21 August 2011

TOK KETUA

dah lama telinga aku tak berdesing macam nie..tahniah TOK KETUA sebab boleh mengusik kotak kesabaran hati aku!

terima kasih pada TOK KETUA yang sangat berdiplomasi..boleh pulak telefon aku mengarah2 benda yang tak pasti..mentang2 aku dah pernah salahgunakan persahabatan aku dengan kawan2 untuk form team koir, kali nie pun nak desak aku lagi..

bila aku cakap benda yang rasional "susah jugak sebab tak ramai yang minat.." pandai pulak sound aku dengan suara yang "lemah lembut".."ehh..u kata u pandai HR!.."

bila pulak aku mengaku pandai Human Resources nie! agak tersentak dengan kata2 itu..seolah2 aku mesti tunaikan jugak arahan totok dia tu..dan kalau aku pandai HR pun, it is nothing pasai koir! aku setup team koir dulu pun atas ihsan kawan2 yang kesian dan faham keadaan aku..dan aku nyaris2 berselisih faham with few friends gara2 koir bodoh tu!

he is so damn lucky today! aku still ble control..nasib baik..nasib baik..kalau lah aku ini seorang aku yang sepuluh tahun dulu, alamatnya memang aku terus serbu bilik dia laa..Alhamdulillah..nasib baik..nasib baik..

apa pun..aku dah makin kenal perangai TOK KETUA yang sorang nie..tapi mungkin dia yang belum kenal aku..mungkin dia ingat aku jenis manusia yang sanggup tadah kepala mintak dipancung semata2 mengharapkan gaji setiap bulan dikreditkan ke akaun bank islam aku tu..

sori TOK KETUA..saya masih percaya bukan awak atau pangkat awak yang memberikan rezeki untuk saya dan keluarga saya..dan saya masih percaya tanpa bekerja di bawah awak sekalipun saya masih mampu mencari nafkah dan membayar hutang piutang saya!

pesan saya..TOK KETUA yang baik adalah TOK KETUA yang memahami, ada empathy dan ada logik akal yang jauh lebih tinggi dari orang2 di bawah..pesan saya lagi..sebagai TOK KETUA bergaullah dengan ramai orang, jangan ditengok tinggi rendah, kaya miskin orang itu..

ingatlah, jawatan sebagai TOK KETUA atau PEMIMPIN hanya mulia di dunia, kerana di akhirat nanti jawatan PEMIMPIN itu adalah hina dan menyusahkan, kecuali mereka yang benar2 jujur dan ikhlas dengannya..

owh ya..sebelum terlupa, saya berdoa moga TOK KETUA terbuka hati meluluskan elaun tanggung kerja untuk staf saya..memang mereka buat kerja kawan mereka yang sama bahagian, tapi hargailah penat lelah mereka membuat kerja tambahan..janganlah terlalu berkira sedangkan kamu sebagai TOK KETUA pun selalu claim itu ini..

jangan bimbang..tak kaya pun mereka dengan elaun tanggung kerja itu..sekadar menggembirakan hati mereka dengan apa yang mereka layak sahaja..Wallahua'lam

No comments: