10 July 2011

sundae blues untuk aku

pagi ahad adalah paling menyeksakan (tolak cuti umum dan cuti rehat..) betapa menderitanya aku menyarungkan kemeja dan seluar panjang lusuh lalu ditambat seutas tali ke pinggangku yang agak ramping ini = ='

betapa aku mengharapkan yang aku boleh menukar skema pakaian itu ke tshirt round neck nike merah kesukaanku..jugak seluar jeans oversize yang dah berkurun aku warisi..

letih. bila terpaksa membuat kerja yang kita sendiri tak suka. perit. sebab kena buat jugak kerana tidak ada kekuatan untuk berubah.

bersesak2 di jalanraya. mengejangkan kaki menekan brek lantaran pemandu hawa yang membawa ala2 berbulan madu di lorong kanan. berkejar2 serupa orang nak terkincit melihat beberapa minit lagi menjengah angka 8. demit!

entah bila..rutin ini akan berakhir. am i tired of living??

notakaki: "lebih baik gagal mencuba dari gagal untuk mencuba" ---> ada berann??

No comments: