minyak @ non-stik pan [kalau ada daun pisang lapikkan]
4. Masukkan ikan dan tudungkan beliau!!
5. Masakkan sehingga ikan itu masak.
6. Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam
p/s: F.E.E.L.A kat London Bridge tue berapa hinggit ikan pari nie??
17 November 2009
MMBAS Episode 12: sizzzlinggg meee ",)))))
Bahan-bahan penggelegakkan:
• 1 sanggul Yee Mee (jangan amik cucuk sanggul tok hangpa sudahhh!!)
• 3 sudu besar sos tiram
• 2 sudu besar kicap pekat
• 5 sudu besar kicap cair (bukan kicap pekat + air)
• 1 sudu besar serbuk lada hitam..nak lagi pedas boleh letak 10 sudu..dijamin buasir!!
• Isi ayam..kalau boleh ayam comel..lebih manis
• Bawang putih dan halia dipotong dadu..boleh gak amik buah dadu dam ular tue..
Cara-cara untuk menggelegakkan beliau:
1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumis halia & bwh putih
2. masukkan 1 cawan air dan masukan semua sos2 tue
3. masukkan sayur, cendawan carrot
4. tunggu hingga mendidih dan sayur empuk
5. masukkan 1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air (hehe..tetiba lak..tadi takde dlm senarai bahan kann??)
6. lastly, masukkan yee mee dan kacau dlm 2 minit
7. pecahkan telur dan jgn kacau.. settle..
10 November 2009
MMBAS Episode 11: Ayam Masak Merah Ala Thai
"materialistik" yang diperlukan:
1 ekor ayam dipotong 8
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Sedikit Gula
2 sudu kicap pekat
4 ulas bawang merah
½ inci halia
8 biji cili kering
1 ½ cawan air.
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
"kesungguhan" yang diperlukan:
1. Goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga masak.
2. Kisar bawang merah, halia dan cili kering. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak kemudian masukkan air. Biar sehingga mendidih, masukkan garam, gula dan kicap pekat. Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk. (ketuk sampai serai tu mati..huhu)
3. Kemudian masukkan ayam. Kacau dan masak dengan api sederhana. Selepas 5 minit, masukkan daun limau purut dan bawang besar yang di mayang nipis.
06 September 2009
MMBAS Episode 10: Ayam Percik Ganu

- 15 biji cili kering (direndam)
- 10 ulas bawang
- 3 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 3 batang serai
- 2 cm kunyit hidup
- 250 ml santan pekat
- 2 camca besar gula secukup rasa
- 1 camca besar tepung beras
- 2 Kiub Pati Ayam
- 1 kg ayam, dipotong 4 kepingan dan dihiris
- Campur ramuan A dan kisar hingga lumat.
- Dalam periuk, campur ramuan A dan B.
- Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat. Ketepikan dari api.
- Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan.
- Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak.
- Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya sampaila abis
- Pastu apa lagi..makan la!!
02 September 2009
MMBAS Episode 9: siakap.sweet.sour
Bahan Keperluan
- 2 ekor ikan siakap @ kerapu (siakap isi dia lembut sikit..)
- Segengam lada kering @ ikut cita rasa sendiri (sila blend kasi lumat)
- 1 1/2 biji bawang besar (pun kasi blend jugak)
- 4 ulas bawang putih (pun sama jugak)
- 1/2 biji nenas dipotong dadu
- 1/2 batang timun dipotong dadu
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar soso cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Garam/gula secukup rasa
- Minyak untuk mengoreng..
Cara Penyediaan
- Goreng ikan tadi dengan garam dan kunyit seperti biasa...dan asingkan
- Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga garing atau sampai "pecah" minyak...
- Masukkan nenas dan timun tadi dan biarkan seketika
- Masukkan sos tomato,sos cili/sos tiram, gula dan garam..kacau hingga sebati
- Masukkan tomato tadi dan bawang yang dipotong bulat..kacau hingga sebati dan tuangkan ke atas ikan tadi
- Hiaskan dengan daun bawang (kalau rajin ler!!)
*Jika kering tambahkan sedikit air..
*jika mahu masukan ikan sekali pun boleh..ikut selera masing...
23 August 2009
MMBAS Episode 8: Cucur Udang Ramadhan
- 500 gram tepung gandum
- 20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)
- 1 mangkuk kecil tauge
- 1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)
- 1 biji telur
- 1 biji cili merah (hiris halus)
- 2 biji bawang merah (racik halus)
- Garam secukup rasa
- 1/2 sudu teh gula
- Sedikit kunyit
- Air secukupnya
- Minyak utk menggoreng
Bahan untuk kuah kacang:
- 2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
- 6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
- 1 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
- Air secukupnya
Cara~cara penyediaan cucur pulak:
1. Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.
2.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
3.Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.
4. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan hidang dalam pinggan.
Cara~cara menyiapkan kuah kacang plak:
1. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.
2. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.
3. Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.
28 July 2009
MMBAS Episode 7: Ayam Goreng Berempah
Hehe..MMBAS kembali lagi dengan resepi ter"latest"..dan bakal melengkapkan hidangan hari anda..ais krim dah ada..whipped potato pun dah ada..so dengan resepi ayam goreng berempah nie akan menyebabkan anda mempunyai alasan untuk tidak ke KFC lagi..hehe (boleh kena akta hasutan nie)..bukan apa..salah satu strategi untuk memperkuatkan ekonomi ummah..kira jihad ilmu la nie..apa pun layanzzzzzzzzz dan selamat mencuba!!Bahan A (semuanya dikisar):
- 200 gm halia
- 200 gm lengkuas
- 100 gm kunyit hidup
- 6 batang serai
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji bawang besar
- 1/2 ekor ayam (potong 8)
- 5 helai daun kari
- 6 camca besar serbuk kari
- 1 camca teh serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- Blend semua Bahan A
- Masukkan serbuk kari, daun kari, serbuk kunyit serta garam bersama bahan kisaran dan perap ayam selama 1-2 jam (lagi lama lagi terasa ke"rempah"annya..)
- Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut hingga masak
- Hidangkan panas-panas..klau ada nasi lemak kukus memang boleh buncit perut nie..hehe
22 July 2009
MMBAS Episode 6: Kentang Putar a.k.a Whipped Potato
Bahan-bahan untuk kentang putar!!
- 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
- 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
- 1/2 cawan fresh milk (boleh beli yang dutch lady punya)
- garam secukup rasa
Cara-cara menyediakan kentang putar!!
- Rebus kentang dgn sedikit garam
- Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur
- Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
- Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
- 650 ml air
- 5 sudu besar stok ayam (boleh guna brand Maggi)
- 1 biji bawang besar - cincang
- 1 batang saderi - cincang
- 40 gm mentega
- 20 gm tepung gandum
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap pekat
- garam
Cara-cara menyediakan sos (gravy) kentang putar!!
- Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
- Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
- Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak jadi kental @ bergentel.
- Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
- Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
- *** rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
- Pastu..apa lagi..makan la!!!!!!
15 July 2009
MMBAS Episode 5: HomeMade Ice Cream

Bahan-bahan (cukup simple)
1 kotak Coffemate
1 kotak besar susu UHT Dutch Lady (klau nak ice cream strawberry, beli la susu strawberry..jangan beli susu coklat lak)
1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.
2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku. (agak2 dalam 2jam dalam freezer)
3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
4) Sejukkan sehingga beku.
Siap utk dihidangkan!!!
Cadangan Hidangan
Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk di atasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.
11 July 2009
MMBAS Episode 4: Kerabu Mangga
BAHAN-BAHAN:1 biji mangga
6 tangkai cili padi (hiris)
1 biji tomato (potong dadu)
50 gm udang kering
50 gm kacang
3 sudu besar air gula
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai @ asingkan kacang seketika.
2. Selepas itu tumbuk pula udang kering.
3. Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.
simple and applicable kan??? so selamat mencuba & selamat menambahkan obesiti anda..harhar
29 June 2009
MMBAS Episode 3: Rainbow Jelly
Bahan A:-
30gm agar-agar
4 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
Bahan B:-
1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau
Cara membuatnya:-
1. Masukkan bahan A dalam mangkuk kaserol. Masak di dalam microwave selama 15 minit (setting "high") hingga agar-agar hancur.
2. Pukul bahan B hingga sebati.
3. Bahagikan agar-agar tadi kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna merah, hijau dan kuning.
5. Bekukan agar-agar ini di dalam peti sejuk. Sesuai dihidangkan dengan ais krim atau buah-buahan.
22 June 2009
MMBAS Episode 2: Fried Wantan
Ya..berjumpa lagi kita dalam rancangan MMBAS!! Kali nie kita layan resipi Fried Wantan plak..Bahan untuk penyediaan "kulit":
Err..apa kata jimatkan sedikit masa..kita beli je kat Tesco atau Giant bahagian jual2 kulit popia tu..selalu kaler putih kelabu2 sket @ beige colour..
Bahan untuk penyediaan "isi" @ inti:
- 1 cawan udang basah yang kecil (dibuang kulit)
- 1 cawan bawang besar dipotong halus2 bentuk cam dadu tu!!
- 4~5 helai daun bawang (dihiris halus2 jugak)
- 1 biji telur (ambil putih saja no)
- garam dan lada sulah (white pepper) secukup rasa)
- Make sure udang, garam, lada sulah di"blender" bersama2 sampai sebati..dan serasi..eheh..
- Pastu keluarkan dan masuk ke dalam mangkuk sebelum digaul bersama2 dengan bawang besar, daun bawang dan putih telur..
- Ambil sekeping kulit wantan..then letakkan satu sudu kecil inti dan bungkus kasi kemas2..
- Cara bungkus: tarik satu bucu ke arah bucu yang bertentangan..pastu ulangi cara yang sama untuk 2 bucu lagi..guna sedikit air kalau perlu (macam gam jugak)..picit2 kasi tersimpul kemas..
- Bila minyak dah panas..apa lagi..kasi G.O.R.E.N.G laaaaa..sampai jadi kaler keemasan
18 June 2009
MMBAS Episode 1: Cream Caramel
*** dasyatnya resepi nie sebab langsung tak involve tepung..jimat kos tapi cepat & sedap!! Yummm..
BAHAN-BAHAN
- 4 biji telur
- 1 1/2 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula
- 1 1/2 penutup esen vanila
CARAMEL
- 1/2 cawan gula
- 1 tbs air
CARA-CARA
1. Masak gula di dalam periuk sehingga keperangan. Masukkan air. Kacau hingga caramel larut. Tuang caramel ke dalam bekas sekadar cukup untuk menutupi dasar.
2. Dalam bekas lain masukkan kesemua telur dan kacau perlahan tanpa mengangkat garfu. Jangan biarkan air bubble (gelembung udara) terbentuk. Put aside!! letak sebelah la..
3. Masak susu dan gula di dalam periuk dgn api perlahan. Kacau sehingga gula larut. Matikan api sebelum mendidih.
4. Tuang susu perlahan2 ke dalam telur. Masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.
5. Tapis campuran ke dalam bekas berisi caramel td.
7.Sejukkan sebelum dihidang. Sesuai dimakan dgn fresh strawberry. *saya kukus dgn rice cooker*
Important Note: credit to http://resepi.iluvislam.com (mekacihhhhhh)






