Showing posts with label MMBAS. Show all posts
Showing posts with label MMBAS. Show all posts

28 January 2010

MMBAS Episode 18: Pulut Panggang T_T

Woww..lagi 2 resepi abahsofea boleh produce buku masakan MMBAS" Kitchen (ke chicken??)..yang nie seswai dimakan bila2 masa..samada pagi2 masa ayam jantan tengah gosok gigi..tengahari sebelum gie tido..atau malam2 masa tengah layan bola kat astro..makan panas2 lagi beshhh!!



Bahan Untuk Memulut:
1 kg beras pulut
300 gm kelapa parut
50 gm udang kering
5 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Daun pisang secukup rasa
Lidi (amaran: dilarang menggunakan penyapu lidi ibu anda!!)
Air
Garam


Cara Memulut & Memanggang:
1.Mula-mula rendam pulut selama sejam, kemudian gaulkan dengan garam dan dikukus
sehingga pulut masak.
2.Untuk intinya, kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, cili merah dan serai.
3.Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
4.Selepas itu masukkan kelapa parut dan bubuh garam secukup rasa.
5.Sangai/ goreng sehingga kelapa kering. Angkat dan sejukkan.
6.Kemudian layurkan daun pisang, ratakan pulut, masukkan inti di tengah-tengah dan digulung.
Sepitkan kiri kanan daun pisang dengan lidi. (pakai penyepit baju pun boleh!!)
7.Akhir sekali, panggang.

19 January 2010

MMBAS Episode 17: Kek "Kain" Batik

Hehe..ekceli nama resepi nie kek batik jer..saja aku tambah "kain" tue kasi catchy sket..tue pun klau ada yang menangkap dan ditangkap laaa..mengarut dahhh (bahana tangkap gambar ubi yang mengarut!!)..resepi sempoi di alam maya



Bahan Nak Buat Kek

1/2 butter
1 paket kecil Milo
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marie Jane Watson a.k.a awek-spiderman @ ikut suka laaa


Cara-caranyaaaa

Cairkan butter, masukkan milo dan susu
Kacau sampai sebati dan likat
Akhir sekali masukkan biskut (patah-patahkan buah pinggang biskut tersebut..senang nak kacau)
Kemudian angkat dan letak dalam bekas. Tekan dan padatkan.
Masukkan dalam peti sejuk.
Setelah sejuk, MAKAN!!!.

12 January 2010

MMBAS Episode 16: Udang Goreng Madu ^_^

M.A.D.U nie a bit sensitif untuk certain Hawas..tapi untuk lelaki kebanyakkannya akan sensitif jugak bila terbau masakan nie..sensitif kat urat perut dan usus besar..apa pun..best of luck dan selamat mechoba!!



^_^ Bahan Untuk Bermadu

600 g udang
1 sudu makan cili [blend]
1 sudu teh ketumbar [blend]
1 sudu teh jintan manis [blendjugak]
1 sudu teh jintan putih [blend jugakkk]
1 sudu teh tepung penaik
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu teh madu
garam secukup rasa

^_^ Cara Memadukan Udang

1.Bersihkan udang dan toskan.
2.Kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar.
3.Perap udang yang telah digaul untuk selama 1 jam.
4.Panaskan kuali dengan minyak yg banyak, kemudian masukkan udang.
5.Masak sehingga sebati dan kering.
6.Setelah kekuningan angkat & hidangkan.

11 January 2010

MMBAS Episode 15: BBQ Sotong ^_^



Buat penggemar siii-puuut..sekali sekala tukar selera..kita BBQ sotong plak..sebut betul-betul..bi-bi-kiu!!

Bahan-bahan memBBQ:

2 ekor sotong (nak guna suploh pun takpe..)
3 biji limau nipis
3 ulas bawang putih (cincang)
3 biji bawang merah (cincang)
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
1 batang serai (potong halus)
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam

Cara memBBQ:

Gaulkan kesemua bahan BBQ sotong sehingga sebati
Perapkan sotong selama sejam
Akhir sekali, panggang sotong sehingga masak

10 January 2010

MMBAS Episode 14: Jeli Kelapa Muda

Fuhh!!! pagi-pagi sejuk berhawa dingin nie boleh pulak terkeluar idea untuk post pasal resipi alas-perut-selepas-makan iaitu Jeli Kelapa Muda..maybe ada di kalangan kita yang ketagih nak makan mendalah nie tiap2 hari..tapi honestly benda nie seswai untuk menyejukkan perut selepas makan benda pedas-pedas..soo kewl!!!



Benda2 untuk menjelikan kelapa tersebut:  
  • 1 paket agar2 serbuk [lebih kurang 10gram] ~ klau lebih nanti mcm makan getah sekerap plak..hehe
  • 2.6 liter air kelapa [lebih kurang 3-4biji]
  • isi kelapa muda [boleh sagat guna garfu atau apa2 je..janji keluar isi]
  • 11 sudu besar gula [nak manis tambah lagi..boleh letak 30sudu klau nak cepat kena kencing manis!!]
  • 3 helai daun pandan [nak letak one drop perfume pun bolehhh..janji wangi!!!]
Proses penyediaan:

1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. 
3. Biarkan sejuk dan boleh lah dimasukkan ke dalam bekas [gelas @ bekas dadih].
4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan. err...tapi jangan letak kat bahagian freezer plak..patah gigi korang nak makan..huahua

06 January 2010

MMBAS Episode 13: Ikan Pari Bakar Cicah Air Asam!!

Perghh..kecur air liur..kena plak makan tepi bendang nie..pastu berangin semacam plak..hoho boleh tambah 5pinggan nie



Bahan Untuk Memari

  • ikan pari  
  • kunyit  
  • garam  
  • minyak  
  • daun pisang [jika ada]  


Cara Membakar Pari (ada cara tue..)


1. Bersihkan ikan pari dan potong kecil. Toskan bagi air dia kering supaya lambat basi 
2. Gaulkan garam dan kunyit pada ikan dan perapkan selama 20 minit  
3. Titiskan minyak @ non-stik pan [kalau ada daun pisang lapikkan]  
4. Masukkan ikan dan tudungkan beliau!! 
5. Masakkan sehingga ikan itu masak.  
6. Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam

p/s: F.E.E.L.A kat London Bridge tue berapa hinggit ikan pari nie??

17 November 2009

MMBAS Episode 12: sizzzlinggg meee ",)))))

hoho..nie la salah satu benda makan kegemaran aku masa kat Shah Alam..sesapa penah lepak kat Food Court Giant Sec. 13 mesti tau menda alah nie memang beshhh..lebehhh besshhh dari menyapu sampah!! kekadang kena beratur panjang untuk mengisi perut yang menggelegak..heran..makan benda menggelegak untuk mengisi perut yang menggelegak..menda la yang merepek nieee..apa pun enjoy..



Bahan-bahan penggelegakkan:


• 1 sanggul Yee Mee (jangan amik cucuk sanggul tok hangpa sudahhh!!)

• 3 sudu besar sos tiram

• 2 sudu besar kicap pekat

• 5 sudu besar kicap cair (bukan kicap pekat + air)

• 1 sudu besar serbuk lada hitam..nak lagi pedas boleh letak 10 sudu..dijamin buasir!!

• Isi ayam..kalau boleh ayam comel..lebih manis

• Bawang putih dan halia dipotong dadu..boleh gak amik buah dadu dam ular tue..


Cara-cara untuk menggelegakkan beliau:


1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumis halia & bwh putih

2. masukkan 1 cawan air dan masukan semua sos2 tue

3. masukkan sayur, cendawan carrot

4. tunggu hingga mendidih dan sayur empuk

5. masukkan 1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air (hehe..tetiba lak..tadi takde dlm senarai bahan kann??)

6. lastly, masukkan yee mee dan kacau dlm 2 minit

7. pecahkan telur dan jgn kacau.. settle..

10 November 2009

MMBAS Episode 11: Ayam Masak Merah Ala Thai

Ish ish..sedar tak sedar dah lama tergendala rancangan MMBAS nie..semakin tak berdisiplin dan tak berkomited bersiaran..patutla rating turun!! mengenangkan MMBAS ada kipas-susah-mati tersendiri especially our F.E.E.L.A from obersee..maka dengan azam dan semangat baru..dipersembahkan episod terbaru..resipi ke 11: ayam.masak.merah.ala.thai ^_^


"materialistik" yang diperlukan:

1 ekor ayam dipotong 8
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Sedikit Gula
2 sudu kicap pekat
4 ulas bawang merah
½ inci halia
8 biji cili kering
1 ½ cawan air.
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

 
"kesungguhan" yang diperlukan:


1. Goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga masak.


2. Kisar bawang merah, halia dan cili kering. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak kemudian masukkan air. Biar sehingga mendidih, masukkan garam, gula dan kicap pekat. Selepas itu, masukkan serai yang telah diketuk. (ketuk sampai serai tu mati..huhu)


3. Kemudian masukkan ayam. Kacau dan masak dengan api sederhana. Selepas 5 minit, masukkan daun limau purut dan bawang besar yang di mayang nipis.

06 September 2009

MMBAS Episode 10: Ayam Percik Ganu

Pelik pulak nama resepi nie kan?? ada ganu ganu pulak..menatang apa ganu tu?? ekceli ganu tu singkatan dari terengganu..sebab resepi nie member aku dari ganu yang kasi..so abadikan la sumbangan dia dalam nama ayam nie..apa pun, selamat mencuba..kalau sedap kasi kat abahsofea sket aaa..


Bahan2 dia basicly dipecahkan kepada dua kumpulan (macam sukaneka plak)..
Bahan 1
  • 15 biji cili kering (direndam)
  • 10 ulas bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
Bahan 2
  • 250 ml santan pekat
  • 2 camca besar gula secukup rasa
  • 1 camca besar tepung beras
  • 2 Kiub Pati Ayam
  • 1 kg ayam, dipotong 4 kepingan dan dihiris
Cara penyediaan dia plak:
  1. Campur ramuan A dan kisar hingga lumat.
  2. Dalam periuk, campur ramuan A dan B.
  3. Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat. Ketepikan dari api.
  4. Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan.
  5. Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak.
  6. Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya sampaila abis
  7. Pastu apa lagi..makan la!!

02 September 2009

MMBAS Episode 9: siakap.sweet.sour

wOwO..menyelerakan betul resepi kali nie..pun agak simple..asyik2 western food je..kita tukar selera dengan menikmati hidangan "mesti pecah perut" nie siakap masam manis!! selamat mencuba..resepi nie sesuai untuk 4-5orang bergantung kepada kapasiti perut korang..


Bahan Keperluan
  • 2 ekor ikan siakap @ kerapu (siakap isi dia lembut sikit..)
  • Segengam lada kering @ ikut cita rasa sendiri (sila blend kasi lumat)
  • 1 1/2 biji bawang besar (pun kasi blend jugak)
  • 4 ulas bawang putih (pun sama jugak)
  • 1/2 biji nenas dipotong dadu
  • 1/2 batang timun dipotong dadu
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar soso cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam/gula secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng..

Cara Penyediaan
  • Goreng ikan tadi dengan garam dan kunyit seperti biasa...dan asingkan
  • Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga garing atau sampai "pecah" minyak...
  • Masukkan nenas dan timun tadi dan biarkan seketika
  • Masukkan sos tomato,sos cili/sos tiram, gula dan garam..kacau hingga sebati
  • Masukkan tomato tadi dan bawang yang dipotong bulat..kacau hingga sebati dan tuangkan ke atas ikan tadi
  • Hiaskan dengan daun bawang (kalau rajin ler!!)
    *Jika kering tambahkan sedikit air..
    *jika mahu masukan ikan sekali pun boleh..ikut selera masing...

23 August 2009

MMBAS Episode 8: Cucur Udang Ramadhan

Yo..yo!! Rasanya dah agak lama MMBAS tak bersiaran..sepatutnya scheduled once a week tapi since beberapa perubahan hidup yang tak dapat dielakkan, so after 3weeks on hold, akhirnya dipersembahkan resepi terbaru ilham dari berbuka puasa kelmarin ~ Cucur Udang Ramadhan!! Simple & cukup2 untuk meng"comfort"kan perut untuk solat terawikh..

Bahan-bahannya:
  • 500 gram tepung gandum

  • 20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)

  • 1 mangkuk kecil tauge

  • 1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)

  • 1 biji telur

  • 1 biji cili merah (hiris halus)

  • 2 biji bawang merah (racik halus)

  • Garam secukup rasa

  • 1/2 sudu teh gula

  • Sedikit kunyit

  • Air secukupnya

  • Minyak utk menggoreng

Bahan untuk kuah kacang:

  • 2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)

  • 6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)

  • 1 biji bawang merah

  • 1 biji bawang putih

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Sedikit air asam jawa

  • Air secukupnya

Cara~cara penyediaan cucur pulak:
1. Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.

2.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

3.Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.

4. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan hidang dalam pinggan.

Cara~cara menyiapkan kuah kacang plak:
1. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.

2. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.

3. Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

28 July 2009

MMBAS Episode 7: Ayam Goreng Berempah

Hehe..MMBAS kembali lagi dengan resepi ter"latest"..dan bakal melengkapkan hidangan hari anda..ais krim dah ada..whipped potato pun dah ada..so dengan resepi ayam goreng berempah nie akan menyebabkan anda mempunyai alasan untuk tidak ke KFC lagi..hehe (boleh kena akta hasutan nie)..bukan apa..salah satu strategi untuk memperkuatkan ekonomi ummah..kira jihad ilmu la nie..apa pun layanzzzzzzzzz dan selamat mencuba!!

Bahan A (semuanya dikisar):
  • 200 gm halia
  • 200 gm lengkuas
  • 100 gm kunyit hidup
  • 6 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang besar
Bahan-bahan lain:
  • 1/2 ekor ayam (potong 8)
  • 5 helai daun kari
  • 6 camca besar serbuk kari
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Blend semua Bahan A
  • Masukkan serbuk kari, daun kari, serbuk kunyit serta garam bersama bahan kisaran dan perap ayam selama 1-2 jam (lagi lama lagi terasa ke"rempah"annya..)
  • Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut hingga masak
  • Hidangkan panas-panas..klau ada nasi lemak kukus memang boleh buncit perut nie..hehe

22 July 2009

MMBAS Episode 6: Kentang Putar a.k.a Whipped Potato

Wowo..betul2 bakal bersaing dengan francais2 western lepas nie..selepas kejayaan resepi Ice Cream yang menyebabkan profit Walls, Magnolia dan Mat Kool merudum (hehe..kononnya)..arini MMBAS akan memperkenalkan saingan kepada KFC's product ~ introducing Whipped Soft Potato!! Sure pasni kena "inspect" lagi dengan kak pijot akan kesahihan dan ke"proff"an resepi nie..

Bahan-bahan untuk kentang putar!!

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk (boleh beli yang dutch lady punya)
  • garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan kentang putar!!

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
Bahan-bahan untuk sos (gravy) kentang putar ( 3 - 4 orang )
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (boleh guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara menyediakan sos (gravy) kentang putar!!

  1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak jadi kental @ bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  6. *** rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  7. Pastu..apa lagi..makan la!!!!!!

15 July 2009

MMBAS Episode 5: HomeMade Ice Cream

Abisla Walls..abisla Magnolia..abisla Mat Kool..MMBAS kali nie nak share top secret recipe khusus untuk visitor-visitor setia blog abahsofea nie..let us see how to make our own ice cream!!!


Bahan-bahan (cukup simple)

1 kotak Coffemate

1 kotak besar susu UHT Dutch Lady (klau nak ice cream strawberry, beli la susu strawberry..jangan beli susu coklat lak)

Cara Penyediaan (simple gak!!)

1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.

2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku. (agak2 dalam 2jam dalam freezer)

3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.

4) Sejukkan sehingga beku.

Siap utk dihidangkan!!!


Cadangan Hidangan

Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk di atasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.

11 July 2009

MMBAS Episode 4: Kerabu Mangga

Hoho..boleh meleleh "saliva water" nie bila memikirkan kemungkinan untuk makan kerabu mangga @ kita panggil kerabu pelam masa makan tengahari nanti..preparation memang simple & tak banyak bahan..senang cakap within 10 minutes dah boleh completekan menu nie di atas meja anda!! Enjoy the recipe..

BAHAN-BAHAN:

1 biji mangga

6 tangkai cili padi (hiris)

1 biji tomato (potong dadu)

50 gm udang kering

50 gm kacang

3 sudu besar air gula

Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai @ asingkan kacang seketika.

2. Selepas itu tumbuk pula udang kering.

3. Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.


simple and applicable kan??? so selamat mencuba & selamat menambahkan obesiti anda..harhar

29 June 2009

MMBAS Episode 3: Rainbow Jelly

Hallo..kali nie kita ceriakan hari di dapur kita dengan warna-warna pelangi..memang simple but amazing!! ~agar-agar pelangi~

Bahan A:-

30gm agar-agar
4 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 helai daun pandan

Bahan B:-

1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara membuatnya:-

1. Masukkan bahan A dalam mangkuk kaserol. Masak di dalam microwave selama 15 minit (setting "high") hingga agar-agar hancur.

2. Pukul bahan B hingga sebati.

3. Bahagikan agar-agar tadi kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna merah, hijau dan kuning.

4. Masukkan agar-agar hijau di dalam acuan, bila keras sedikit masukkan pula agar-agar kuning dan seterusnya merah.

5. Bekukan agar-agar ini di dalam peti sejuk. Sesuai dihidangkan dengan ais krim atau buah-buahan.

22 June 2009

MMBAS Episode 2: Fried Wantan

Ya..berjumpa lagi kita dalam rancangan MMBAS!! Kali nie kita layan resipi Fried Wantan plak..

Bahan untuk penyediaan "kulit":
Err..apa kata jimatkan sedikit masa..kita beli je kat Tesco atau Giant bahagian jual2 kulit popia tu..selalu kaler putih kelabu2 sket @ beige colour..

Bahan untuk penyediaan "isi" @ inti:
  1. 1 cawan udang basah yang kecil (dibuang kulit)
  2. 1 cawan bawang besar dipotong halus2 bentuk cam dadu tu!!
  3. 4~5 helai daun bawang (dihiris halus2 jugak)
  4. 1 biji telur (ambil putih saja no)
  5. garam dan lada sulah (white pepper) secukup rasa)
Cara-cara memasak:
  1. Make sure udang, garam, lada sulah di"blender" bersama2 sampai sebati..dan serasi..eheh..
  2. Pastu keluarkan dan masuk ke dalam mangkuk sebelum digaul bersama2 dengan bawang besar, daun bawang dan putih telur..
  3. Ambil sekeping kulit wantan..then letakkan satu sudu kecil inti dan bungkus kasi kemas2..
  4. Cara bungkus: tarik satu bucu ke arah bucu yang bertentangan..pastu ulangi cara yang sama untuk 2 bucu lagi..guna sedikit air kalau perlu (macam gam jugak)..picit2 kasi tersimpul kemas..
  5. Bila minyak dah panas..apa lagi..kasi G.O.R.E.N.G laaaaa..sampai jadi kaler keemasan
Dah siap semua..boleh la dimakan dengan sos yang berkenan di hati + teh "O" ais limau!! Selamat menambahkan kolesterol dalam badan anda..haha


18 June 2009

MMBAS Episode 1: Cream Caramel

Hoho..bertemu sekali lagi dalam rancangan Masak Masak Bersama Abah Sofea (MMBAS)..bagi episod kali ini, kita mulakan dengan sesuatu yang manis

STRAWBERRY CREAM CARAMEL

*** dasyatnya resepi nie sebab langsung tak involve tepung..jimat kos tapi cepat & sedap!! Yummm..

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 penutup esen vanila


CARAMEL

  • 1/2 cawan gula
  • 1 tbs air


CARA-CARA

1. Masak gula di dalam periuk sehingga keperangan. Masukkan air. Kacau hingga caramel larut. Tuang caramel ke dalam bekas sekadar cukup untuk menutupi dasar.

2. Dalam bekas lain masukkan kesemua telur dan kacau perlahan tanpa mengangkat garfu. Jangan biarkan air bubble (gelembung udara) terbentuk. Put aside!! letak sebelah la..

3. Masak susu dan gula di dalam periuk dgn api perlahan. Kacau sehingga gula larut. Matikan api sebelum mendidih.

4. Tuang susu perlahan2 ke dalam telur. Masukkan esen vanila dan kacau perlahan2.

5. Tapis campuran ke dalam bekas berisi caramel td.

6. Kukus/bakar dgn water bath (periuk kukus pun okey) dgn suhu rendah selama 15-20 minit bergantung kepada size bekas.

7.Sejukkan sebelum dihidang. Sesuai dimakan dgn fresh strawberry. *saya kukus dgn rice cooker*

Important Note: credit to http://resepi.iluvislam.com (mekacihhhhhh)