16 August 2011

terbaik

manusia yang normal pasti mahukan semuanya yang terbaik..nak pasangan yang terhebat, rumah terbesar, kereta tercanggih malah makan terlazat..aku pun macam tu..kerana aku ada nafsu..dan sedihnya aku selalu kalah dengan nafsu..

kadang kala, aku hanya tengok yang terbaik dari luaran..tapi aku lupa yang menjelekkan mata aku itulah yang terbaik untuk aku..yang menyerabutkan kitaran hidup aku itulah yang akan membantu aku menjadi manusia yang lebih baik..di dunia dan lebih-lebih lagi di "sana"..

aku tahu..aku tidak layak mendapat yang terbaik selagi aku belum mencuba yang terbaik..memberi yang terbaik malah lebih penting menjadi hamba yang terbaik..ALLAH sangat sayangkan aku..menguji dan menghampakan aku..mengecewakan harapan dan menolak doa ku..kerana itu yang terbaik untuk aku..itu lebih baik dari aku hidup dalam istidraj'..

manusia selalu berkata "kalaulah dapat diundurkan masa.." tapi ALLAH sendiri mewahyukan surah Al Asr'..aku sedih melihat perjalanan aku selama ini..betapa banyak kerosakan yang aku lakukan terhadap diri sendiri..aku kagum..melihat rakan2 sebaya yang layak digelar ulama muda..tinggi pekerti serta ilmu agama..menjadi kebanggaan ayah bonda..tapi aku?? 

masa yang tinggal..mungkin dah tak lama..kalau orang lain beri kuasa dua, mungkin aku kena bagi kuasa dua puluh dua..semoga aku dapat mengejar segala yang tertinggal..tiada lain yang lebih penting bagi aku sekarang selain 'husnul qhatimah'..

3 comments:

dzuraidah said...

jom :)

Moks said...

Entry abah telah menyedarkan ky yg separa sedar selama ni. Tq abah!

::abahsofea:: said...

zu: jom kuasa dua puluh dua :)

KY: untungnya separa sedar dari saya yang tak sedar diri langsung.. :(