17 November 2009

MMBAS Episode 12: sizzzlinggg meee ",)))))

hoho..nie la salah satu benda makan kegemaran aku masa kat Shah Alam..sesapa penah lepak kat Food Court Giant Sec. 13 mesti tau menda alah nie memang beshhh..lebehhh besshhh dari menyapu sampah!! kekadang kena beratur panjang untuk mengisi perut yang menggelegak..heran..makan benda menggelegak untuk mengisi perut yang menggelegak..menda la yang merepek nieee..apa pun enjoy..



Bahan-bahan penggelegakkan:


• 1 sanggul Yee Mee (jangan amik cucuk sanggul tok hangpa sudahhh!!)

• 3 sudu besar sos tiram

• 2 sudu besar kicap pekat

• 5 sudu besar kicap cair (bukan kicap pekat + air)

• 1 sudu besar serbuk lada hitam..nak lagi pedas boleh letak 10 sudu..dijamin buasir!!

• Isi ayam..kalau boleh ayam comel..lebih manis

• Bawang putih dan halia dipotong dadu..boleh gak amik buah dadu dam ular tue..


Cara-cara untuk menggelegakkan beliau:


1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumis halia & bwh putih

2. masukkan 1 cawan air dan masukan semua sos2 tue

3. masukkan sayur, cendawan carrot

4. tunggu hingga mendidih dan sayur empuk

5. masukkan 1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air (hehe..tetiba lak..tadi takde dlm senarai bahan kann??)

6. lastly, masukkan yee mee dan kacau dlm 2 minit

7. pecahkan telur dan jgn kacau.. settle..

2 comments:

F . E . E . L . A said...

Ya Allah!!! Sedap nye. Ish..bahaya kalau bukak page ni..resepi mengganggu gugat keimanan nak berdiet. Hehe~

~abahsofea~ said...

haha..bestnye kalau boleh makan di tengah2 kesejukan salji kota London..lalala

p/s: F.E.E.L.A nak diet watpa??? London dah jadi sepanas Malaysia ke???