18 August 2011

:: mula & akhir ::

sesiapa yang ada akses to my fesbuk akan nampak entry "permulaan tidaklah sepenting pengakhiran"..yupp secara peribadi saya yang jahil ini masih meyakini bahawa setiap takdir dan perjalanan hidup manusia sebagai khalifah di muka bumi ini telah sedia tertulis di Luh Mahfuz saat 40hari kita berada di dalam rahim ibu kita..

apakah rezeki kita, nasib kita, ujian kita, jodoh kita malah saat mati kita telah siap tersedia..cuma ALLAH memberikan ruang pada hambaNYA yang disayangi supaya berdoa..berdoa dan berdoa..

berdoa tidak semestinya dengan sembahyang..boleh saja kita berdoa keselamatan keluarga di saat kita sedang menaip entry terbaru di blog :p

ALLAH MAHA MENDENGAR..MAHA MENGETAHUI..bisikan hati yang tidak mungkin diketahui oleh seluruh isi alam dapat didengar sejelasnya oleh YANG MAHA ESA..tapi ALLAH tidak menjanjikan doa kita akan ditunaikan segera..

Ada orang tak pernah berdoa, hidup dalam maksiat, angkuh dan lupa diri sebagai hamba di dunia ini..tp hidup dalam kesenangan, bermewah2 dan disanjung tinggi..tapi mungkin itulah istidraj'..ALLAH tetap memberikan rezeki kerana DIA MAHA PEMURAH tetapi adakah DIA memberi dengan rahmat & berkat?? 

Ada orang..berdoa siang malam..sujud tonggeng buyong sampai kemek hidung..menangis sampai melimpah ke rumah jiran tapi hidupnya susah..anak2 sakit..suami/isteri buat perangai..adakah ALLAH tidak sayang padanya?? adakah sia2 doa hamba yang taat pada ALLAH sehingga diuji sebegitu rupa?? 

TIDAK! itulah kasih sayang ALLAH yang kita tidak dapat lihat..bukankah ALLAH menjanjikan syurga pada hambaNYA yang sabar?? bukankah setiap ujian itu menghapuskan dosa dan meninggikan darjat?? bila dosa terhapus dan darjat tinggi, tidakkah itu semua mencerahkah peluang kita masuk ke syurga??

betapa ALLAH sayang kan kita..sampai benda yang kita tak mintak pun DIA bagi..pernah kita mintak oksigen untuk bernafas?? pernah kita mintak mimpi yang indah2?? tapi ALLAH tetap bagi kan?? 

klau yang kita tak mintak pun ALLAH bagi apatah lagi yang kita mintak dengan penuh pengharapan setiap hari..insyaALLAH kita tetap dapat apa yang kita nak, cuma mungkin dapat sekarang..atau ALLAH tangguhkan untuk bagi kita di dalam syurga sebab apa yang ada di syurga adalah terbaik jauh melebihi semua benda dalam dunia nie..jadi mintaklah..berdoalah..jangan jemu berdoa kerana ALLAH juga tidak pernah jemu memberikan kita rezeki..

setiap benda ada permulaan dan pengakhirannya..pada saya, biarlah kita bermula dengan teruk, dengan kotor, dengan susah..asalkan kita dapat habiskan perjalanan hidup ini dengan cemerlang, dengan hebat dan dengan kesenangan abadi!

No comments: